Follow by Email

Isnin, 19 Ogos 2013

Ku Balut Sendiri Luka Ini


Hati,.degilnya entah kenapa?
Buru-buru memutuskan kata,.
Katanya aku terluka!!!,.
Tanpa sedar parut lama berdarah kembali,.
Tergores rupanya ia,..

Lalu ku balut sendiri lukanya,.
Biar nampak pincang!!,.
Kerana ku tahu walau ianya sembuh,.
Takkan kekal lama!,.
Pasti hati ini akan terluka lagi,.

Aku bersedia menerima apa adanya,.
Kerana ku tahu ujian ini dari DIA,.
Biarlah bahagia bakal ku cipta,.
Dalam imaginasi yang sementara,.
Namun Ukiran Cinta Di Sudut Hati,.
Tetap miliknya jua!!!,.

Pesanan penaja buat Harris!!,.
Harris!,.dalam imaginasiku kau jangan sesekali mengecewakan Szaza!!!
Ini permintaanku!,.Ingat tu!

Ahad, 18 Ogos 2013

Bisikan Pena Meluah Rasa


Dikala pena berbisik,
Hati ingin menjerit,
Memberitahu seisi dunia,
Apa yang ia rasa,.
Lalu pena berkata,
Biar kita berkerjasama,
Meluah rasa tanpa suara,
Hanya melakar rintihan jiwa,

Pena dan hati lalu berpakat bersama,
Hati berkata aku sedang terluka,
Lalu pena menaip kata,.
Hati meratap hiba,
Jiwa turut sengsara,.
Bertanya pena kenapa?
Hati dan jiwa memang selalu seia dan sekata,

Jari-jari turut bersatu,
Bait demi bait terus ditaip,
Biar pena terus berbisik,
Suara hati meluah rasa,
Agar jiwa tak lagi sengsara,

Hati turut berdetik,
Beratkah pertolongan yang ku pinta?
Kenapa dia tak mahu berkerjasama?
Atau,.
Sudah salah fahamkah dia?

Tiada siapa dapat menjawabnya,
Hanya mampu menolong meluah rasa,
Apa yang terpendam di dalam dada,
Biar rasa lega dan selesa,
Supaya bibir kembali tersenyum bahagia.

Sabtu, 3 Ogos 2013

MOD RAYA,.dah hilang ke mana???,.

Syawal semakin menghampiri,.
Namun di jiwa ini semakin sepi,
Setiap kali lagu raya berkumandang,.
Sebak di dada pun turut bertandang,.
Apa ertinya raya pada diri ini??,.

Apalah maknanya raya ini,.
Bukan untuk tahun ini,.
Tapi sudah bertahun lamanya,.
Raya hanyalah jemputan air mata,.
Mendengar takbir lagilah hiba,.
Kenapa ya??
Adakah kerana diri ini banyak dosa??


Hari raya yang bakal datang,.
Rata-rata orang bersuka ria,.
Tak kurang juga ramai yg berduka,.
Kehilangan sanak saudara,.
Ibu ayah tercinta dan sebagainya,.
Aku sudah rasa semua itu,.
Dan hari raya tak bererti lagi untukku,.


Sudah lama aku bermusafir di Aidilfitri,.
Menumpang keceriaan orang lain,.
Bibir tersenyum megah,
Walau di hati ini dilanda gundah,.
Bibir tersenyum ceria,.
Walau sebenarnya semua itu hanya pura2,.


Hari raya pasti akan tiba juga,.
Walau hatiku walang,.
Walau kenangan datang bertandang,.
Aku takkan mampu untuk menghalang,.