Sabtu, 21 Disember 2013

Cuba Menghayati perasaan Watak MonaLiza untuk cerpen terbaru,.

BAHAGI KASIH

Apa ertinya lagi?
Kasih yg harus ku kongsi,.
Apa gunanya lagi?
Bila hatimu bukan untukku lagi..
Aku tak mampu untk membayangkannya,.
Aku tak rela walau dipaksa..
Kau pilihlah antara dua..
Antara aku dan dia,

Aku tak rasa kau berlaku adil,.
Pasti dia kau utamakan,.
Aku ibarat arang yg bakal kau nyalakan..
Akhirnya menjadi bara dan abu..

Ku tak rela kasihmu dibahagi dua atau tiga,
Andai jodoh kau untk dia,.
Biarlah aku yg mengundur diri..
Andai di sini tiada lg bahagia yg ku cari..
Izinkan aku pergi!

~monaliza~

Tertulis Takdir-NYA Untukku!

Menunggu Mentari Bersinar Lagi

Hari ini aku termanggu lagi,
Melihat detik waktu yg terus berjalan,
Sedangkan aku masih di sini,
Menghitung hari demi hari,

Menunggu mentari terus bersinar,
Pasti bakal meranapkan impian sendiri,
Kerana ribut dan taufan pasti menjengah,
Badai gelora akan menerpa..
Hujan pun turut mencurah,
Walau tanpa undangan,

Mentari pagi ini sinarnya cerah sekali,
Namun aku masih sangsi,
Bakal bertahankah cuaca ini?
Mungkinkah awan bakal mendung lg?
Lalu menjemput hujan ke mari,.
Membiarkan aku terus tersadai di perhentian ini..

~Sz~

BIAR

Biar,.hati ini terus merintih,
Melawan perasaan marah,
Mengheret rasa kecewa,
Melambung rasa sangsi..
Dan perlukah ku lontar rasa curiga?

Biar,.hati ini terus menjerit,
Kerana ketidakpuasan di jiwa,
Yang merobek luka,
Yang memamah rasa,
Yang mengigit perasaan,
Angkara pelbagai rasa yang mengasak di minda..

Biar..hati ini kian resah,
Bila amarah tak dapat diungkap,
Bila kecewa tak dapat dilafazkan,
Bila perasaan tak dapat diluahkan..
Aku harus bagaimana lagi?

Haruskah aku membiarkan?
Rasa amarah yg terus mengila,
Rasa kecewa yg merobek dada,
Menaruh prasangka di dalam minda..
Kenapa?
Mengapa?
Line terus tergendala,
Bagaimana nak buat KERJA?
Sampai bila nak REPAIR daa???

AKU YG SEDANG MEMBARA
~SZ~