Follow by Email

Khamis, 4 Januari 2018

TEGUR


Tegurlah aku
Kerana aku tidak sempurna
Kerana aku manusia biasa
Ada lebih ada kurangnya..

Teguranmu
Memberi aku sejuta rasa
Kadang-kadang buat aku insaf
Kadang-kadang buat aku sedar
Kadang-kadang buat aku terasa
Dan adakalanya buat aku sentap
Tapi tak mengapa
Aku sudi terima semuanya
Kerana aku tahu
Aku tak pernah sempurna
Hingga hujung nyawa.

Tegurlah aku
Kerana aku juga suka menegur
Kerana aku juga suka mendengar
Kerana aku suka dengan teguranmu
Kau yang ptihatin dan ambil berat

Tegurlah aku jika perlu
Tegur menegur sebagai sahabat
Tegur menegur sebagai saudara
Kerana kita ada rasa
Rasa sayang yang terbuku di hati.

Dalam teguran ada nasihat
Dalam teguran ada kiasan
Dalam teguran ada sindiran
Yang positif jadikan pengajaran
Yang negatif jadikan sandaran
Salah dan silap segera dimaafkan
Kerana lidah tidak bertulang
 Kerana jari tersalah haluan

Teguran bukan kutukan
Bukan umpatan...
Hanya sekadar mengingatkan
Sesama manusia bergelar insan..

By : Szaza Zaiman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.