Follow by Email

Sabtu, 22 Februari 2014

Aku Cari Ia Sembunyi!!

Teraba-raba aku dalam kelam,
Merentasi samudera perasaan,.
Mencari ia di dasar lautan!
Karam dan tenggelam,.

Aku cari ia sembunyi,.
Dibalik langsir ilusi,.
Terus menjejak langkah yang tak pasti,.
Yang ku temui hanyalah kegelapan!

Aku bertanya pada diri,.
Kenapa ia selalu begini?
Asyik nak sembunyi melarikan diri!
Membiarkan aku sendiri,.
Terus menjejak imaginasi yang tak pasti!

Ku seru namanya berulangkali,.
Datanglah idea di mindaku!
Agar dapat ku lestarikan,.
Sebuah ilusi menjadi realiti,.
Namun,.makin ku seru,.
Makin ia menghilang,.
Yang datang hanyalah bayang-bayang kelam yang suram,.
Terus aku terdampar di persada impian,.
Merenung kosong hamparan silam,.

Gurisan Duka

Duka seribu rasa,
Membenam jiwa raga,
Ternoktah tanpa kata,
Tak peduli rasa tersia,. 
Dia terlalu tega..
Nak diluah agar rasa lega,.
Tetap masih tersisa,.
Bukan semua boleh diungkap dgn kata-kata,
Adakalanya,.
Biarlah rahsia!

Gurisan duka,.
Hadirnya di dada,.
Bersatu di jiwa,
Bersemadi di hati,.
Nak diluah segala rasa,
Tak berdaya!
Dia tersangat tega,
Menghambur segala rasa,
Tanpa mengambil kira,
Gurisan duka di dalam dada,

Dia,.
Bukan bernama suami!,.
Bukan juga kekasih hati!,.
Tapi,.
Dialah permata hati,.
Yang tak pernah mahu mengerti,.
Sekeping hati seorang ibu ini!,.

Kasih Yang Abadi

Anak!
Apa yg kau tahu,.
Tentang kesusahan ibumu,
Memendam duka lara seorang diri,.
Rahsia hati dikunci mati,
Gelak tawa ceria dikongsi bersama,. 
Untk buat kau bahagia,

Anak!
Apa yg kau tahu tentang ibumu?
Hatinya dimamah duka,
Siang malam asyik berdoa,
Pada Allah yg Maha Esa,
Agar anak2nya terpelihara,
Dari segala dosa,
Terhindar juga dari bahaya,
Dijauhkan dari hasutan dunia,.
Moga menjadi anak berguna, 
Pada agama,negara dan bangsa,

Anak!
Apa kau tahu tentang ibumu?
Dari rahimnya kau lahir,
Kau dibelai sepenuh jiwa,
Kasih sygnya tak pernah diungkit,
Kerana engkaulah jiwa raganya, 


Anak!
Apa yg kau tahu tentang ibumu?
Setelah kau telah dewasa,
Kata2nya tak lg bermakna,
Mungkin kau terlupa,.
Tegurannya adalah kasih sayangnya,
Ibu takkan pernah berkira,
Dia hanya nak kau bahagia!


Selasa, 18 Februari 2014

Hari ini hari rabu!

Hari ini sudah berlalu,
Dah masuk hari baru,.
Hari baru hari rabu,.
Walau mataku sudah layu,.
Namun biarlah dulu,.
Sampai jari jemariku kematu,.
Asalkan jangan tertusuk sembilu,.

Aku masih ingin menulis,.
Kalau boleh sampai habis,.
Kisah cinta hati terguris,.
Andai takdirnya untukku tertulis,.
Aku tak mampu jadi penulis,.
Ada yg sudi baca pun aku syok habis,.

Kisah sedih,suka dan duka,.
Ada yang fakta,
Ada yang auta,.
Ada yang aku reka semata,.
Semuanya memberi aku bahagia,.
Kalau ada orang tak suka,.
Aku tak boleh nak kata apa,.

Mereben meraban time stresss!!

Bila umur semakin meningkat,
Nak buat semua kerja tak larat,
Puas berhempas mengerah keringat,
Sampai luntur semua semangat,.
Terhalang segala hasrat,
Adakah masih sempat?

Bila minda sudah letih,
Menatap kanvas putih,
Jiwa pun turut merintih,
Bila hobi sudah beralih,
Segalanya macam tak boleh,.
Hati mula sedih,
Bila ceritaku nak habis?

Sambil menongkat dagu,
Aku mendengar lagu,
Lagu sayu lagi syahdu,
Sedangkan mata sudah layu,
Mengamit idea yang tak berani nak lalu,
Lalu aku termanggu,.
Di depan netbokku..

Dalam Hati Terdetik


Merenung keluar jendela,
Panas begitu terik,.
Membakar bumi,.
Dalam hati terdetik,.
Ini hanya panas dunia,.
Bagaimana pula di Akhirat sana?

Merenung ke dalam jiwa,.
Resah sentiasa,.
Tiada amalan nak ku bangga,.
Dalam hati terdetik,.
Masih sempatkah ku tambah amalannya?
Dengan usia yang masih tersisa,.
Jangan-jangan,.esok atau lusa,.
Diriku sudah dipanggil ke SANA,.
Terus bersemadi di alam BAQA,.

Merenung ke dasar hati,.
Kenapa aku masih begini?
Masih lalai dan terleka,.
Dengan pelbagai ragam dunia,.
Dalam hati terdetik lagi,.
Haruskah aku terus begini?
Usia aku mungkin sudah dipenghujungnya,.
Siapa tahu sudah sampai masanya,.
Bersediakah aku?

Merenung dalam minda,.
Minda hanya tersenyum saja,.
Katanya,.kau memang selalu terlupa,.
Atau kau sengaja buat lupa?
Segalanya milik Allah!
Kau hanya peminjam sementara!
Dunia,harta,anak,suami dan segala yang kau punya,
Kau akan pulangkan kepada-NYA kembali,
Hanya kain kapan dan keranda yang akan mengiringi,.
Dirimu sesudah mati,.
Bersedialah dengan amalanmu,.
Kerana,.hanya itulah bekalan yang kau perlu,..

Merenung ke dalam diri,.
Ya Allah!,.sesungguhnya aku hamba-MU yang lemah!,.
Ya Allah!,.sesungguhnya aku hamba-MU yang hina!
Ya Allah!,.sesungguhnya aku hamba-MU yang lalai!
Pimpinlah aku ke jalan benar-MU
Pimpinlah aku ke arah Keredhaan-MU
Berikan aku Nur-Hidayah-MU
Agar aku jadi orang yang beriman dan bertaqwa,
Untuk menuju FIRDAUSI-MU,.
Amin Ya Rabbal Alamin!!,.


18.2.2014       2.00pm

Ahad, 9 Februari 2014

Pantun KEDAH Mali,.


Ayaq nyiok buah laici,
Makan dengan pak menakan,
Hampa syok orang benci,
Depa marah buat tak heran.

Pi kedai beli tepung,
Tepung nak buat lepat liat,
Hang pakai bedak berlepung,
Tutup jeqhawat tutup jeraghat.

Teghebe cicak malam jumaat,
Jatuh telentang ataih lantai,
Hang belagak tak kena tempat,
Tak bayaq hutang kena bantai.

Langkah Perjalanan ini!

Mentari yang bersinar,.
Ibarat langkah yang akan terhenti,.
Cahayanya menerobos masa,.
Silih berganti,.
Bila waktu pagi ia bersinar megah,.
Namun awan akan melindungi,.
Bila mendung mencelah,.
Dan hujan membasahi bumi,.

Langkah perjalanan ini,.
Sesekali akan terhenti,.
Bila kaki terpijak duri,.
Merawat lukanya sendiri,.
Bagaikan putaran masa,.
Ia pasti terhenti,.
Kerana yang hidup pasti mati,.

Aku dan diriku!

Waktu kian merangkak pergi,.
Semakin lama kian jauh,
Seakan lambat pergerakannya,.
Namun,.tanpa sedarku..
Rupanya aku kian ketinggalan,.

Aku dan diriku..
Selalu sangat menongkat dagu di meja waktu..
Masa yang pantas berlari tak ku hiraukan..
Ku sangka ia sedang merangkak,.
Sedangkan ia sangat laju bergerak,
Apa yang pasti aku masih di sini,.
Terus membilang bilah-bilah hari,.
Tanpa aku sedari..
Apa yang ku cari selama ini,.
Belum lagi ku temui..

Aku dan diriku..
Kadang-kadang terkeliru..
Mana arah tujuanku,.
Sering alpa dalam sedar..
Sering terleka dengan masa,.
Seolah hari tiada penghujungnya,.
Seolah malam takkan menjelma,.
Seolah matahari akan terus bersinar,.
Aku terlupa seketika,.
Dalam teriknya mentari yang menyinar,.
Mungkin mendung bakal bertandang,.
Lalu mencurahkan hujan..

Aku dan diriku..
Selalu mencari bahagia dalam derita..
Namun bila bahagia bertandang,.
Aku masih begini!!
Selalu 'tak gheti' nak menghargai,.
Akhirnya termanggu sendiri.