Follow by Email

Sabtu, 12 April 2014

Kemalasan Melandaku!

Kemalasanku semakin genting,.
Hari demi hari aku semakin rungsing,
Banyak lagi kerja penting,.
Yang harus aku sunting,.
Kepala pun sudah mula pening,.


Banyak kerja yang terbengkalai,
Aku semakin culas dan lalai,
Kadang-kadang macam orang sakai,
Depan skrin aku gelak mengilai,.
Layan running man banyak masa terabai,
Nak rehatkan minda dan bersantai,.
Kadang-kadang game zombie pun aku tibai,.


Kemalasanku semakin melampau,.
Kalau makan ubat letihnya macam disantau,
Aku saja nak bagitau,.
Adakalanya aku macam dipukau,
Merenung skrin komputer macam orang sasau,.
Mencari idea puas mengagau,.

Nak mengeluh macam tak kena,
Nanti dah jadi dosa,
Nak tidur pula mata tak larat nak lena,
Haruslah aku berjaga,.
Online saja,.
Kerana kemalasan yang melanda,
Buat aku serba tak kena,.

p/s: Banyak idea tapi malas nak menulis,.ada bayangan cerita tapi otak malas nak bekerja,.kerana lepas sarapan ambil ubat dan mata asyik nak pejam ja,..tak makan ubat batuk pula tak mau lega,..sabor je lerrr!!








4 ulasan:

  1. kak, lawak laaa... kikiki

    semoga batuk cepat reda...
    dan akak boleh teruskan berkarya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu,.nilah kenyataannya dik oii,.kalau malas sgt,.nak elak dari tidur sbb makan ubat, akak layan running man n game zombie,.meralit saja,.oghang kedah kata,.. :(

      Padam
    2. nak buat macam mana kak... makan ubat biasa memang mengantuk... orang malam tadi tertidur sambil tengok running man... haha... dah mengantuk sangat, tengok running man yang lawak tu pun boleh tertidur...

      Padam
    3. Hehehe,.akak tengok running man segar ja mata,.kecuali kalau berjaga malam,.

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.