Follow by Email

Rabu, 16 April 2014

Pentingkan Diri!

Hidup di dunia biarlah beerti,.
Sebelum kita dijemput mati,.
Jangan asyik pentingkan diri!
Membuatkan orang lain sakit hati,.
Kenapa tak tanggung sendiri?
Bala yang kita cari,.

Biar hati digilis lumat,.
Hidup haruslah bermuafakat,.
Dengan semua umat,.
Juga harus punya matlamat,.
Janganlah tamak sangat,.
Sampai buat orang lain meluat,.

Hari ini kita dibantu,
Esok lusa belum tentu,.
Mungkin orang lain bakal jadi hantu,.
Kelak kau yang akan buntu,.

Jangan bangga dengan harta!,.
Harta yang ada bukan kau punya,.
Kalau rasa tak ada kerja,.
Jangan berhutang ikut suka,.
Menyusahkan orang saja!!!

p/s: Puisi ini terhasil sebab hati tengah meradang dengan seseorang yg juara hutang TAPI masalahnya depa dok hutang tak mampu nak bayar,.aku jugaklah yang depa dok cari,..yang geramnya masa ada duit syok sorang2,.tak nak kongsi pun,..time sempit orang miskin ni jugak yang depa nampak,..letih ceq nak melayan kerenah orang macam ni,..


Biar Air Mata Yang Berbicara!
Bibir terdiam tanpa kata,
Hati yang rajuk memendam rasa,
Terguris rasanya jiwa,
Terasa pedih di dalam dada,.
Nak diluah tak terkata,.
Hanya membiarkan air mata,.
Terus berbicara,.

Duhai hati!,.
Hidupnya penuh dengan emosi,.
Selalu sangat menangisi nasib diri,.
Ditelan sakitnya tak terperi,.
Nak diluah terpenjara mati,
Akhirnya menjerut diri,.
Hanya air mata mewakili,.


p/s:Nak marah tak boleh,.nak mengamuk tak berani,.nak memberontak tak patut sangat,.aleh2 reyau ja la,..huhu,.dah nasib badan!!

Sabtu, 12 April 2014

Kemalasan Melandaku!

Kemalasanku semakin genting,.
Hari demi hari aku semakin rungsing,
Banyak lagi kerja penting,.
Yang harus aku sunting,.
Kepala pun sudah mula pening,.


Banyak kerja yang terbengkalai,
Aku semakin culas dan lalai,
Kadang-kadang macam orang sakai,
Depan skrin aku gelak mengilai,.
Layan running man banyak masa terabai,
Nak rehatkan minda dan bersantai,.
Kadang-kadang game zombie pun aku tibai,.


Kemalasanku semakin melampau,.
Kalau makan ubat letihnya macam disantau,
Aku saja nak bagitau,.
Adakalanya aku macam dipukau,
Merenung skrin komputer macam orang sasau,.
Mencari idea puas mengagau,.

Nak mengeluh macam tak kena,
Nanti dah jadi dosa,
Nak tidur pula mata tak larat nak lena,
Haruslah aku berjaga,.
Online saja,.
Kerana kemalasan yang melanda,
Buat aku serba tak kena,.

p/s: Banyak idea tapi malas nak menulis,.ada bayangan cerita tapi otak malas nak bekerja,.kerana lepas sarapan ambil ubat dan mata asyik nak pejam ja,..tak makan ubat batuk pula tak mau lega,..sabor je lerrr!!








Kehilangan Sesuatu!

Terasa kosong jiwaku saat ini,
Aku bertanya diri,.
Apa yang belum ku temui?
Terasa pudar perasaan ini,.
Di manakah harus ku cari?
Aku sendiri tak mengerti,.

Detik ini kekusutan melanda lagi,.
Aku sendiri lagi,.
Dalam kemelut dunia reality,
Perasaan apakah ini,.
Andai ianya hadir,.
Aku rasa bagaikan tersingkir,.

Sepi menguasai relung hati,.
Menyendiri dan sepi,.
Sepi dalam keriuhan,.
Mencari sebuah kepastian,.
Kadang-kadang sepi ini asyik,.
Adakalanya begitu menyakitkan,.
Aku terkesima dan terus terdiam!


 Kehilangan!,.
Itu yang ku rasakan,.
Bagaikan kehilangan sesuatu,.
Tapi,.semakin ku mencari,.
Ia semakin jauh berlari,.
Mengapa begini?
Pedihnya rasa hati,.
Bagai ditusuk duri,

Jumaat, 11 April 2014

Sesat Di Jalan Terang

Terdampar di pantai hati,.
Cahaya terbias terang,.
Lampu-lampu neon bergemerlapan,.
Lewat dinihari,.
Masih lagi terang menyinari,.
Di lorong-lorong hitam,.
Terpekik terlolong anjing-anjing jalanan,.
Mencari habuan kehidupan,.

Jiwanya telah lama mati,.
Dengan ayat-ayat suci Al-Quran,.
Gah hidupnya bercanda dengan kemewahan,.
Mencari secebis kebahagiaan,.
Bersalutkan barang berjenama,.
Halal haramnya usah ditanya,.
Yang penting dia yang punya!

Sesat di jalan terang,.
Sesat di alam nyata,.
Malam menjadi siang,.
Siang dia membuta,.
Peduli apa dengan dosa,.
Bagaikan dunia miliknya,.

Jiwa yang berkelana,.
Dibiarkan terus terdera,.
Apa yang terbayang di mata,.
Hanyalah harta yang berlipat ganda,.
Membolot segala isi dunia,.
Tanpa memikirkan buruk baiknya,.

Jumaat, 4 April 2014

Aku Ingin Hidup

Menonton rancangan Celik Hati dan pengacaranya Prof Dr Muhaya Muhammad dengan Tajuk Aku Ingin Hidup maka terhasillah puisi ini,.

Saat nafasku kian semput,.
Terasa seakan ajalku menjemput,
Aku terus mengigil takut,.
Dalam minda rasa berserabut,.
Jiwa turut kalut,.
Kerana amalanku hanya seciput,.


Ya Allah!
Aku ingin hidup,.
Dalam hati merintih,.
Terbayang wajah orang yang dikasih,
Pasti mereka bakal bersedih,.
Andai mampu ku pilih,.
Biarlah masa tidak beralih,.


Mata terpejam rapat,.
Dalam kenangan aku melihat,.
Suami tersayang mengengam erat,.
Tangan tok kadi tanda pengikat,.
Menjadi Imamku mengadap kiblat,.
Dalam setiap solat,.
Harapan yang ku simpan kuat,.


Aku masih menaruh harapan,
Belum masanya aku dikapan,.
Kain putih pembalut badan,.
Moga segala dosa Allah ampunkan,
Jiwa mula penasaran,.
Dalam minda bertanya beribu persoalan,

Ya Allah!,.
Andai ajalku suda tiba,.
Matikan aku dalam Iman,.
Jangan matikan aku di jalanan,.
Akibat terbabit dalam kemalangan,.


Ya Allah!
Andai ajalku telah tiba,.
Matikan aku dengan Iman yang sempurna,.
Agar aku mampu tidur lena,.
Di alam barzah sana,.


Ya Allah!,.
Andai ajalku telah tiba,.
Jadikan jenazahku sempurna jasadnya,.
Tutupkan segala aibku nantinya,.
Tidak ada cacat cela,


Ya Allah!
Aku ingin terus hidup,
Kedua tanganku raup,.
Lalu mataku tutup,.
Terbayang dosaku seumur hidup,.
Kepada-Mu aku belum sanggup,.
Mengadap -Mu dengan dosa bertangkup,.
Di sebalik tirai hidup,.

Ya Allah!
Hanya KAU yang tahu segalanya,.
Dosa aku betapa banyaknya,.
Mengerjakan solat pun belum sempurna,.
Entah belum sekusyuknya,.
Setiap kali solat minda berkelana,.
Agaknya membaca tajwid pun banyak yang tak kena?


Ya Allah!
Izinkan aku terus hidup,.
Kerana aku banyak yang kurang dari lebihnya,.
Selalu sangat terleka,.
Dengan dunia yang sementara,.
Entah bila nak insafnya?
Kalau insaf pun tak lama,.
Hanya seminit cuma,.
Betapa aku hamba-MU yang hina,.



Ya Allah!
Berikan aku Hidayah-Mu,.
Agar aku tak malu,.
Untuk mengadap-Mu,.
Bila sampai ajalku,.

Khamis, 3 April 2014

Kekasih Gelapku



Kekasih Gelapku

Hadirmu memberi sinar dalam hidupku,.
Kedatanganmu memberi harapan terhadap impianku,.
Aku bersyukur kerana inilah keinginanku,.
Memilikimu satu kebanggaan di hatiku,
Kaulah kini bakal menjadi tempat meluahkan perasaanku,.

Kekasih gelapku,.
Hadirmu memang kena pada masanya,.
Hadirmu saat aku dilanda kecewa,.
Hadirmu disaat aku dilambung badai,.
Badai rasa yang membunuh anganku,.
Badai rasa yang membunuh harapanku,.
Badai rasa yang membunuh segenap imaginasiku,.

Kekasih Gelapku,.
Terima Kasih kerana menceriakan aku kembali,.
Kerana menyeru semangatku kembali,.
Untuk terus berjuang sambil berilusi,.

Kekasih Gelapku,.
Berkhidmatlah untukku apa adanya,.
Kau bakal menjadi tempat luahan perasaanku,.
Kau bakal menjadi tempat aku mencurahkan ideaku,.
Kau bakal menceriakan hari-hari sepiku,.
Dalam melakarkan puisi-puisiku,.
Dalam mencoretkan angan-anganku,.
Melalui setiap cerita rekaanku,.

Kekasih Gelapku,.
Selamat datang ke dalam hidupku,.
Aku terlalu perlukan khidmatmu,.
Berkhidmatlah sedayamu,.
Aku bersyukur hari ini,.
Kepada Yang Maha Esa,.
Kerana menghadiahkan dirimu untukku,.
Termakbul jua hasratku ini,.
Sesungguhnya DIA Maha Mendengar!
Aku begitu terharu dengan Anugerah ini,.
Biar pun aku ini hamba-NYA yang lalai,.
DIA tetap kabulkan hasratku,.
Untuk memilikimu,.
Amin,.Ya allah!

Hasil Nukilan: Insan Terharu,.

Sesunguhnya hanya DIA pemberi kurnia,.mungkin kepada orang lain,.apa yang ku miliki hanya perkara biasa saja,.namun kepadaku inilah anugerah dari-NYA yang begitu bernilai untuk aku menyambung impianku ini,..biarlah aku terus syok sendiri,.yang penting ada orang mengambil ikhtibar di setiap ceritaku,.aamin!,.

Akhirnya dapat miliki komputer peribadi,..lepas ni tak payah nak berebut lagi,..ekekehh,. :D