Follow by Email

Ahad, 18 Ogos 2013

Bisikan Pena Meluah Rasa


Dikala pena berbisik,
Hati ingin menjerit,
Memberitahu seisi dunia,
Apa yang ia rasa,.
Lalu pena berkata,
Biar kita berkerjasama,
Meluah rasa tanpa suara,
Hanya melakar rintihan jiwa,

Pena dan hati lalu berpakat bersama,
Hati berkata aku sedang terluka,
Lalu pena menaip kata,.
Hati meratap hiba,
Jiwa turut sengsara,.
Bertanya pena kenapa?
Hati dan jiwa memang selalu seia dan sekata,

Jari-jari turut bersatu,
Bait demi bait terus ditaip,
Biar pena terus berbisik,
Suara hati meluah rasa,
Agar jiwa tak lagi sengsara,

Hati turut berdetik,
Beratkah pertolongan yang ku pinta?
Kenapa dia tak mahu berkerjasama?
Atau,.
Sudah salah fahamkah dia?

Tiada siapa dapat menjawabnya,
Hanya mampu menolong meluah rasa,
Apa yang terpendam di dalam dada,
Biar rasa lega dan selesa,
Supaya bibir kembali tersenyum bahagia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.