Follow by Email

Jumaat, 4 April 2014

Aku Ingin Hidup

Menonton rancangan Celik Hati dan pengacaranya Prof Dr Muhaya Muhammad dengan Tajuk Aku Ingin Hidup maka terhasillah puisi ini,.

Saat nafasku kian semput,.
Terasa seakan ajalku menjemput,
Aku terus mengigil takut,.
Dalam minda rasa berserabut,.
Jiwa turut kalut,.
Kerana amalanku hanya seciput,.


Ya Allah!
Aku ingin hidup,.
Dalam hati merintih,.
Terbayang wajah orang yang dikasih,
Pasti mereka bakal bersedih,.
Andai mampu ku pilih,.
Biarlah masa tidak beralih,.


Mata terpejam rapat,.
Dalam kenangan aku melihat,.
Suami tersayang mengengam erat,.
Tangan tok kadi tanda pengikat,.
Menjadi Imamku mengadap kiblat,.
Dalam setiap solat,.
Harapan yang ku simpan kuat,.


Aku masih menaruh harapan,
Belum masanya aku dikapan,.
Kain putih pembalut badan,.
Moga segala dosa Allah ampunkan,
Jiwa mula penasaran,.
Dalam minda bertanya beribu persoalan,

Ya Allah!,.
Andai ajalku suda tiba,.
Matikan aku dalam Iman,.
Jangan matikan aku di jalanan,.
Akibat terbabit dalam kemalangan,.


Ya Allah!
Andai ajalku telah tiba,.
Matikan aku dengan Iman yang sempurna,.
Agar aku mampu tidur lena,.
Di alam barzah sana,.


Ya Allah!,.
Andai ajalku telah tiba,.
Jadikan jenazahku sempurna jasadnya,.
Tutupkan segala aibku nantinya,.
Tidak ada cacat cela,


Ya Allah!
Aku ingin terus hidup,
Kedua tanganku raup,.
Lalu mataku tutup,.
Terbayang dosaku seumur hidup,.
Kepada-Mu aku belum sanggup,.
Mengadap -Mu dengan dosa bertangkup,.
Di sebalik tirai hidup,.

Ya Allah!
Hanya KAU yang tahu segalanya,.
Dosa aku betapa banyaknya,.
Mengerjakan solat pun belum sempurna,.
Entah belum sekusyuknya,.
Setiap kali solat minda berkelana,.
Agaknya membaca tajwid pun banyak yang tak kena?


Ya Allah!
Izinkan aku terus hidup,.
Kerana aku banyak yang kurang dari lebihnya,.
Selalu sangat terleka,.
Dengan dunia yang sementara,.
Entah bila nak insafnya?
Kalau insaf pun tak lama,.
Hanya seminit cuma,.
Betapa aku hamba-MU yang hina,.



Ya Allah!
Berikan aku Hidayah-Mu,.
Agar aku tak malu,.
Untuk mengadap-Mu,.
Bila sampai ajalku,.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.