Sabtu, 3 Ogos 2013

MOD RAYA,.dah hilang ke mana???,.

Syawal semakin menghampiri,.
Namun di jiwa ini semakin sepi,
Setiap kali lagu raya berkumandang,.
Sebak di dada pun turut bertandang,.
Apa ertinya raya pada diri ini??,.

Apalah maknanya raya ini,.
Bukan untuk tahun ini,.
Tapi sudah bertahun lamanya,.
Raya hanyalah jemputan air mata,.
Mendengar takbir lagilah hiba,.
Kenapa ya??
Adakah kerana diri ini banyak dosa??


Hari raya yang bakal datang,.
Rata-rata orang bersuka ria,.
Tak kurang juga ramai yg berduka,.
Kehilangan sanak saudara,.
Ibu ayah tercinta dan sebagainya,.
Aku sudah rasa semua itu,.
Dan hari raya tak bererti lagi untukku,.


Sudah lama aku bermusafir di Aidilfitri,.
Menumpang keceriaan orang lain,.
Bibir tersenyum megah,
Walau di hati ini dilanda gundah,.
Bibir tersenyum ceria,.
Walau sebenarnya semua itu hanya pura2,.


Hari raya pasti akan tiba juga,.
Walau hatiku walang,.
Walau kenangan datang bertandang,.
Aku takkan mampu untuk menghalang,.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.