Khamis, 11 Oktober 2018

Maafkan Aku!







Maafkan aku, kerana aku juga telah memaafkan semua orang.
Siapa aku untuk tidak memaafkan..
Aku hanya seorang hamba.
Sedangkan Allah Maha Pengampun.
Sedangkan Rasullullah ampunkan umat.


Maafkan aku, andai telah melukakan.
Aku juga telah memaafkan setulus hati.
Hidup ini bukan lama dan aku bukan pendendam yang berhati kering.
Hanya..tiada lagi gelak tawa.
Takkan ada lagi gurau senda.
Kerana aku sudah letih berpura-pura.
Letih untuk melambai mesra..sedangkan lambaianku tiada siapa yang endah.
Hanya kata nista yang kedengaran.
Hanya luka yang diberikan..
Jadi, biarkan aku terus sendiri.
Mengubati gundahnya hati ini.
Mengubati luka hatiku sendiri.
Jangan diganggu privasi ini.
Aku tidak ingin menangis lagi.
Walau air mata tak pernah kering di pipi.
Mengalir bagaikan hujan.


Maafkan aku andai telah melukakan.
Namun, tolong jangan beri aku harapan.
Jangan beri aku sinaran kehidupan.
Kerana aku tahu, sinar itu akan pudar.
Kerana aku tahu ianya takkan kekal.
Tolong jangan melukakan.
Aku tak ingin terus menangis.
Biarkan aku sendiri!
Jalani hidup ini...
Sampai saatnya biar aku yang pergi.
PadaNya yang lebih memahami.
Hanya Dia yang tahu!
Resahku.
Lukaku.
Jeritan batinku.
Hanya Dia yang mendengar.
Hanya Dia yang mengerti


Maafkan aku!
Tak ada niat memutuskan silaturahim..
Hanya aku ingin sendiri.
Ubati luka ini.
Ingin sendiri memujuk hati ini.
Agar terus bahagia..
Lalui sisa-sisa hidup ini.

Nukilan Rasa : Szaza Zaiman

Note : Mod terjun gaung!!

Selasa, 20 Februari 2018

Hati Dijentik Kalam Allah.

Saban hari hati semakin luluh,
Bergenang air mata,
Mengenang betapa banyaknya dosa,
Yang dipikul setiap masa,

Hati dijentik Kalam Allah,
Pada hari pembalasan,
Semua dosa akan dihitung,
Semua amal akan dikira,
Banyak mana dosa?
Banyak mana amal?
Hanya Allah yang tahu!

Kita takkan pernah sedar,
Setiap saat menambah dosa,
Setiap masa membuat angkara,
Kita terlupa, Allah mengetahui segalanya..

Allahu Akhbar..
Membaca kalamMu..hati dijentik pilu,
Semuanya mengenai hari pembalasan,
Tentang neraka dan syurga,
Tentang azab dan seksa,
Tentang nikmat dan bahagia,
Segalanya terbahagi dua,
Golongan engkar dengan azabnya,
Golongan bertaqwa dengan nikmatnya,

Hati berkata syahdu,
Aku dari golongan mana?
Betapa mudahnya untuk engkar,
Betapa payahnya untuk bertaqwa,
Tapi, aku tetap mahukan syurga,
Aku tetap impikan bahagia,
Di dunia dan di Akhirat nanti,
Namun, layakkah aku mengapainya?

Allah, bimbinglah aku,
Berikan HidayahMu,
Agar aku menjadi HambaMu
Yang beriman dan bertaqwa,
Agar dapat ku gapai bahagia,
Di dunia yang sementara,
Dan di Akhirat yang kekal selamanya.


Isnin, 29 Januari 2018

Video untuk cerpen terbaru

Aku sedang menyiapkan tiga buah cerpen terbaru sekarang ni bertajuk What A Stupid Words?, Ushar Dari Jauh dan kisah dilema wanita yang bakal dimadukan oleh suaminya, Akhirnya, Belangmu Tersingkap Jua!

Video ini untuk menceritakan kisah hati dan perasaan seorang wanita yang telah dicurangi oleh suaminya. Betapa terlukanya bila seorang suami tempat menagih kasih telah terbahagi cintanya.
Teganya seorang suami mengkhianati kepercayaan seorang isteri?



Aku ingin menghayati perasaan wanita ini kerana kisah ini terhasil kerana sebuah mimpi. Ya, sebagai seorang wanita yang bergelar isteri, aku tak nafikan bermimpi suami berkahwin lain dan aku dimadukan itu memang selalu terjadi, lebih-lebih lagi sekarang ini bila encik suamiku sudah mula mengaktivkan dirinya di laman sosial.


Dia, sudah pandai memberi komen dalam pos wanita yang tak dikenali di dalam facebook dan sudah pandai menjawab salam dan sebagainya. Mungkin ini normal, sebab aku pun berbuat perkara yang sama. Cuma, melalui cerpen ini, aku cuba untuk mengalami perasaan itu sendiri dan bagaimana untuk menghadapinya. Boleh dikatakan cerpen ini bertujuan untuk memberi AMARAN untuk enchik suami agar jangan bermain dengan api, kelak nanti bakal membakar diri sendiri.



Dan...video terakhir ini aku tujukan untuk semua penyokong setiaku yang sudi membaca cerpen-cerpenku yang tak seberapa ini. You all the best. Doakan aku, semoga bidang penulisan ini terus menjadikan aku bahagia selamanya till Jannah, Aamiin...


Khamis, 4 Januari 2018

TEGUR


Tegurlah aku
Kerana aku tidak sempurna
Kerana aku manusia biasa
Ada lebih ada kurangnya..

Teguranmu
Memberi aku sejuta rasa
Kadang-kadang buat aku insaf
Kadang-kadang buat aku sedar
Kadang-kadang buat aku terasa
Dan adakalanya buat aku sentap
Tapi tak mengapa
Aku sudi terima semuanya
Kerana aku tahu
Aku tak pernah sempurna
Hingga hujung nyawa.

Tegurlah aku
Kerana aku juga suka menegur
Kerana aku juga suka mendengar
Kerana aku suka dengan teguranmu
Kau yang ptihatin dan ambil berat

Tegurlah aku jika perlu
Tegur menegur sebagai sahabat
Tegur menegur sebagai saudara
Kerana kita ada rasa
Rasa sayang yang terbuku di hati.

Dalam teguran ada nasihat
Dalam teguran ada kiasan
Dalam teguran ada sindiran
Yang positif jadikan pengajaran
Yang negatif jadikan sandaran
Salah dan silap segera dimaafkan
Kerana lidah tidak bertulang
 Kerana jari tersalah haluan

Teguran bukan kutukan
Bukan umpatan...
Hanya sekadar mengingatkan
Sesama manusia bergelar insan..

By : Szaza Zaiman