Isnin, 29 Julai 2013

CEPATNYA MASA BERLALU,.


Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya,.
Tanpa sedar ia bakal berlalu pergi,.
Langsung tak terasa kehadirannya,.
Belum puas rasanya melepaskan rindu,.
Lantaran CEPATNYA MASA BERLALU,

Ramadhan yang datang setahun sekali,.
Datangnya membawa seribu rahmat,.
Tapi ramai yang tidak sedar,.
Ramadhan tak benar-benar dirai,.
Yang tak sabar di tunggu menjelangnya syawal,.

Awal ramadhan sudah berbual rancak,.
Baju raya sudah beli atau tidak,.
Kuih raya sudah tempah atau belum,.
Langsir,perabot perlukah berganti,.
Tanpa sedar ramadhan yang dinanti,.
Sudah hampir pergi,.

Usah dituding pada sesiapa,.
Tanya saja pada diri sendiri,.
Ramadhan ini adakah benar-benar dirai,.
Jangan sampai mengigit jari,.
Bila ramadhan sudah pergi,.
Tahun depan dapatkah bertemu lagi,.
Jangan-jangan kita sudah dipanggil mengadap Ilahi,.

Ramadhan bakal berakhir,.
Jangan banyak sangat duduk memikir,.
Lebih baik banyakkan berzikir,.
Cari pahala berganda,.
Jangan pula nak mengada-ngada,.
Asyik nak cipta alasan saja,.
Kerana semua itu hanya auta semata,.

Ramadhan akan berlalu,.
Tak terasa cepatnya waktu,.
Sedangkan kita masih lagi berteleku menongkat dagu,.
Apa nak jadi pun tak tahu,.

29.7.2013
Nukilan Hatiku
Szaza Zaiman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.