Selasa, 11 Jun 2013

HIMPUNAN PANTUN DARI FACEBOOK


Pantun Rindu

Matahari silau tegak terpantul,
air menderu di balik bukit,
hatiku risau dia tak muncul,
hati merindu sangatlah sakit.

Buluh bambu seruling kasìh,
aku terpana merdu suara,
hati merindu rasa tersisih,
tersisìh kerana jiwa membara.

Kain baldu berwarna biru,
dihias permata cantik bermutu,
hati merindu sayang selalu,
orang tak suka saya tak tahu.

Hatiku gundah menangis tersedu,
rasa mengalah biarlah berlalu, 
Kepada Allah hamba mengadu,
Hamba berserah pada yg satu.

Pulau indah jadi kenangan,
jauh berbatu di pulau sibu,
Rindukan Allah bawa ketenangan,
ketenangan bersatu menyusup kalbu.

Pasang pelita ditengah laman,
usah bergaduh merebut sumbu,
putus cinta jadikan teman,
mungkin jodoh tidak bertemu.

Adehh..hentam sajalah,.

 Cik siti masak bubur,
pisang sesikat dibuat pengat,
Walau hati hancur lebur,
terima hakikat nasib tersurat.

Pedih woo..cinta org lain tp kawin org lain tp apa nak buat,..cobaaannn.

 Kasut merah kepunyaan Nita,
dipakai selalu serba tak kena,
Begitulah lumrah penangannya cinta,
makan tak lalu tidur tak lena.

Hehehe..
Sungguhlah untung si anak manja,
Semuanya emak yang urus,
asyik melengung termenung saja,
badan gemuk jadi kurus.

Pergi bersiar dengan kereta,
kereta merah pilìhan hati,
memang asyik masa bercinta,
bila putus separuh mati.
Huhuhuhu..

Banyak buaya antara buaya,
buaya tembaga atas darat,
banyak benda yg cek suka,
melepak saja yg cek ingat.

Adik kakak mencari kelapa,
bergurau senda diwaktu senja,
Dok melepak tak dapat apa,
asal minda berjalan saja.

Putih melepak anak mak Limah,
sungguh ayu dipandang mata,
Dok melepak dalam rumah,
hati sayu dah nak raya.

Pokok jati ditepi paya,
Paya dihutan banyak onaknya,
Muslimah sejati seperti saya,
Nak cukupkan puasa mustahil agaknya:-)
hehehe..


Angkat sauh turunkan bata,
batang sagu dibuat beranda,
Kalau sugguh bagai dikata,
untunglah cikgu tambah pahala berganda,


Sepat benua gulai nangka,
Ayaq kopi kuih keria,
Sahabat semua sibuk belaka,
Pakat pi shoping raya.

Hehehe..kira ok la pembayang dia,dah dkt nak buka:-)

Permandangan indah bagai disyurga,
Di kuala Gula duduk berehat,
Emas sudah naik harga,
Budi pula tak dapat dilihat.

Nampak hantu terus fobia,
Gigi berlaga ketaq kepala,
Memang begitu lumrahnya dunia,
Harta juga yg depa suka.

 Ku lihat kunang-kunang cantik sekali,
Kunang-kunang hinggap di pokok mati,
Budi ku kenang sampai ke mati,
Harta ku anggap hanyalah daki.

Harta tu daki dunia ja,bukan boleh bw masuk kubur tp manusia ni ramai yg sggup putus adk bradik kerana harta,kan?

Jalan sehala menuju ke hilir,
Dalam malaysia banyak taman,
Pening pala kalo dok pikir,
Gelagat manusia akhir zaman;-(

Kalau salah kena pangkah,
Pangkah guna pen merah,
Kalau tuan tersilap langkah,
Duri dipijak kaki berdarah.

 Air meleleh di lata bayu,
Ramai orang rasa pelik,
Nama mat saleh tapi melayu,
Rambut perang hidung kemik.

Aneka fesyen sudah dicuba,
yang ketat sendat semua ada,
pakat aksyen saja la,
asal sempat angguk saja.

Batang kayu warnanya putih,
buah setoi dari kedah, 
Cakap melayu slanganya omputih,
sekali terkantoi malu tak sudah.

 Kaki tersepak sekampit gula,
diangkat berat tak larat pula,
Rock kapak serabut kepala,
jiwang karat paling suka.

Tanam kantan di tepi laman,
segar kuntumnya di tengah hari,
budaya pantun zaman berzaman,
madah selokanya memikat sanubari.

Matahari sudah terpacak tinggi,
tandanya sudah tengah hari,
berpantu bermadah saya berköngsi,
nak buat helah tak menjadi.

Sudah lama aku menunggu,
bagai pungguk rindukan bulan,
selamat bercuti di hari minggu,
bercuti dan rehat sihatkan badan.

Sekejap saja masa berlalu,
siang malam silih berganti,
bulan saaban bakal berlalu,
datangnya ramadhan itulah yg dinanti.

PANTUN CINTA

Di atas para adanya lada,
Santan kelapa dimasak asyura,
Rindu membara didalam dada,
Lama tak jumpa rasa sengsara.

Buah betik buah kurma,
Mari kita makan saja,
Cinta berputik kali pertama,
Bertentang mata tersipu manja.

Ditepi pintu duduk berangan,
Lalu sidara cantik rupawan,
Senyum tawamu dalam kenangan,
Payah dilupa jadi igauan.

Biji selasih dibuat pengat,
Sudah ditampi sudah dikacau,
Padamu kasih aku teringat,
Malam bermimpi memeluk dikau;)


Cantik gerangan si tuan puteri,
Puteri bernama cik wan siti,
Aku berangan seorang diri,
Orang disana aku tak pasti;(

 Pak Badar menabur baja,
 Pergi sawah menanam padi,
 Pantun sekadar rekaan saja,
 Bukannya meluah isi hati.

Petang-petang makan kanji,
Kanji dicampur isi ikan,
Caci dan maki sifat keji,
Jauhkan diri jangan amalkan.

PANTUN ENAM KERAT BERKAIT

Masak lemak sayur berlada,
Sedap dimakan begitu saja,
Makan sekali bersama keluarga,
Kalau rindu bertamu didada,
Facebook ada onkan ja,
Bertemu ja di alam maya

Kalau rindu bertamu didada,
Facebook ada onkan ja,
Bertemu ja di alam maya,
Di aneka pantun bergurau senda,
Sambil membaca tersenyum saja,
Salah dan silap harap lupakan ya

 Bercermin mata tebalnya kanta,
Terpelanting lalu jatuh diberanda,
Kalau itu yang dikata,
Alangkah leganya didalam dada.

Buka buku menghafal sifir,
Sifir dihafal berkali-kali,
Kalau sudah tersalah tafsir,
Tak pernah disimpan didalam hati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.