Follow by Email

Sabtu, 23 Februari 2019

Pantun


Buah berangan atas peti,
Disimpan untuk yang tersayang,
Pernah berangan dalam hati,
Kanda memujuk mengungkap sayang.

Sayang sayang buah kepayang,
Jatuh melayang di tengah padang,
Adinda sayang berjuta sayang,
Terlebih sayang kanda tak pandang.

Anak itik anak angsa,
Anak ayam turun reban,
Tak cantik hati terasa,
Kanda seram aku ditinggalkan.

Ada janji sana sini,
Asyik melantun menghilang sudah,
Sekadar menguji mindaku ini,
Cuba berpantun menghilang gundah.

Minda


Minda..
Aku mohon kerjasamamu
Aktiflah setiap waktu
Agar ilhamku muncul selalu
Dapat mengarang tanpa jemu
                                                              
Minda..
Tolonglah aku
Aku ingin berjaya
Mengapai seribu impian
Merealisasikan sebuah harapan
Agar menjadi kenyataan

Minda..
Aku tahu
Adakalanya aku keliru
Adakalanya aku buntu
Apabila mod menulisku kaku
Membeku dalam sedarku

Minda..
Sedarlah dari lena yang panjang
Anganmu terlalu besar
Khayalanmu terlalu jauh
Jangan sampai jatuh
Tersungkur menyembah bumi

Minda..
Terus berusaha
Terus berimaginasi
Terus berjuang
Hingga ke garisan penamat
Jangan berhenti sebelum menang
Jangan kalah bila lelah
Teruslah melangkah walaupun pasrah!

Nukilan rasa
Sz Yan, Kedah
23.2.2019
12.02 pm

TERKENANG DOLU DOLU


Terima kasih kepada siapa yg reka pantun ni...sy copy&paste

Pergi Kampung Hulu
jumpa Tok Besah
zaman dulu- dulu
hidup serba susah

Ayah sakit gigi
emak kena jaga
bangun pagi- pagi
mandi air telaga

Makan nasi minyak
lauk gulai lembu
malam nyamuk banyak
emak gantung kelambu

Berdiri tepi kolah
pakai kain selepang
adik pergi sekolah
bawa dua kupang

Budak nama Awang
kawan dengan Maryam
kalau tiada wang
bawa telor ayam

Beli berus gigi
beli di kedai Ali
sekolah waktu pagi
petang main guli

Suami kakak Midah
tanam ubi keledek
pergi sekolah rendah
pakai seluar pendek

Isteri tok penghulu
sangat ramah tamah
makanan orang dulu
ada keliling rumah

Masak sayur bayam
jamu orang marhaban
teringin makan ayam
tangkap dalam reban

Ayah baru pergi
pergi Sungai Puyu
sarapan waktu pagi
makan ubi kayu

Asyik tengok Esah
kupas buah jering
kerana hidup susah
makan tamban kering

Berniaga sangat maju
jual barang- barang
kalau gosok baju
guna seterika arang

Kena kejar perompak
pecut laju- laju
sabun cap kapak
buat basuh baju

Kenduri Kampung Gelam
tetamu sangat banyak
bila waktu malam
pasang pelita minyak

Bungkus buah cermai
bungkus dengan kertas
emak cabut semai
ayah tajak batas

Makan pulut tanak
makan dengan Salmah
isteri nak beranak
bidan datang rumah

Isteri nama Asyikin
suami nama Che Pa
pakai kain cukin
kait buah kelapa

Mangsa kena kelar
kelar di dada
orang perempuan loklar
kain ketang kedada

Askar kena serang
serang dalam hutan
ayah sangat garang
tibai dengan rotan

Berdiri tepi beranda
orang minta sedekah
umur masih muda
ayah suruh bernikah

Kaki terpijak duri
jalan terhoyong- hoyong
kalau buat kenduri
pakat gotong royong

Emak beli gelas
beli dari Pak Wi
umur lapan belas
baru masuk jawi

Cabut duri semilu
cabut dengan tangan
suasana dulu- dulu
kini tinggal kenangan 😅

Khamis, 14 Februari 2019

Kemaafan Dendam Terindah

Aku maafkan..
Kerana aku manusia biasa
Kerana aku ingin bahagia
Kerana dunia hanya sementara

Aku maafkan..
Tiada dendam tiada balasan
Tiada ungkitan dan ugutan
Tiada cacian dan hinaan
Tiada aib dan keaiban

Aku maafkan..
Aku ingin bebas sebebasnya
Bebas dari tekanan jiwa
Bebas dari resah gelisah
Bebas dari api amarah
Bebas dari sakit hati

Aku maafkan..
Kerana dendam itu melukakan
Kerana dendam itu menghancurkan
Kerana dendam itu memusnahkan jiwa

Aku maafkan..
Semua kesalahan
Aku redha terima ketentuan
Takdir ini menentukan
Ujian ini menginsafkan

Aku maafkan..
Kerana kemaafan dendam terindah.
Nota : Aku Zaitun Salleh (Zaitun Salleh) maafkan semua orang kerana aku tak ingin berdendam kerana dendam itu bakal melukakan diriku sendiri.

Khamis, 11 Oktober 2018

Maafkan Aku!







Maafkan aku, kerana aku juga telah memaafkan semua orang.
Siapa aku untuk tidak memaafkan..
Aku hanya seorang hamba.
Sedangkan Allah Maha Pengampun.
Sedangkan Rasullullah ampunkan umat.


Maafkan aku, andai telah melukakan.
Aku juga telah memaafkan setulus hati.
Hidup ini bukan lama dan aku bukan pendendam yang berhati kering.
Hanya..tiada lagi gelak tawa.
Takkan ada lagi gurau senda.
Kerana aku sudah letih berpura-pura.
Letih untuk melambai mesra..sedangkan lambaianku tiada siapa yang endah.
Hanya kata nista yang kedengaran.
Hanya luka yang diberikan..
Jadi, biarkan aku terus sendiri.
Mengubati gundahnya hati ini.
Mengubati luka hatiku sendiri.
Jangan diganggu privasi ini.
Aku tidak ingin menangis lagi.
Walau air mata tak pernah kering di pipi.
Mengalir bagaikan hujan.


Maafkan aku andai telah melukakan.
Namun, tolong jangan beri aku harapan.
Jangan beri aku sinaran kehidupan.
Kerana aku tahu, sinar itu akan pudar.
Kerana aku tahu ianya takkan kekal.
Tolong jangan melukakan.
Aku tak ingin terus menangis.
Biarkan aku sendiri!
Jalani hidup ini...
Sampai saatnya biar aku yang pergi.
PadaNya yang lebih memahami.
Hanya Dia yang tahu!
Resahku.
Lukaku.
Jeritan batinku.
Hanya Dia yang mendengar.
Hanya Dia yang mengerti


Maafkan aku!
Tak ada niat memutuskan silaturahim..
Hanya aku ingin sendiri.
Ubati luka ini.
Ingin sendiri memujuk hati ini.
Agar terus bahagia..
Lalui sisa-sisa hidup ini.

Nukilan Rasa : Szaza Zaiman

Note : Mod terjun gaung!!

Selasa, 20 Februari 2018

Hati Dijentik Kalam Allah.

Saban hari hati semakin luluh,
Bergenang air mata,
Mengenang betapa banyaknya dosa,
Yang dipikul setiap masa,

Hati dijentik Kalam Allah,
Pada hari pembalasan,
Semua dosa akan dihitung,
Semua amal akan dikira,
Banyak mana dosa?
Banyak mana amal?
Hanya Allah yang tahu!

Kita takkan pernah sedar,
Setiap saat menambah dosa,
Setiap masa membuat angkara,
Kita terlupa, Allah mengetahui segalanya..

Allahu Akhbar..
Membaca kalamMu..hati dijentik pilu,
Semuanya mengenai hari pembalasan,
Tentang neraka dan syurga,
Tentang azab dan seksa,
Tentang nikmat dan bahagia,
Segalanya terbahagi dua,
Golongan engkar dengan azabnya,
Golongan bertaqwa dengan nikmatnya,

Hati berkata syahdu,
Aku dari golongan mana?
Betapa mudahnya untuk engkar,
Betapa payahnya untuk bertaqwa,
Tapi, aku tetap mahukan syurga,
Aku tetap impikan bahagia,
Di dunia dan di Akhirat nanti,
Namun, layakkah aku mengapainya?

Allah, bimbinglah aku,
Berikan HidayahMu,
Agar aku menjadi HambaMu
Yang beriman dan bertaqwa,
Agar dapat ku gapai bahagia,
Di dunia yang sementara,
Dan di Akhirat yang kekal selamanya.


Isnin, 29 Januari 2018

Video untuk cerpen terbaru

Aku sedang menyiapkan tiga buah cerpen terbaru sekarang ni bertajuk What A Stupid Words?, Ushar Dari Jauh dan kisah dilema wanita yang bakal dimadukan oleh suaminya, Akhirnya, Belangmu Tersingkap Jua!

Video ini untuk menceritakan kisah hati dan perasaan seorang wanita yang telah dicurangi oleh suaminya. Betapa terlukanya bila seorang suami tempat menagih kasih telah terbahagi cintanya.
Teganya seorang suami mengkhianati kepercayaan seorang isteri?



Aku ingin menghayati perasaan wanita ini kerana kisah ini terhasil kerana sebuah mimpi. Ya, sebagai seorang wanita yang bergelar isteri, aku tak nafikan bermimpi suami berkahwin lain dan aku dimadukan itu memang selalu terjadi, lebih-lebih lagi sekarang ini bila encik suamiku sudah mula mengaktivkan dirinya di laman sosial.


Dia, sudah pandai memberi komen dalam pos wanita yang tak dikenali di dalam facebook dan sudah pandai menjawab salam dan sebagainya. Mungkin ini normal, sebab aku pun berbuat perkara yang sama. Cuma, melalui cerpen ini, aku cuba untuk mengalami perasaan itu sendiri dan bagaimana untuk menghadapinya. Boleh dikatakan cerpen ini bertujuan untuk memberi AMARAN untuk enchik suami agar jangan bermain dengan api, kelak nanti bakal membakar diri sendiri.



Dan...video terakhir ini aku tujukan untuk semua penyokong setiaku yang sudi membaca cerpen-cerpenku yang tak seberapa ini. You all the best. Doakan aku, semoga bidang penulisan ini terus menjadikan aku bahagia selamanya till Jannah, Aamiin...