Follow by Email

Jumaat, 5 Ogos 2016

Datanglah Ilham..

Datanglah Ilham..
Ketuklah pintu sedarku,
Aku harus menyiapkannya,
Aku harus merangka cerita,
Kerana masaku terlalu suntuk untuknya..

Datanglah Ilham..
Menjengah ke mindaku,
Jangan terus membeku,
Jangan mendera jiwaku,
Aku perlu mengejar waktu,
Untuk selesaikan ceritaku..

Datanglah Ilham..
Aku perlukannya,
Agar dapat ku karang cerita,
Cerita biasa cerita kita,
Cerita dunia dan isinya..

Datanglah Ilham..
Ketuklah pintu mindaku,
Aku perlukanmu,
Untuk memenuhi impianku,
Mengarang cerita baru,
Buat pembaca setiaku..

Nukilan Rasa Hati
Szaza Zaiman
30 Jun 2016
1.28am

Lewat Dinihari.

Entah apa yang aku cari?
Lewat dinihari ini,
Mata masih terkebil-kebil lagi,
Entah apa yang aku fikir?
Lewat dinihari ini,
Bersarang seribu satu persoalan dalam minda,
Entah apa yang aku nak?
Lewat dinihari ini,
Masih tercari-cari,
Sebuah jawapan pasti,
Entah apa yang aku rasa?
Lewat dinihari ini,
Jiwa resah mengila,
Jiwa turut meronta,
Juga memujuk mata,
Tidurlah...
Lewat sudah waktunya..
Entah apa perasaanku ini?
Lewat dinihari ini,
Banyak pula kehendaknya,
Namun...
Tak bisa tertunai semua,
Memendam rasa dalam diam,
Kerana tak mampu diungkapkan dengan kata-kata..
Entah apa sudahnya?
Lewat dinihari ini,
Minda masih bermaharajalela,
Mengarang puisi segala..
Melepas tagih agaknya?
Pejamlah mata!
Sahur esok jangan tak jaga pula!

Nukilan luahan rasa
 Szaza Zaiman
Lewat Dinihari..😂
Nota: Bukan buang tebiat..saja buang karan sbb dah lama tak karang puisi..😙😙

Hati Merintih Pedih

Ya Allah..ujian terus datang bertalu-talu dalam hidupku
Terus menerjah tanpa relaku
Terus menikam jiwaku
Terus melapah hatiku
Terus memusnahkan rasa bahagiaku
Namun..aku tahu
Semua ujian ini dariMU

Ya Allah...aku mengaku aku lemah
Aku akui sering kalah
Aku sedar sering lelah
Dalam kemelut kehidupan ini
Ya Allah..dalam hatiku merintih pedih
Tiada siapa yang sudi mendengar luahan rasaku ini
Tiada siapa yang sudi meminjamkan bahu kala aku menangis sedih
Tiada siapa yang sudi meminjamkan telinganya untuk mendengar cerita dukaku
Aku kesepian
Aku keseorangan
Tapi..aku tahu
KAU sentiasa ada untukku mengadu
Kala suka ataupun duka
Ya Allah..aku hambaMU yang sangat lemah
Aku hanya mampu berserah dan pasrah
Berikan aku kekuatan untuk terus bertahan
Agar aku sentiasa Redha dengan setiap ujian