Khamis, 28 Februari 2013

bunga cinta hatiku



selamat datang ke dunia blogku



bila hati berbunga sayang,
jiwa harus menjadi tenang,
dan cinta bersemi lagi,
di sudut hati ini,

bila bunga mekar di taman,
hati sayu berubah arah,
dari sunyi menjadi ceria,
kerana ada teman di sisi,

namun bagaikan embun di dedaunan,
akan kering bila di sinari mentari,
sunyi akan hadir lagi,
dan aku hanya menanti,
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,




bunga mawar mekar mewangi,
di taman hati cantik berseri,
andai hati ini dimiliki,
jangan di buang sesuka hati,

andai hati ini di miliki,



jangan dibuang sesuka hati,
kerana diri nak dihargai,
sebagai sahabatmu yang sejati,

kerana diri nak dihargai,
sebagai sahabatmu yang sejati,
moga terus kekal abadi,
hingga akhir hayatku nanti,

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,



bunga sentiasa dihatiku,,

lovely flowers,,

                     szaza zaiman

Selasa, 26 Februari 2013

LUAHAN HATIKU BUATMU ANAK




Anakku sudah 4 tahun usiamu,

Anakku,
Hadirmu sebagai penyeri,
Senyum tangismu menghibur hati,
Sakitmu keresahan kami,
Laramu,..gundahnya hati kami,


Anakku,..
Kau pengubat dikala sunyi,
Kepetahanmu membuatkan dirimu semakin disayangi,
Bicaramu mengundang sensasi,
Lunaknya suaramu aku kagumi,
Kerana dirimu penawar hati,


Anakku,..
Kaulah insan Allah anugerahi,

Pada kami hamba terpilih.




Cintaku Padamu Seharum Lavenderr

Sayang,..percayalah padaku,
Cinta dan sayangku hanya buatmu,
Kasihku padamu tak pernah pudar,
Dirimu bagiku umpama lavenderr,
Memberikan aku ketenangan dan kebahagiaan,

Sayang,..
Dirimu begitu penting dan berharga,
Tanpa dirimu aku kesunyian,
Jiwaku kosong dan tak bermakna,

Sayang,..
Cintaku padamu seharum lavender kegemaranku,
Cantik,menarik dan mewangi,
Tapi,..maafkan aku sayang,
Aku tahu aku hanya insan biasa,
Mungkin aku tak mampu bahagiakan dirimu sebagaimana yang kau inginkan,
Tapi aku berjanji akan buat yang terbaik



***********************************************************************



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang..
Buatmu sahabat,
Allah bukan sengaja menguji setiap hambanya tapi Allah menguji kita kerana Allah begitu menyanyangi kita.Setiap manusia ada bahagiaannya dan UJIAN yg di turunkan tak sama.kau tahu apa aku lalui dan aku juga tahu apa yg kau lalui.Memang sukar untk menerima hakikat  tp kita kena REDHA dgn ketentuan ILAHI.Aku akui betapa sukarnya untk menerima segala cobaan kerana aku juga sepertimu.Mungkin bezanya ialah aku mengenali kedua ibubapa aku..disini aku ada satu ceta..
Seorang lelaki buta yg merasakan cukup bahagia hidupnya kerana di kurniakan sorg isteri yg baik,anak yg soleh dan shbt yg setia.Si buta ingin jadi normal dan ingin melihat kebhagiaannya.Dia berusaha berubat hingga matanya pulih tp apa yg dia lihat begitu melukakan hatinya.Si isteri yg di sangka tulus menyanyanginya sedang bermesraan dgn shbt baik yg di sangka setia.Anak yg disangka soleh di lihat sdg mencuri duit di dlm peti besinya.Hatinya luluh menyaksikan sgalanya dan si buta berfikir semula alangkah baiknya kalau aku buta dan tak melihat semua itu..Tengoklah , Allah tahu apa yg terbaik untk kita.Jgn di keluh kesahkan dgn keadaan diri.Ramai org di luar sana yg tak kenal ibubapa sama seperti kau dan mereka juga tak mahu di lahirkan seperti itu...Maaf !! aku tahu aku bukan sesiapa untk kau dan aku tak layak menasihati kau tp kau pernah kata aku ni kan BFF kau jadi tak salahlan aku berkongsi apa yg aku tahu so SENYUMLAH !!!..tak mou sedey2..Peace!!!:-D


Buat seorang, yang sudah bertahta di hati ini sebagai seorang sahabat


                                            SZAZA ZAIMAN






Jumaat, 22 Februari 2013

Sepi Menghitung Masa


                               
                                                                               
Aku di tinggalkan lagi..
Sepi menyendiri di sini..
Di pondok usang kita..
Hanya di temani keriuhan di luar sana..
Tapi hatiku sepi dan sunyi..

Sayang..
Bukan ingin ku ungkit..
Kisah duka yang mencalar jiwa..
Tapi jiwaku usang dan terluka..
Tiada kasih yang menghuni..
Tiada sayang dan rasa terbuang..

Sayang..
Kasihmu selalu ku damba..
Sayangmu selalu ku pinta..
Namun diriku bagai di pinggir..
Di depan matamu aku tersingkir...

Sayang..
Tiada sengketa antara kita..
Tiada benci yang bermaharajalela..
Tapi mengapa begitu sukar kasih kita..
Menyatu rasa dua jiwa..

Sayang..
Sungguh aku cinta..
Sungguh aku sayang..
Tapi semuanya bagai di sia..
Kau hanya pandang sebelah mata..
Kasih yang sekian lama ku baja..

Hari-hari yang ku lalui hanya di temani sepi..
Sepi menghitung masa berlalu..
Detik demi detik tak terjangkau waktu..
Aku jadi keliru..

Sayang...
Cukuplah kau hadir menemani hari-hariku..
Meluahkan rasa hatimu..
Mengungkap sayangmu padaku..
Bukan permata berharga yang aku pinta..
Hanya sedikit masa untuk mendengar bicara..
Bicara hatiku yang terluka..

Nukilan Rasa
szaza zaiman

.........................................................................


Sedetik indah rasa teruja,.
Ingin menyambung kata bicara,.
Berdialog sayu dalam hampa,.

Idea datang bertalu-talu,.
Menjengah minda bagai di palu,.
Tak sabar rasa meluah semua,.
Tapi sia-sia belaka,..

Bernari-nari di dalam minda,.
Perbagai kata sudah di rangka,..
Pena yang tajam sudah sedia..
Halangan tetap datang jua..

Jiwa nan lara aku persembah,.
Hati kecewa terguris sudah,.
Bukan angkara manusia durjana,..
Tapi line Tnet yg entah hapa-hapa...

p/s; kadang-kadang stress jugak layan line ni,..



szaza zaiman


Indahnya  Pelangi,..

Dari kejauhan ku renung pelangi indah,..
Penuh berwarna warni,..
Cantik warna-warnanya menghiasi langit biru,..
Namun sayang,..
Hadirnya pelangi hanya seketika,..

Begitulah bahagia yang kurasa,..
Bagaikan pelangi,..
INDAHNYA HANYA SEKETIKA,..
Namun derita itu datang lagi,..
Lalu hadirlah rasa iri,..
Pada sang suria yang tersenyum megah,..

Indahnya pelangi hanya seketika,..
memayungi diri dengan warnanya,..
menberi bahagia yang sementara,..
ku cuba hadapi segala dugaannya,..
dengan hati yang cekal dan waja,..



sepi,..
terasa sepi sendiri,.
walau riuh dengan suara di luar sana,..
walau riuh dengan kicauan burung,..
walau bising dengan bunyi radio,..
namun sepi hanya mencengkam hati,..

sepi hati tiada yang mengerti,..
rasa peritnya tak dihargai,..
pedih tak terkata,..
namun air mata kering sudah,..
esak tangis pun entah ke mana,..

sepi ini,..
ku hadapi sendiri,..
apa lagi yang perlu aku lakukan,..
biarlah terus parah dan berdarah,..




szaza zaiman



Dugaannnya,..
Kadang-kadang datangnya lansung tak di undang,..
Mencelah hari siang atau pun malam,..
Berganti cerita saban masa,..
Mengalir air mata tanpa di pinta,..
Namun harus bagaimana?
Kita hanyalah manusia biasa,..
Harus tabah dengan apa adanya,..
Tetap bersyukur dengan kurniaannya,..

Dugaannya,..
Datang dan pergi,..
Saat bahagia ia datang bawa derita,..
Saat getir ia datang bawa sengsara,..
Saat sedih ia datang membawa duka,..
Saat berada kita hadapinya,..
Saat tiada kita tempuhinya,..
Saat kita tak punya apa-apa,..
Kita dengar segalanya dan hanya mengurut dada,..
Cobaaannn,..!!!

Dugaannya,..
Datang setiap masa,..
Letih atau payah,..
Ku teruskan jua,..
Rempuh segala yang menghalang di depan mata,..
Ku renangi ia walau dengan lautan airmata,..
Ku redahnya walau durinya pedih menyiksa,..
Kerna ku tak berdaya menolak segalanya,..

Dugaannya,..
Datang lagi hari ini,..
Aku tak mampu untuk menepis,..
Namun ku tadah tangan pada YANG MAHA ESA,..
Agar aku terus kuat dan tabah,.
Agar aku berdiri dengan gagah,..
Agar aku tak mudah goyah,..
Agar aku takkan terus rebah,..

Dugaannya,..
Bukan ku minta apa adanya,..
Namun aku tetap di kejar,..
Walau penat berlari,..
Ianya tak pernah putus asa,..
Ia tetap ada di mana-mana,..
Dan,..ku terus juga hadapi segalanya.

szaza zaiman


BAHAGIAKAH AKU?

Bahagiakah aku?
Dalam melayari kehidupan yang sering sendirian,
Mencari erti sebuah kesunyian dan keresahan,
Membilang hari yang terasing dan kebosanan,

Bahagiakah aku?
Hari-hari yang di lewati begitu sepi,
Membilang detik dan waktu,
Hanya di temani mimpi-mimpi di siang hari,

Bahagiakah aku?
Mencari dunia reality,
Dalam impian yang tak pasti,
Dalam angan-angan yang tak pernah pudar,
Letihnya melayan bilah-bilah hari yang sunyi.

AKU YANG KEBOSANAN;SZAZA KSGY
26.11.2011..2.23PM




Keresahan Membelit Diri

Resah itu datang lagi bertamu,.
Tetamu tegar yg tak di undang,.
Datangnya ia tak bersalam,.
Mengetuk-ngetuk pintu hati ini,.
Dengan wajah bersahaja,.
Tapi aku takkan terima,.
Ia hadir bawa bencana,.
Merusuh jiwa dan minda,..

Keresahan melanda,.
Kerana ada yang tak kena,.
Bagai tsunami melanda tiba-tiba,.
Memusnahkan segala harapan yg ada,.
Harapan bahagia dan cita-cita,..

Resah itu datang lagi,.
Memberiku wajah duka,.
Memberiku wajah lara,..
Memberiku perasaan takut yg mengila,.
Memudarkan keyakinan diri,.
Mengapa begini?
Di saat aku mahu bangun,.
Bersorak girang dan bahagia,.
Ia datang membelit diri,.
Sesaknya terasa,..
Sukar untukku bernyawa,.
Aku harus bagaimana lagi???

szaza zaiman

HATIKU HATIMU

Hatiku satu,..hatimu jua satu,.
Tapi hatiku ada berjuta rasa,.
Jiwaku ada seribu kekusutan,
Hatiku pedih tak terkata,..
Jiwaku di landa derita,..
Gundah dan terseksa,..

Hatimu,..aku tak pasti,..
Kerna kau sering membisu seribu bahasa,.
Tiada ungkapan,..tiada kata-kata,..
Hatimu kau sembunyikan,..
Aku tak pasti apa yg kau rasa,.
Aku tak tahu apa yg kau tahu,..
Aku jadi keliru,..

Hatiku di amuk badai resah,..
Saban waktu jadi gelisah,.
Aku sering merintih hiba,..
Aku perlukan dia,..
Tapi dia di mana,..
Saat aku perlukannya,..
Dia sering menghilang begitu saja,..
Aku terpana,..
Haruskah aku luahkan suara hati,..
Sedangkan dia sering tiada masa,..

Apakan daya,..
Hanya mampu berserah padaNYA:(

HASIL NUKILAN
SZAZA KSGY
17.11.2011



Rabu, 20 Februari 2013

antara koleksi puisiku,..



Rindu Bayangan Semalam

Pentas dunia berputar laju,.
Tak sedar masa berlalu,.
Namun bayangan kenangan semalam tak pernah hilang,.
Sentiasa bermain di ingatan,.
Kadang2 bisa menguntumkan senyuman,
kadang2 bisa merobek perasaan,
Kadang2 bisa buat aku tersipu,.
Kadang2 bisa buat aku tertawa,.
Kadang2 bisa mengundang airmata,.

Entah mengapa semua itu harus hadir,.
Kala hati di amuk badai mengila,.
Kala hati di usik resah,.
Kala hati di sapa sayu,
Dan rindu itu terus bertamu,..

Rindunya hati pada bayangan semalam,.
Pada ibu tercinta yg melahirkan,.
Pada garangnya wajah ayah,.
Pada keriuhan kakak2 dan abang,.
Pada gelagat saudara mara,.
Pada teman dan taulan,.
Juga kenangan pada si dia,.
Semuanya bersatu di hati,.
Lalu menghadirkan beribu perasaan,. 

Rindu bayangan semalam,.
Begitu menghentam naluri,.
Begitu menyeksa perasaan,.
Ingin ku berlari meredah masa,.
Malangnya itu hanyalah imaginasi semata,.

Rindu itu memedihkan,.
Kerana rindu buat hatiku membeku,.
Buat hatiku menjadi sebu,.
Lalu aku pasrah pada ketentuan,
kerana ku tahu semua itu sudah berlalu,.. 

<SZAZA ZAIMAN>




TERLUKA SENDIRI

Kesepian lagi menyendiri,
Bertemankan airmata derita,
Tiada siapa yg akan mengesatnya,.
Biarpun turunnya bagaikan hujan melanda,.

Beginilah nasib diri,.
Tertawa bersama gembira bersama,
Dalam luka dan kecewa,.
Ku tanggung sendiri,.
Tiada yg pernah mengerti,
Akan isi hati ini..
Biar luluh biar hancur,
Terhempas dan berkecai,
Ku rawat sendiri,..

Hati ini,..
Sekian lama begini,
Selalu di tinggalkan sepi,
Hanya pena dan airmata,
Penawar segala derita,.
Biar esakan terus bergema,.
Takkan pernah ada yg tahu,.
Kalau ada yg menoleh,.
Hanya jelingan bersahaja..
Untuk apa berkongsi derita,.
Kerana derita adalah luka,..

Terluka sendiri,.
Dalam deraian aimata derita,.
Dalam esak tangis hiba,.
Ku cuba kuatkan jiwa,.
Tapi luka ini terlalu parah,.
Aku terlalu lelah menanggungnya..
Kekuatan itu sudah tiada sisanya lagi..
Aku kalah dan terdampar lemah..
Kudratku sudah lenyap,.
Di telan masa dan derita..

Sekian lama derita bermaharajalela,.
Tapi airmata takkan pernah kemarau,.
Ujian demi ujian melanda,.
Airmata gugur jua,..
Aku ingin kalah,.
Tapi bagaimana?


<SZAZA ZAIMAN>

...............................................................................................


Bertanyaku pada hati " hati kenapa kau resah?"

Bertanyaku pada jiwa" jiwa kenapa kau gundah?"

Bertanya pula pada minda "minda kenapa kau kosong?"

Dan serentak mereka menjawab " kerana mod tuan kami tiada,telah di bawa pergi oleh badai perasaan yang melanda.Telah di hanyutkan oleh gelombang yang sarat dengan masalah serupa.Telah di telan oleh arus masa.Telah tengelam dalam lautan resah yang mengila."

Lalu aku bertanya lagi " harus aku bagaimana?"

Dan hati menjawab " memintalah padaNYA kedamaian."

Minda pula menyampuk " hanya DIA mampu memberimu ketenangan."

Jiwa pun terus mengganguk " aku setuju.Hanya Allah dapat memberimu segalanya."

Dan bibir pun lantas mengukirkan senyuman."Terima kasih hati,jiwa dan minda.Koranglah pelengkap hidupku.."
........................................................................................................................

Rindu Itu Memedihkan

Perlahan ku seka airmataku,..
Mengalir lagi tanpa di pinta..
Harus bagaimana...
Bila rindu itu terus menyapa..

Rindu itu membuat aku terasa perit..
Bagaikan hatiku ini di hiris..
Sakit tak terkata..

Dalam terluka aku cuba melupainya..
Namun memori itu terus bertandang..
Tanpa di undang ia hadir di minda.. 
Terus menerus mengasak jiwa..
Lalu..berderai lagi airmata..

Sebak terus menguasai dada..
Sakitnya jiwa yg lara..
Rindu itu mengocak rasa,..
Batinku terus terseksa..

Aku harus bersedia..
Kala rindu ini hadir,..
Pasti aku akan rasa diri bagaikan di pinggir,.
Dan airmata yg merembes..
Akan terus laju mencurah..
Bagaikan hujan yg lalu..

Rindu itu memaksa aku untk terus mengingatimu..
Aku Yang Pasrah & Kalah.


........................................................................................


Subhanallah...
Perpegun aku seketika,..
Menatap keindahan ciptaanNYA,..
Warna-warna pelangi yg menghiasi,..
Mengindahkan alam ini,.
Taburan bunga- bungaan berwarna warni,..
Mendamaikan jiwa,.
Menenangkan Nurani,..

Subhanallah,..
Cantiknya ciptaan Ilahi,..
Kurniaan yg indah dan berseri,..
Sekali pandang tak puas hati,
Dua kali pandang jatuh hati,
Tiga kali pandang ingin ku miliki,...

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar...
Walau hanya dapat di pandang,.
Walau tak dapat ku pegang,..
Aku tetap bersyukur padanya,..
Ini hanyalah keindahan dunia,.
Mungkin di SYURGA sana indahnya tidak terkata...

Dari hati yg terpesona

<SZAZA ZAIMAN>
....................................................................................................

Ya Allah,..
Hambamu ini terlalu bnyak dosanya,
Hambamu ini terlalu bnyak Khilafnya,
Hambamu ini terlalu bnyak kesalahannya,.
Padamu Ya Allah,.

Ya Allah,..
Ampunkanlah segala dosa-dosa hambamu ini,.
Bimbinglah kami ke jalan yg lurus,
Bimbinglah kami ke jalan yg di redhaimu,
Bimbinglah kami menjadi hambamu yg bertaqwa,
Bimbinglah kami menjadi hambamu yg beriman,
Berikanlah HidayahMU berterusan agar kami tak lalai,
Agar kami tak lupa,
Agar kami tak leka,
Untuk sujud kepadamu selalu...

Ya Allah,
Dalam sedar kadang-kadang kami terleka,
Dalam sedar kadang-kadang kami sengaja,
Menentang arahanmu,
Mengingkari perintahmu,
Meninggalkan suruhanmu,

Ya Allah,..
Kami insan hina,
Selalu terlupa bersyukur,
Dengan Nikmatmu,
Dengan Rahmatmu,
Dengan kasih sayangmu,
Yang KAU berikan secara PERCUMA...

Ya Allah,.
Ampunkanlah hambamu ini,..

Aku insan kerdil yg tak punya apa-apa..

.......................................................................................................
           HATI,...

Hati,..
Kenapa kau degil,.
Melawan rasa dan perasaan,.
Membenam duka dalam diam,.
Melonjak resah dalam kelam,.
Mencari cinta yang suram,..

Hati,.
Mengapa kau begini,.
Selalu resah tak berteman,.
Selalu sunyi tak bertepi,.
Melayan gelodak perasaan,.

Hati,.
Bagaimana lagi,.
Untuk memberimu ketenangan,.
Walau penasaran,.
Jiwa tertekan,.
Usahlah kau resah dalam diam,..

Hati,..
Relakan segalanya,.
Meniti sebuah kehidupan,.
Biar ranjau dan duri,.
Menghalang sepanjang perjalanan,.
Teruskan langkah perjuangan,..

.................................................................................................................

Dilema menguasai diri,..

Berdegup laju jantungku ini,
melayan gelora perasaan,
ingin ku tangiskan rasa hati,.
Bagai sudah tiada dayanya lagi,.
Ingin ku meraung sekuat hati,.
Namun suara terkunci mati,.

Dalam melayan dilema perasaan,.
Yang sarat menanggung beban,.
Ku cuba tahankan,..
Agar airmata tak bisa mengalir,.
Agar derita beralih arah,.
Agar sengsara berlalu sudah,.

Dalam dilema perasaan ini,.
Yang sudah sebati dalam diri,.
Tak pernah habis dengan ujian,.
Hanya ujian perasaan,.
Akan cuba ku lewati,.
Akan cuba ku renangi,.

Dalam dilema perasaan hati,.
Ku pendam duka yang lama,.
Hanya pena peneman setia,.
Mampu mengungkapkan sejuta rasa,.

Dilema jiwa yang sengsara,..
Tak mampu ku ungkap dengan kata-kata,.
Hanya hati yang berbicara,.
Hanya hati yang menangis hiba,.
Biar bibir senyum dan tawa,.
Namun hati terguris luka,..

..................................................................................................................


Kau Yang Tak Mengerti

Kau juga wanita sepertiku,.
Tapi teganya kau buat begini,.
Dimana hati nuranimu,.
Dimana jiwamu,.
Dimana mindamu,.
Kosongkah mindamu itu?
Hingga kau tak mampu berfikir!

Tega,.kau benar2 tega,.
Tergamak kau buat begitu,.
Kau kosongkan mindamu demi diri sendiri,.
Kau tak penah fikirkan perasaanku,..

Kau juga sorang wanita!
Suatu hari kau akan rasa apa yg ku rasa,.
Ketika itu rasalah kepedihannya,
betapa tersiatnya jiwamu,.
Kerana kau juga sorang wanita sepertiku!

Memang aku berdiam diri selama ini,.
Untk aku beri peluang padamu,.
Gunakan otakmu secukupnya,.
Tapi kau tak pernah mengerti,.
Kerana otakmu tak pernah berfungsi,.
Kau tetap jadi perampas,.
Perampas tegar yang tak punya hati nurani..

Aku tahu kelemahanku,.
Aku tahu kekuranganku,.
Aku sering beralah,.
Bukan kerana aku kalah,.
Tapi kerana aku tak mampu,.
Kerana ku tak suka memaksa,..
Tapi kelemahanku jadi punca kemenanganmu,.
Kau bertepuk sorak dan bahagia..
Dan aku juga yg terluka,..

Teganya dirimu ambil kesempatan itu,.
Tunggulah saatnya bakal tiba,.
Bila milikmu di rampas pula,.
Bersedialah!!!
Kerana kita berada di pentas dunia yg sama,.

Kau yang takkan pernah mengerti,.
Perasaan dan jiwa ini,.
Dan biarkanku merana sendiri,.
Beringatlah sebelum terlambat,.
Kerana bumi sering berputar,.
Hari ini kelam buatku,.
Dan kau berpesta di siangmu,.
Tunggulah saat kelammu,.
Jangan pula kau teraba-raba mencari arah,.
Aku akan tunggu saatnya!!!

.........................................................................................................

Hati..
Selembut kelopak mawar,
Mudah terkoyak,
Mudah tercalar,
Mudah terurai...

Hati...
Entah mengapa,
Mudah terguris,
Mudah terasa,
Mudah tersentuh,
Terlalu sensitif...

Hati,..
Hanya terguris bersebab,
Hanya tersentuh bermakna,

Hati,..
Senang memaafkan,
Payah melupakan,
Senang menerima,
Payah memusuhi..
Tapi..hanya menolak pada yg tak sudi,
Hanya menolak pada yg perlu di jauhi,
Hanya menolak pada dia yg aku takuti,
Hanya menolak pada dia yg aku sayangi,

Hati,..
Kadang-kadang aku sendiri tak mengerti,
Kadang-kadang aku sendiri keliru,
Kadang-kadang aku sendiri tak tahu...
Apa mahunya?
Apa keinginannya?

Hati,..
Resahnya mengila,..
Membuat keputusan terlalu cepat,..
Saat pedih dan sakit,
Saat ego mendatang,
Saat terluka dan kecewa,..
Bukan tak pernah akal memikir,
Tapi hati tak mahu menerima,...

Hati,..
Tenanglah,..
Dalam mencari Kasih Ilahi,
Dalam mencari kasih sejati,
Dalam mencari sayang yg hakiki,...

Hati yg beku takkan berolak,.
Saat jiwa resah,
Hati yang panas takkan sejuk ,
Saat api masih membakar,..
Tunggulah saatnya bila ia menjadi dingin,
Dan rindu kembali bertamu..

...............................................................................................................

SEPI,..

Betapa sepi itu begitu mencengkam diri,..
Mengalir ibarat aliran darah merah,..
Dalam saluran nadi,..
Dalam hati,..

Sepi,..
Bertemankan malam nan kelam,..
Tiada bulan,..
Tiada bintang,..
Hanya bertemankan kata2 hati,..
Bisikan perasaan yg kekeliruaan,..
Bertemankan suara hati ,..
Yang sentiasa kepasrahan,..
Dalam meniti arus kehidupan,..

Sepi ini,..
Adalah pasti,..
Kerana aku sendiri,..
Dalam melayari mimpi2 yg tak pasti NOKTAHnya,..


......................................................................................................
 TERKELIRU..

Hati ini berbolak balik..
Terkeliru di alam fantasi,.
Bayangan bahagia menerjah minda..
Terasa hati mengucap syukur,.
Kehendak hati tertunai sudah..
Aku di Persada Dunia..
Dapat apa saja yg ku pinta..

Bibir tersenyum megah..
Wajah berseri terserlah..
Ku lihat saujana indah..
Terhampar di depan mata,.
Bunga-bunga mekar pelbagai warna...

Ku jelajahi dunia ini..
Meredah segala benua..
Merentasi segala lautan..
Indahnya alam ku hayati sepuasnya...

Dalam khayalan bahagia,..
Aku mula sedar..
Fantasi takkan jadi realiti..
Kerana aku masih di sini..
Masih berteleku di alam fantasi..

Senyuman terukir pudar sudah..
Tiada lagi memori indah..
Apa yg di pandang hanyalah ilusi..
Ilusi yang pasti takkan tertunai..
Hasrat yg pasti punah..

Dalam sedar aku tertawa,..
Dalam tawa ada airmata,.
Mengalir perlahan tanpa di pinta..
Aku terkeliru lagi..

Keinginanku begitu tinggi,..
Harapanku begitu kuat..
Tapi mungkin takkan pernah tertunai..
Kerna aku masih tetap aku..
Hanya pandai berfantasi...

Aku yg termangu di alam FANTASI DUNIA..

...........................................................

 Detik Pertemuan

Pertemuan itu amat membahagiakan,.
Di iringi sejuta senyuman,.
Indah terukir di bibir,.
Ramah menegur berkongsi bicara,.
Bergurau dan gelak tawa,.

Lewat pertemuan itu begitu ceria,.
Kita bagaikan saudara,.
Namun kadang2 kita alpa,.
Hingga memberi rasa kecewa,.
Hingga menghadirkan gurisan luka,.
Hingga mengalirkan airmata derita,..

Pertemuan ada perpisahan,.
Detik ini hatiku terlalu kecewa,.
Detik ini hatiku telah terluka,.
Bukan salah sesiapa,.
Mungkin aku yang terlalu mendamba,.
Tanpa sedar aku siapa,.
Insan kerdil yg tak punya apa2..

Maafkan aku teman,.
Izinkan aku undur diri,.
Biarlah kita berpisah di sini,..
Andai ada masa terluang,.
Pertemuan itu bakal terjadi lagi..

Aku pergi bukan membawa diri,.
Sekadar merawat diri sendiri,.
Sekadar merungkaikan kekusutan hati,.
Aku pasti akan kembali lagi,.
Andai di izinkan Ilahi,..

Maafkanlah aku teman,.
Andai aku terbuat bnyak kesalahan,.
Andai aku terkasar tutur bicara,.
Kadang2 aku terlupa,.
Kadang2 aku sengaja,..
Tapi semuanya hanya gurauan senda..

MAAFKAN AKU SEKALI LAGI,.
Biarlah segalanya berakhir di sini,..
Ku noktahkan bicaraku ini,.
Agar kau mengerti,.


Aku Insan Terluka
SZAZA ZAIMAN
.............................................................................................................
TANGISANNYA

Bergemanya tangisan memecah sunyinya malam,
Nyaring dan memilukan,
Meratap hiba kesakitan,
Aduhh..apakan daya,
Tak bisa aku menghentikannya,

Puas sudah di pujuk rayu,
Ratapannya semakin panjang,
Jerit pekiknya mengharukan,
Namun jua amat merimaskan,

Kesedihan terhenti seketika,
Si kecil bersuara ceria,
Lupa sebentar kesakitan yang di rasa,
Petah berkata-kata mengundang bahagia,

Nguapan si kecil sebagai tanda,
Mata layu tak mahu lena,
Lantaran kesakitan yang di rasa,
Sikecil pasti menangis semula,

Malam masih terlalu muda,
Sikecil masih berjaga,
Bersabarlah seadanya,
Kerenah sikecil bukan di sengaja,
Lantaran suntikan berbisa,
Rasa mengantuk mengatasi segala.

...........................................................................................................
MAAFKAN AKU TEMAN,..

Maafkan aku,
andai bicaraku terlanjur lalu,
andai sikapku menyakiti hatimu,
andai tanganku terlalu pantas,
mencoret kata-kata terlalu keras,

Maafkan aku,
bukan aku sengajakan,
bukan aku inginkan,
tapi sekadar ingin bermesra,
sekadar bergurau senda,
sekadar bercanda santai,


Maafkanlah aku,
kerana aku manusia biasa,
kerana aku insan hina, 
yg tak pernah lepas dari dosa,
yg selalu terlupa,
yg selalu terleka,

Maafkanlah aku,
kerana kemaafanmu amat bermakna,
berikan aku sedikit ceria,
berikan aku sedikit bahagia,
MAAFKANLAH AKU

szaza zaiman


ANTARA AKU BUNGA DAN CINTA MEMANG TAKKAN DAPAT DI PISAHKAN,..


<SZAZA ZAIMAN>












terima kasih segalanya,..:)

Selasa, 19 Februari 2013

puisi-puisiku,..

puisiku

PUISIKU BICARA HATIKU





Impian  Ini

Semalam aku menadah impian,..
Untuk mencari sebuah ketenangan,..
Dalam kebahagiaan dan semangat yang berkobar,..
Penuh pengharapan dan kesungguhan,..

Hari ini,..segalanya menjadi muram,..
Harapan dan impian pun suram,..
Yang ada hanyalah imaginasi,..
Kabur dan kelam,..
Aku tak pasti,..
Adakah segalanya akan tercapai?







Indahnya Mimpi

Semalam telah berlalu,..
Mimpi semalam telah lama ku inginkan,..
Mendengar kalimah cinta darinya,..
Dan semalam ku temuinya dalam sebuah nota,.
Nota kecil yang aku jumpa,..
‘Aku mencintaimu jua’,..
Dan ku tahu mimpi iti tidak benar,..
Mungkin sebaliknya ‘ku benci kamu’,..

Indahnya mimpi,..
Mimpi yang berkurun lama ku inginkan,..
Ungkapan kata cinta darinya,..
Tapi,..kenapa baru semalam ku temui,..
Ianya sudah tidak bermakna lagi,..
Kerana kau bukan milikku lagi,..

Mimpi semalam membawa resah dalam diam,..
Benarkah segalanya?,..
Atau ianya hanyalah dusta semata,..
Sekadar mainan tidur yang tak bereti apa-apa,..

Indahnya mimpi itu,..
Kalau dulu mungkin ku sambut bahagia,..
Tapi kini hanya resah yang aku punya,..
Resah mengulit rasa,..
Membelengu diri dan jiwa,..
Langsung tidak bermakna,..
Walau ia hanya mimpi semata,..

Indahnya mimpi,..
Tak ingin ku ingati lagi,..
Ku hanya lakarkan di sini,..
Agar jadi kenangan dan terus pergi,..
Di telan masa arus dunia,..
Pergilah mimpi!
Kerana mimpi itu langsung tak bererti lagi,..
Kerana aku telah di miliki,..
Hatiku bukan milikmu lagi,..
Biarpun cinta itu pernah ku beri,..
Tapi sudah lama ku ambil kembali,..
Biarlah ianya terus jadi memori.

Mimpi bersamamu,..



Indahnya Pagi

Sang suria memancar indah,
Menerangi alam ini,
Indahnya pagi seindah hari,
Moga keindahan terus berkekalan,

Pagi yang sangat indah,
Memberi senyuman bahagia,
Bahagia mengecapi hari ini,
Kerana esok belum pasti,
Mungkin hujan yang bakal melanda,

Hari- hari yang di lalui,
Moga indah setiap hari,
Bagai ukiran lukisan,
Indah dan mempesonakan,
Di lorek sendiri mengikut imaginasi,
Apa yang kita inginkan.








Rajuk

Di kedinginan malam,.
Ku lepaskan lelah dalam diam,.
Melawan perasaan rajuk yg dalam,.
Pada dia yg langsung tak mengerti,.
Akan hati dan perasaan ini,.

Rajukku,..
Sedalam dasarnya lautan,.
Lalu aku lemas dan karam sendiri,.
Mengocak naluri,.
Terdampar di pantai hati yg sepi,..

Entah kenapa,.
Rajuk ini tiada noktahnya,.
Di kuasai egois yg mengila,.
Harus sampai bila??

Hanya Allah yg tahu,.
Apa yg tersurat di hati ini,.
Namun rajuk ini apa kesudahannya,..

<MHR>
Ku pujuk diri sendiri,..





KENANGAN SEMALAM

Tika sendirian..
Kenangan bersamamu terus mengetuk pintu hati..
Terbayang renungan matamu..
Bergetar rasa dada..
Terus menyentuh jiwa..
Bibir ingin bersuara..
Namun lidah kelu dan membeku...

Sayang..
Indahnya perasaan itu..
Bagai berada di taman bunga,..
Yang di hiasi aneka warna...
Aku di belai seribu rasa,
Rasa cinta yang masih terasa..

Tika itu..
Kau dan aku saling berkasih..
Bahagia berdua memendam rasa..
Kerana di hati hadirnya cinta,.
Siang dan malam merindu saja,.
Terbayang wajah di mana-mana..

Namun kini tiada lagi...
Kau telah pergi dari sisi,
Membawa haluan sendiri,..
Mencari bahagia yg di cipta..
Hanya Kenangan Semalam jadi sejarah..
Biar terus abadi di hati ini..
Takkan mungkin dapat di lupa..
Kerana kau pernah ku cinta..

<Kau tetap dihati><cinta dalam diam><dan masih begitu>

Hasil Karya
SZAZA ZAIMAN                                      




Kacau Bilau,..

Masalah datang lagi,.
Menganggu hari-hariku,.
Menganggu ketenanganku,.
Menganggu pekerjaanku,.
Menganggu impianku,..
Menganggu angan-anganku,.

Kacau bilah sudah,.
Segalanya tak menjadi,.
Segalanya tertunda lagi,..
Namun aku takkan putus asa,.
Ku kan terus bangun dan melangkah,.
Melawan arus rintangannya.                                 





Sekadar Persinggahan

Merenung kembali detik semalam,.
Aku bahagia di sini,.
Beramah mesra bersama teman-teman,.
Bergurau senda dan bergelak sakan,.
Tapi hari ini,.
Muka buku ini sekadar persinggahan,.
Sekadar mengungkapkan rindu,.
Sekadar bertanya khabar,.
Sekadar meluah sayang,.
Sekadar meluah rasa,.
Sekadar berkongsi cerita,..

Muka buku menjadi saksi,.
Terjalinnya kasih dan sayang,.
Biarpun di alam maya,.
Kita mampu bercerita,.
Kita mampu mengundang airmata,.
Kita mampu mengukir senyum tawa,.
Tapi bila sekali hati terluka,.
Pedihnya tetap terasa,.
Sukar sekali untkku lupa,.

Kini hanya sekadar persinggahan,..
Persinggahan yg sementara,.
Sebelum ku buka langkah yg seterusnya,.
Meneroka lagi alam ceritera,.
Yang membahagiakan dan mengundang tawa,.
Memberi aku perbagai reaksi,.
Memberi aku perbagai pengajaran,.
Memberi aku seribu keinsafan,.
Memberi aku pelbagai pengalaman,.

Disini kini sekadar persinggahan,.
Entah bila bakal berakhir rajuk ini,.
Biarlah ku bawa hati ini,.
Terus meneroka di alam sana,.
Mencari erti kehidupan ini,.
Banyak ceritera yg aku jumpa,.
Akan mengajar aku erti dewasa sebenarnya,.
Mungkin bakal menyembuhkan luka di dada,.
Dan pastikan bahagia milik aku selamanya,..

Izinkan aku permisi untk sementara,.
Kerana di sini hanya sekadar persinggahan,.
Dan aku pasti akan kembali lg,.

<MHR>





  SEPI DAN TERASING

                  Sepi meragut hariku,..
                  Terasing di rumah sendiri,..
                 Meronta –ronta jiwa ini,..
                 Sedih,pedih dan terhiris,..

                Entah bagaimana harus kulalui lagi,
               Sepi yang mencengkam hati begitu payah kuhadapi,.
              Sengsara ini ku tanggung sendiri,..
             Tiada yang sudi mengerti dan memahami,..
             
              Bukannya aku sengaja mereka-reka,..
             Bukannya aku sengaja nak mengada-ngada,..
            Aku hanyalah insan yang tak berdaya,..
            Mencari kasih yang telah pudar,..
             Mencari sayang yang kian sepi,..
           Mencari sinar bahagia yang kian hilang,..

           Aku tak pasti apa lagi yang harus ku hadapi,..
          Di masa hadapan yang masih jauh,..
          Moga bahgia terus menanti,..
         Hari esok dan seterusnya.

HASIL NUKILAN:SZAZA KSGY,..20.11.2011
       



SEPI DALAM KERIUHAN

Riuh rendah derai tawa di luar rumah,
Berderam kereta yang lalu lalang,..
Bisingnya bunyi anak-anak muda di jalanan,..
Motor di pandu laju bagaikan johan,.

Tapi aku yang sendirian,..
Sendiri menahan perasaan,..
Sunyi dalam kebisingan,..
Tiada teman dan penuh kebosanan,
Aduhai hati kalau ini selalu terjadi,..
Bisa aku mati dan pasti,..
Aku akan terus sepi dan sendiri

Tabahlah hati kerna aku yakin dan pasti,..
Ada hikmah atas semua ini,..
Hidup ini adalah reality,..
Dan sepi itu adalah seni,..
Seni mencorak diri,..
Seni mencari diri,..

Hadapilah semua ini,..
Kerana inilah anugerah ILAHI       HASIL NUKILAN:SZAZA KSGY   21.11.2011


Impian  Ini

Semalam aku menadah impian,..
Untuk mencari sebuah ketenangan,..
Dalam kebahagiaan dan semangat yang berkobar,..
Penuh pengharapan dan kesungguhan,..

Hari ini,..segalanya menjadi muram,..
Harapan dan impian pun suram,..
Yang ada hanyalah imaginasi,..
Kabur dan kelam,..
Aku tak pasti,..
Adakah segalanya akan tercapai?


                                                          

 DAMBAAN KASIH    



Kudambakan  kasihmu sayang,
Dalam dunia yang pasti,
Bukan igauan bukannya ilusi,

Hadirmu sayang memberi seribu erti,
Aku tak ingin sendiri,
Melayari kehidupan ini,
Dirimu yang ku damba setiap hari,

Sayang,..
Bahagiaku kerana dirimu,
Deritaku bukan mahumu,
Cintaku padamu satu,
Dambaan kasihku hanya untukmu.

CORETANKU BUATMU SAYANGKU
SZAZA KSGY..26.11.2011….2.41PM