Ahad, 12 April 2020

Virus Corona..


Kerana CORONA manusia sengketa,
Virus merebak dengan cepat,
Seluruh dunia sudah kena,
Semua penghuni tidak ke mana,

Barisan hadapan merekalah perwira,
Harapan negara untuk berjaga,
Yang degil pasti kena,
Salah langkah ke dalamlah jawabnya,

Virus CORONA sangat bahaya,
Tak dapat dilihat dengan mata,
Ia datang tanpa diduga,
Salah sentuh kita merana,

CORONA oh CORONA..
Datangmu sekelip mata,
Asalmu dari China,
Datangmu tanpa dipinta,
Keranamu manusia derita,

Virus CORONA..
Tak pernah disangka datang ke Malaysia,
Arahan PKP keluar juga,
Semua orang sentiasa berjaga-jaga,
Duduk di rumah bersama keluarga,
Dalam pahit ada manisnya,
Dalam manis ada pahitnya,

Oh CORONA..
Keranamu ada juga yang tak hirau,
Mereka sangka kau hanya bergurau,
Mereka masih juga merantau,
Mereka masih juga merayau,
Kerana wujudmu bagaikan santau,

Virus CORONO ibarat musuh,
Musuh halimunan yang tak kelihatan,
Berperang tanpa senjata,
Bergaduh tanpa kata-kata,
Akhirnya sudah terkena,
Dengan nyawa kita bertaruh,

CoRONa oh CoRONa..
Siapa pernah menduga,
Keranamu juga manusia bersengketa,
Kerana duit katanya,
Yang miskin tidak berharta,
Tiada makanan untuk dijamah,

Yang kaya turut haloba,
Nak bantuan juga,

CORONA..keranamu manusia lupa,
Datangmu bawa berita,
Hari kiamat bakal menjelma,
Hanya Allah yang tahu segalanya..

Nota: Sajak corona, sekadar suka-suka.


Pantun PKP

Cantik sungguh bunga bonsai,
Berdaun lebat nampak lengkap,
Hampa jangan caqi pasai,
Langgar PKP masuk lokap.

Bunga melur sangat wangi,
Warnanya putih menawan sekali,
Langgarlah PKP kalau berani,
Kena denda gigit jari.

Nangka muda dibuat gulai,
Dimasak bersama dengan udang,
Anak muda masuk balai,
Tak dengaq kata orang.

Duduk rumah diam-diam,
Berkumpul bersama dengan keluarga,
Arahan PKP taklah seram,
Untuk keselamatan kita juga.

#StayAtHome
#DudukDiRumah

Puisi Corona..

Corona, datangmu tanpa undangan,
Hadirmu ibarat musuh halimunan,
Seranganmu tak kira siapa,
Kau serang semuanya,
Tak kira bangsa dan agama,

Corona, seluruh dunia sudah tersebar,
Semua orang sedang berikhtiar,
Barisan hadapan paling berjasa,
Berkorban demi negara tercinta,
Sanggup bergadai nyawa,

Corona, kau memisahkan kami semua,
Menghadirkan rindu dalam dada,
Rindu pada anak,
Rindu pada ibu dan bapa,
Rindu pada sanak saudara,
Dulu yang selalu berkumpul bersama,

Corona, kau virus kejam,
Hadirmu meragut nyawa,
Hilang semua kebebasan yang didamba,
Patuh pada PKP buat kita sedar,
Hidup ini bukan hanya untuk gembira,
Ada masa kita diuji,
Ada masa kita diduga,

Corona, pergilah kau dengan segera!
Bersihkan dunia tanpa dirimu,
Hadirmu mengusarkan jiwa,
Penuh sengketa dan air mata,

Corona, tanpa kau kami bahagia,
Keluar ke mana saja,
Kini, tidak lagi,
Langkah kami terkunci mati,
Ramai yang menderita,
Rasa rindu yang menjerut jiwa,
Entah sampai bila?

Nukilan rasa : Zaza Yan, Kedah.