Follow by Email

Ahad, 27 Oktober 2013

TEMAN AlAm MaYaKu,.


Teman,.
Kita memang tak pernah bersua muka,.
Kita hanya bertemu di alam maya,.
Kita sering berkongsi cerita,.
Kita meluahkan rasa di jiwa,.
Kita berkongsi segalanya di alam maya,.

Teman,.
Hari ini hatiku terguris dan terluka,.
Ku anggap kau teman kau sebaliknya,.
Aku tak pernah tegur apa yg kau kongsi,.
Aku tak pernah sindir apa yg kau rasa,.
Aku tak pernah kesah apa mahumu,.
Tapi teman,.
Walau hanya aku yg selalu menegurmu,.
Aku langsung tak pernah berkira,.

Teman,.
Sudah banyak statusmu yg buat aku terasa,.
Maafkan aku kerana kesabaran aku tidak setebal mana,.
Aku hadir di alam maya untuk mengubat duka,.
Aku hadir di alam maya kerana lari dari sepi,.
Maafkan aku teman,.
Aku tak bisa lagi menjadi temanmu,.
Aku tahu kau ramai teman yg setia,.
Maafkan aku sekali lagi!

Mod:Hati yg terasa,.
MAAFKANLAH AKU!!

Puisi Buat Seorang Teman yang berada di I.C.U


Kasseh,.
Aku langsung tak mengenali dirimu,.
Tapi aku tahu kita ada hobi yg sama,.
Kita ada minat yg sama,.
Dan kau antara teman alam maya terbaekku,.

Kasseh,.
Entah mengapa dgn diri ini,.
Mutiara jernih ini terus mengalir tanpa henti,.
Aku seolah dapat merasakan apa yg kau rasa,.
Bertarung dgn kesakitan,.
Esakanku mungkin tak bisa menyembuhkan dirimu,.
Namun ketahuilah namamu sudah ada di hatiku,.
Aku mahu kau sembuh kembali,.
Kembali membuka mata,.
Kembali sihat dan ceria,.
Kembali senyum dan ketawa,.
Di samping keluargamu yg tercinta,.

Kasseh,.
Bangunlah teman!
Bangunlah sayang!
Ramai yang menanti kehadiranmu,.
Kuatkan semangatmu untuk melawan segala kesakitan,.
Ramai yg menantimu,.
Ramai yg menyayangimu,.
Aku pun jua!!

Moga Allah panjangkan usiamu,.

Nukilan Ikhlas dari hatiku buat seorang teman,.