Selasa, 11 Jun 2013

CORETAN DAN PANTUN BERKIAS,..hehh,.!!




PHD (perangai hasad dengki)

Pada manusia yang selalu lupa
Eloklah selidik dulu sebelum berkata
Ragam kita kadang-kadang pincang juga
Agak-agaklah kalau nak berkata-kata
Niat orang lain takkan mampu kita baca
Gagal orang lain kau ketawa
Akal kau simpan di mana?
Ingat sikit,.kau pun tak sempurna

Hairan juga adatnya manusia
Akal ada selalu tak nak guna
Sampaikan orang bahagia pun nak cemburu juga
Alangkah bagusnya kalau tumpang bahagia bersama
Dapat juga pahala dan rakan berjuta

Dunia ni memang sudah akhir zaman
Entah bila kita akan sedar
Nama,pangkat dan harta
Gunanya hanya di dunia yang sementara
Kesemuanya akan kita tinggalkan
Ingatlah hasad dengki itu takkan bawa kita ke syurga

PANTUN  BERKIAS

Apa di rasa bila di perli,
Panas telinga membawa ke mati,
Kalau rasa termakan cili,
Tentu pedasnya sampai ke hati.

Ajar anak didiklah isteri,
Hormati orang kawal perilaku,
Perut senak kerana di leteri,
Selalu di serang meluatnya aku!

Pokok naga baru berbunga,
Naga merah berbunga cantik,
Siapa sangka mengaumnya singa,
Singa marah seperti itik..hihi

Rumpun serai tumbuh merimbun,
Di ambil orang di buat sambal,
Hari ini bercerai esok berhimpun,
Berwajah garang berlagak sebal..
(sombong giler ngko aku lesing baru tahu),.

Marahkan nyamuk kelambu di bakar,
Nyamuk terbang rumahnya hangus,
Jiwa mengamuk rasa terbakar,
Ngko gebang ja tu ingat ngko bagus!.

Itik dan kucing berkawan rapat,
Ular cemburu membuat khianat,
Dulu kamcing semuanya sempat,
Dah jadi seteru semua tak ingat!!!,.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.