Follow by Email

Selasa, 28 Januari 2014

Aku Sedar Siapa diriku!!

Siapalah aku!
Hanya seorang insan biasa,.
Tiada apa yang nak ku bangga,.
Sekadar menumpang di pinggiran desa,.
Langsung tak punya harta,.
Rupa pun tiada,.
Pendidikan tak sampai ke mana,.
Orang cakap 'cukup makan ja',.
Cukuplah tahu menulis dan membaca,.


Siapalah aku!
Menjadi penghuni di teratak ini,
Kadang-kadang ditinggalkan sendiri,
Menghitung hari yang sunyi sepi,.
Asyik berangan hingga dinihari,.
Asalkan jangan bangun tengahari,.
Kadang-kadang terbabas jua diri ini,.
Akibat tak dapat menahan diri,.
Malam berjaga siang tidur lagi,.

Siapalah diri ini!
Langsing tiada montel lagi,.
Agaknya takkan kurus sampai mati,
Kadang-kadang ada juga hasrat di hati,.
Nak menguruskan badan ini,.
Nampaknya semua tak menjadi,.
Jeles pula tengok mereka kurus macam lidi,.
Okey!,.aku sedar diri!,.
Siapalah aku ini!!


~SZ~ — 


 Biarlah siapa aku,..yg penting hatiku bahagia dengan caraku,. ;p

Mencari Reality dalam Imaginasi


Apa makna kehidupan ini?
Andai selalu berilusi,
Tanpa ada bukti,.
Sesekali kita harus berkongsi,.
Agar ilusi jadi reality,.

Apa makna hidup ini?
Asyik bermenung sana dan sini,
Tersenyum dan menangis seorang diri,
Tiada siapa yang peduli,.
Sesekali apa kata kita Kongsi,.
Agar orang tahu luahan hati,.
Taklah kita termanggu sendiri,.


Apa makna hidup ini?
Hari-hari bertopang dagu menelek nasib diri,.
Sampai bila nak begini?,.
Asyik memendam isi hati,.
Jom kita mencari reality dalam Imaginasi!
Luahkan segalanya agar ia lebih bererti,.
Lalu menjadi reality di atas kanvas ini.

~SZ~

Memberi semangat untuk diri sendiri itu perlu agar terus bangun dan teruskan langkah kerana kita takkan berjaya kalau hanya pandai berangan saja tanpa meluahkan apa yg ada di dalam minda,. — 

Isnin, 27 Januari 2014

Antara Kita Banyak Bezanya



Kita akan tetap
berbeza dalam melayari
kehidupan ini kerana
kini,.
masing2 sudah dimiliki,.



Dikedinginan malam aku termanggu di jendela waktu.
Mengimbas lagi kenangan lalu,
Terbayang wajahmu ketika itu,.
Wajahmu yang sering membuatkan aku menjadi resah,
Membuatkan aku sering merindu saban waktu,
Aku tak tahu kenapa aku perlu merindu,
Adakah ini namanya cinta?
Kalau inilah cinta kenapa kau yang aku puja? Soalan itu yang sering ku tanya,
Kerana kau tidaklah sekacak mana,

Detik terus berlalu,
Namun cintaku tetap satu.
Wajahmu,..
Senyummu sering di mindaku,
Kadang-kadang aku jadi keliru,
Kerana cinta ini terlalu menyakitkan jiwaku,
Entahlah,.
Perasaan begini sukar dimegerti,
Dalam diam aku mencintamu,
Dalam diam rindu itu hadir menganggu hari-hari sepiku,
Kenapa cinta ini sakit?
Sedangkan cinta itu sepatutnya adalah sesuatu yang indah,
Mungkinkah kerana kita ini berbeza?
Jadi cinta ini takkan sampai ke mana,
Cinta yang telah ku semai akan musnah jua akhirnya,

 Kini,.
Semua ini sekadar memori,
Memori cinta luka,
Kerana hanya aku yang mencintaimu dalam diamku,
Sedangkan kau sudah ada dia yang kau puja,
Aku tahu kita banyak bezanya,
Namun hati ini tidak pernah mengakui itu semua,
Hati ini terlalu berdegil untuk terus mencintai
Aku,kau dan dia terlalu banyak bezanya,.
Aku ibarat pungguk yang merindukan bulan,
Sedangkan kau sudah ada merak di kayangan,
Izinkan aku terus menyimpan namamu di sudut hatiku,
Untuk kenangan zaman silamku,
Kau yang pertama yang mengajar aku ertinya cinta dan rindu,
Bukan mudah untuk aku melupakan semuanya begitu saja.

Bingkisan Syahdu,.

http://www.liveonlineradio.net/malaysia/kedah-fm.htm

Bulan Januari datang lagi mengamit memori.32 tahun telah berlalu semenjak pemergianmu.Apa yang aku ada kini hanyalah sedikit kenangan bersamamu.

Ibu,.
Walau tahun silih berganti kenangan bersamamu masih terpahat di hati ini.Masih aku terasa tanganmu yang menyisir rambutku.Masih lagi dapat ku lihat kasih sayang dalam matamu.Kau ibu penyayang yang tak tahu apa itu marah.Aku tak pernah mendengar suaramu bertempik memarahi kami anak-anakmu ini.Kau penyabar dan tabah.Ketabahanmu itu amat aku kagumi.

Ibu,.
Setiap kali Januari bertandang aku turut terbayang seakan sejarah terus berulang.Ternampak di mindaku jenazahmu yang sudah kaku dengan perut yang membiru.Air mata ini terus mengalir tanpa pintaku.Sebak jiwaku tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Itulah hari terakhir aku melihat dirimu.Kau pergi mengadap Ilahi setelah sekian lama menderita.

Ibu,.
Barahmu sudah berada diperingkat akhir.Kita amat miskin di ketika itu.Rumah kita hanyalah di pinggiran hutan,terlalu jauh dari pekan,hendak ke hospital terpaksa menyeberang Sungai Perak dengan bot penambang.Betapa terseksanya kehidupan kita namun apalah daya kita kalau sudah tertulis takdirnya begitu.Bersyukur dengan apa yang kita ada.

Ibu,.
Deritamu kau tanggung sendiri.Kau hanya membisu seribu bahasa.Kau memang pendiam.Tidak pernah merungut atau pun mengeluh.Kesakitanmu tidak pernah kau hiraukan.Kau tetap menjalani kehidupanmu seperti biasa hinggalah tiga bulan terakhir sebelum pemergianmu.Kau terus membisu tanpa kata,tiada lagi belaianmu untukku.Makanmu perlu disuap,badanmu perlu dilap kerana kau tiada lagi kudrat untuk melakukannya sendiri.Badanmu terbujur kaku walau jantungmu masih berdenyut.Kau ada bagaikan tiada.

Ibu,.
Detik terasakan pantas berlari.Tiga hari aku berada di alam persekolahan dalam darjah satu.Suasana pagi itu murung sekali.Kau masih terbaring di bilikmu.Aku tidak ke sekolah hari itu,entahlah kenapa? Menjelang tengahari suasananya sedikit hambar tatkala ayah tiba-tiba memanggil kami semua.Ibu sudah nazak benar.Nafasnya turun naik,yang pasti ibu sudah tidak sedarkan diri walau dipanggil berkali-kali.Kalimah shahadah ayah bisikkan di telingamu.Terbayang lagi di ruang mata ini detik itu.Aku tidak mengerti apa yang terjadi namun jiwa ini resah gelisah.Ada sepupuku yang sedang membacakan surah Yasin di sebelah ibu.Kakak-kakakku ayah arahkan supaya memberitahu orang-orang kampung.Dua di antara kakakku masih di sekolah.Abangku ke Pekan untuk membeli buah anggur permintaanmu dan teko kecil untuk memudahkan kau minum.Sayang seribu kali sayang bila abang pulang petangnya yang ditemuinya hanyalah jasadmu yang sudah tidak bernyawa lagi.

Ibu,.
Disaat kau menghembuskan nafasmu,yang ada di sisimu hanyalah aku,ayah dan seorang sepupu.Aku satu-satunya anakmu yang menyaksikan saat nyawamu diambil kembali namun ibu aku masih belum mengerti erti sebuah kehilangan ketika itu.Aku tidak menangis ibu hinggalah kepulangan kakak yang meraung memanggil-manggil dirimu.Aku turut sebak dan menangis seketika di balik pintu dapur.

Ibu,.
Disaat aku menulis bingkisan ini air mataku mencurah bagaikan hujan kerana di tarikh dan masa inilah kau menghembuskan nafasmu yang terakhir di bulan Januari.Apa yang mampu aku lakukan kini hanyalah mendoakan kesejahteraamu di sana.Moga segala dosamu diampunkan Allah dan kau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah,.Aamin.

P/s: Surat cinta buat pendengar setia Bingkisan Syahdu,.andai anda masih punya ibu,hargailah ibu anda sebelum dia pergi dari sisimu kerana perginya ibu takkan dapat diganti,.jangan bandingkan ibu anda dengan ibu orang lain,.biarlah ibu anda garang dan tak pandai menunjukkan kasih sayang,.ingatlah!,.bukan senang untuk menjadi seorang ibu,mengandung dan melahirkan namun deritanya ditanggung seorang diri,.

Bingkisan Hati

Dinginnya pagi ini,.
Tidaklah sedingin hatiku,
Dalam hatiku ada kegusaran,
Dalam hatiku ada persoalan,
Dalam hatiku ada kebimbangan,
Dalam hatiku ada resah yg mula bertandang,

Dinginnya hari ini,.
Membuat hati mula berdetak,.
Bertanya soalan sendiri,
Kenapa perasaan manusia berbeza?
Ada yg suka kedinginan ini,.
Katanya jimat,
Bil letrik tak melambung tinggi,
Ada juga yg takut mandi pagi?
Rasanya macam berada di Tanah Tinggi,
Sejuk mengigil berlaga gigi,
Mungkinkah akan turun salji?
Aku pun tak pasti!
Semuanya kuasa Ilahi,.

Dinginnya air di kali,
Takkan sama dgn perasaan ini,
Dalam mencoretkan Bingkisan Hati,
Memberi jawapan pada diri sendiri,
Harus ada keyakinan diri,
Untk terus berimaginasi,
Agar nampak seperti realiti,
Barulah pembaca puas hati,
Barulah senang hati,
Untk terus berilusi.

~SZ~



Dingin Malam Mengamit Sepi

Lewat dinihari mata ini masih segar,.
Cuba mencari ilusi yang telah pergi,.
Namun,.ternyata tak lagi ku temui,.
Minda terus malas untuk bekerja,.
Aku terkesima dalam meneka,.
Hanya setakat inikah impian ini bakal bertapa?
Aku resah dalam diamku,.
Kerana ku tak rela melupakan semuanya,.
Biar imaginasi bukan lagi menjadi teman sejati,

Imaginasi telah pergi?
Kerana kemalasan terus menguasai,.
Minda terlalu letih untuk mengarang cerita,.
Tiada lagi cerita duka dan air mata!
Tiada lagi cerita gelak dan tawa!
Minda sudah tak mahu bekerjasama,
Mata layu sentiasa,.
Jiwa yang terdera,.
Kanvas terus sepi tanpa ceritera,.

Dinginnya malam hari,.
Lagi dingin minda ini,.
Terus kelu tanpa kata,.
Untuk meneruskan cerita yang tergendala,.
Kini ceritaku terus sepi,.
Dalam mengejar sebuah ilusi,.
Untuk meneruskan imaginasi,.
Mungkinkah kini hanya bakal menjadi mimpi ngeri?

~SZ~

Isnin, 13 Januari 2014

Bila Rindu Bertamu

Mencari mod untuk cerpen terbaru maka terhasillah puisi Bila Rindu Bertamu ini,.



Sayang..
Aku rindu!,.
Rindu pada wajahmu,.
Rindu pada gurau mesramu,.
Rindu pada gelak tawamu..
Rindu jua pada belaianmu..

Sayang,.
Ingatanku padamu buat hati ini pedih,.
Bila bayanganmu muncul bersama si dia,.
Bergelak ketawa dan bergandingan tangan,.
Terseksanya ku rasa..
Walau hanya bayangan semata,.

Sayang,.
Maafkan aku!
Pergi tanpa izinmu,.
Aku hanya mencari ruang bahagia..
Kiranya kasih kau beralih arah,.
Aku rela dalam terpaksa,.
Izinkan aku bahagia dengan caraku,.
Usah kau ungkit lagi kisah lalu,.
Dengan menuding setiap kesalahan kepadaku,.

Sayang,.
Betapa sukarnya hidup ini tanpamu,.
Berbelas tahun kita bersama,.
Kini terpisah jua,.
Kau dan aku tak lagi seia dan sekata,.
Kerana hadirnya orang ketiga,.
Andai Tertulis Takdir-NYA Untukku,.
Apa lagi yang harus ku kata,.
Hanya pada-NYA ku serahkan jiwa raga,.
Agar ku perolehi ketenangan selamanya..

~Hati Terluka~

p/s:Ni puisi yg Monaliza post dlm fb dia..hee
http://m.facebook.com/szaza.ksgy?refid=52

Szaza Zaiman

S-emuanya bermula kerana impian
Z-ai-Man nama gabungan
A-ntara aku dan dia
Z-ai namaku sebenarnya
A-dakah banyak bezanya?

Z-ahir tak terucap aku lafazkan
A-tas kanvas aku ungkapkan
I-barat meluahkan perasaan
M-elalui puisi,cerpen dan novel aku sampaikan
A-ntara cinta,benci,marah dan sayang
M-enulis segala perasaan buat aku tenteram