Follow by Email

Selasa, 11 Jun 2013

KENANGAN berbalas pantun di FACEBOOK,.Meriah,.


PANTUN CINTA

Di atas para adanya lada,
Santan kelapa dimasak asyura,
Rindu membara didalam dada,
Lama tak jumpa rasa sengsara.

Buah betik buah kurma,
Mari kita makan saja,
Cinta berputik kali pertama,
Bertentang mata tersipu manja.

Ditepi pintu duduk berangan,
Lalu sidara cantik rupawan,
Senyum tawamu dalam kenangan,
Payah dilupa jadi igauan.

Biji selasih dibuat pengat,
Sudah ditampi sudah dikacau,
Padamu kasih aku teringat,
Malam bermimpi memeluk dikau;)

Cantik gerangan si tuan puteri,
Puteri bernama cik wan siti,
Aku berangan seorang diri,
Orang disana aku tak pasti;(
Like ·  · Unfollow Post · Share · May 25, 2012 at 4:25pm
Seen by 52


Szaza Zaiman
Pak Badar menabur baja,
Pergi sawah menanam padi,
Pantun sekadar rekaan saja,
Bukannya meluah isi hati.
May 25, 2012 at 4:31pm · Like

Tarmizi Yusuf .
Pergi ke sawah menanam padi
Baru rehat di tengah hari
Memang pantun ungkapan hati
Dari pada ghibah dan caci maki.
May 25, 2012 at 6:04pm · Like

Szaza Zaiman
 Petang-petang makan kanji,
Kanji dicampur isi ikan,
Caci dan maki sifat keji,
Jauhkan diri jangan amalkan.
May 25, 2012 at 6:23pm · Like

Pergi ke sawah menanam padi
Aurnya dalam tiada gerun
Dari pada caci dan maki
Mari kita sama berpantun.
May 26, 2012 at 12:07am · Like

Gdayang Gkasim
Rindu membara di dalam dada
lama tak jumpa ras sengasara
mengharap pesan rindu mu dinda
bilakah dapat sua bicara

cinta berputik kali pertama
bertentang mata tersipu manja
janji sudah diikat bersama
rela mengabdi tempat bermanja

senyum tawamu dalam kenangan
payaha dilupa jadi igauan
dendam membara terus berpanjangan
jika tidak bertemu puan

pada mu kasih aku teringat
malam bermimpi memeluk dikau
wajau mu dinda tetap ku ingat
walaupun jauh berjuta batu

aku berangan seorang diri
ornag disana aku tak tau
rindu ku tanggung seoerang diri
menyebabkan diri ku menjadi anggau.
May 26, 2012 at 1:54pm · Like · 1

Gdayang Gkasim 
pantun sekadar rekaan saja
bukannya meluah isinya hati
pun demikian ia dicipta
sebagai menghibur wangnya hati

memang pantun ungkapan hati
daripada ghibah dan caci maki
pantun gurindam menyaman hati
tambahan lagi kalau dinyanyi

caci dan maki sifat yang keji
jauhkan diri jangan amalkan
pertama akal kedua budi
ketiga hati keempat keikhlasan

daripada kita caci dan maki
mari kita sama berpantun
sama ada perempuan juga lelaki
asal menjaga sopan dan santun
May 26, 2012 at 2:02pm · Like · 1

Szaza Zaiman Tuuu diaaaaaaaaaaa..dia punya sambung..
May 26, 2012 at 6:03pm · Like

Amboi-amboi orang bercinta
Asyik memuji asyik juga memuja
Jangan pula sampai di lupa
Allah jua tempat meminta

Alangkah Indah masa bercinta
Indah lagi kalau sampai ke tua
Semai bersama iman dan doa
Agar bahagia kita selamanya

Semai bersama iman dan doa
Agar bahagia kita selamanya
Hidup berkat sebagai hambaNya
Dunia kita penuh dengan ceria
May 26, 2012 at 8:13pm · Unlike · 2

Gdayang Gkasim
 Jangan pula sampai dilupa
Allah jua tempat meminta
semoga kita janganlah alfa
jika alfa mendapat dosa

semai bersama iman dan doa
agar abahagia kita selamanya
berserta tekun mengelak dosa
jaminan pasti masuk syurgaNya

hidup berkat sebagai hambanya
dunia kita penuh ceria
sama samalah kita ingat akibatnya
jika lufa pada sang Pencipta
May 28, 2012 at 12:01pm · Unlike · 3

Szaza Zaiman Hahaha..suka semuanya,terima kasih atas respon yg diberi.
May 28, 2012 at 12:04pm · Like

Gdayang Gkasim
 Alhamdullilah puan bermadah
pantun semua menyenang hati
terima kasih lah kami bapadah
semoga kita berpantun lagi
May 28, 2012 at 12:09pm · Like

Szaza Zaiman Insyakallah,tp hari ni tak da mod nak berpantun,hr ni mod bercerpen,jom jengah sekali cerita rekaan tu dlm group cerpen,..hehe..saja promote cerpen yg tak semengah tu:)
May 28, 2012 at 12:16pm · Like

Gdayang Gkasim
 silakan...saya akan menjenguk jika batas waktu masih jauh....
May 28, 2012 at 12:17pm · Like

Tarmizi Yusuf .
Banyak kucing sedang berlari
Tidak sama dengan kucing belang
Banyak gadis dapat kucari
Tidak sama adik seorang.

Banyak kucing sedang berlari
Kucing kecil paling belakang
Sejak kita berjumpa tadi
Siang teringat malam terbayang.
May 28, 2012 at 12:45pm · Unlike · 1

Gdayang Gkasim
banyak gadis dapat ku cari
tidak sama adik seorang
kerna hati ku telah tercuri
adik seorang pengarang jantung

Sejak kita berjumpa tadi
siang teringat malam terbayang
semoga kenangan kekal abadi
jadi pengikat kasih dan sayang
May 28, 2012 at 2:44pm · Unlike · 1

Tarmizi Yusuf .
Siang teringat malam terbayang
Seperti pelampung tenggelam timbul
Jadi pengikat kasih sayang
Mari segera berijab qabul.
May 28, 2012 at 9:12pm · Unlike · 1

Gdayang Gkasim
 rindu membara di dalam dada
lama tak jumpa rasa sengasara
memang adat orang bercinta
setiap hari memendam rasa

cinta berputik kali pertama
bertentang mata tersipu manja
apa tidaknya demikian rupa
dipanah cinta teruna arjuna

Senyum tawamu dalam kenangan
payah dilupa jadi igauan
sudah ingat dilupa jangan
lupa sebentar diperaduan

pada mu kasih aku teringat
malam bermimpi memeluk dikau
semoga dirimu sentiasa afiat
dapatlah jua bersua dikau

aku berangan seorang diri
orang di sana aku tak pasti
kalau disana sudah berangan diri
di sini juga sudahlah pasti
May 29, 2012 at 4:35pm · Unlike · 1

Gdayang Gkasim untuk tarmizi....

Jadi pengiktat kasih dan sayang
mari segera berijab kabul
izinkan kami masuk meminang
supaya lancar hasrat dimakbul
May 29, 2012 at 4:37pm · Like

Jadi pengikat kasih dan sayang
bukan tali sembarang tali
kalau dah ada niat meminang
Kami pun senang rasa dihati.
May 29, 2012 at 6:49pm · Like

Gdayang Gkasim 
Kalau dah ada niat meminang
kampi pun senang rasa dihati
terima kasih harapan dijunjung
semoga niat Allah berkati
May 30, 2012 at 8:03am · Like

Tarmizi Yusuf .
Ke pasar beli kain pelikat
supaya aman simpan di lemari
Kalau sudah ada kata sepakat
tinggal kita menentukan hari.
May 30, 2012 at 10:36am · Like

Gdayang Gkasim
kalau sudah kata sepakat
tinggal kita menentukan hari
jika demikian sudah dihasrat
tentukan saja tarikh dan hari
May 30, 2012 at 1:35pm · Like

.Tarmizi Yusuf 
Jika demkian sudah berhasrat
Kita tentukan sejak awal
Kami coba ajukan pendapat
Tarikhnya satu hari bulan Syawal.

abis kita sudah ajukan pendapat
tarikhnya satu hari bulan syawal
Alhamdullilah kami menjawat
tepat tarikhnya kita berkumpul
May 30, 2012 at 1:50pm · Like

Tarmizi Yusuf >
Asah pisau mana yang tumpul
Supaya senang memakainya lagi
Sebelum masanya kita berkumpul
apalagi sebagai kewajipan kami.
May 30, 2012 at 1:54pm · Like

Gdayang Gkasim 
sebelum masanya kita berkumpul
adalagi kewajiban patut ditunai
ziarah dulu disatu syawal
lepas itu janji ditunai
May 30, 2012 at 1:56pm · Like

Tarmizi Yusuf .
Padi masak segera dituai
Tak lupa zakatnya supaya berkah
Kalau itu yang harus ditunai
Insya Allah kami ziarah.
May 30, 2012 at 1:59pm · Like

Gdayang Gkasim
 itulah perkara yang harus ditunai
keluarga tua mesti diziarah
setelah semua itu ditunai
barulah berkumpul bermuzakarah

Hahaha
,rasa terhibur didalam hati,
baca pantun panjang sedepa,
tu dia depa dok jual beli,
banyaknya idea depa:)
May 30, 2012 at 3:46pm · Like · 1

Szaza Zaiman 
Bermula dengan pantun cinta,
Habis berkait sambil membeli,
saya baca saya suka,
terima kasih daun keladi.
May 30, 2012 at 3:47pm · Like

Szaza Zaiman
 Depa dok kata nak masuk minang,
mula nak like terus tak jadi,
bulan syawal depa dah canang,
cepat-cepat jemput tok kadi..
hahaha.
May 30, 2012 at 3:50pm · Like

Tarmizi Yusuf kalau dah jemput kadi, ijab qabul rerusnye.
May 30, 2012 at 5:36pm · Like

Tarmizi Yusuf .
Sejak semule suai janji
Hasil muzajarah sudahlah dengar
Sebelum tuan jemput tuk kadi
Ape yang perlu kami hantar.
May 30, 2012 at 5:42pm · Like

Szaza Zaiman 
Hahaha..susun batu diatas bata,
gengam api jadi arang,
seram baca depa dok kata,
sy ni kan isterinya orang:)
May 30, 2012 at 6:36pm · Like

Szaza Zaiman
 Belakang kuali ada arang,
kuali untuk dimasak kari,
barangkali tuan tersilap orang,
cari yg lain sebagai penganti:)
May 30, 2012 at 6:40pm · Like

Banyaklah orang masih bujang,
ibu tunggal bagus juga,
hendakku tinggal terasa sayang,
suamiku ini hebat orangnya..haha
May 30, 2012 at 6:44pm · Like

Tarmizi Yusuf .
Orang bujang di mana pun ada
Cerdik pandai dan orang alim
Tujuannya bukan pada Szaza.
Berbalas pantun Gdayang Gkasim.

Ade yang cube mencuri di kilang
Tertangkao orang dihukum pancung
Kalau pun Szaza isteri orang
Saya pun sudah banyak cucung.

Sungguh cantik model fesyen
Ada yang berasal dari Jepun
Kalau salah dalam komunikasyen
Maafan saya beribu ampun.
May 30, 2012 at 7:13pm · Unlike · 2

Szaza Zaiman
 org berpantun saya berpantun,
daripada asyik nak tidur,
apasal tuan memohon ampun,
kita berpantun untuk berhibur.
May 30, 2012 at 7:20pm · Like

Szaza Zaiman
 Dari berkawan terus bercinta,
sekarang sudah merisik pula,
sepuluh ribu sebuah kereta,
cincin sebentuk janganlah di lupa..
haha..ok ker ni?

dari Cina ke negeri Jepun
Nak mencube berniaga kertas
Saya senang memang berpantun
Tapi bace pantun puan di atas.
May 30, 2012 at 7:31pm · Like

Szaza Zaiman
 Hahaha
berpantun sambil bergurau senda,
jangan disimpan didalam hati,t
erkejut ka baca hantarannya,
harga barangkan melambung tinggi...
out dulu..magribi.
May 30, 2012 at 7:34pm · Like

Tarmizi Yusuf Saya cube copy paste:
susun batu diatas bata,
gengam api jadi arang,
seram baca depa dok kata,
sy ni kan isterinya orang

Belakang kuali ada arang,
kuali untuk dimasak kari
,barangkali tuan tersilap orang,
cari yg lain sebagai penganti

Banyaklah orang masih bujang,
ibu tunggal bagus juga,
hendakku tinggal terasa sayang,
suamiku ini hebat orangnya.

Bukan terkejut hantarannya
Tapi terkehut pada copy paste
May 30, 2012 at 8:03pm · Like · 1

Szaza Zaiman oo..haha..tu sekadar nak beli pantun yg di atas tu saja nak tumpang join sekaki.

 hehehe..bila di fikir tadi macam sy ni pulak yg terperasan..tp rupa2nya en Tarmizi Yusuf.pula yg terasa..maaf ya,..ingat nak gurau2 ja,..macam ada satu pantun ni..
May 30, 2012 at 9:53pm · Like

Szaza Zaiman
 Makan ikan siakap pedas,
Kari ikan berselera sekali,
Jangan tuan cakap terlepas,
Hari kemudian berguna lagi.

Pantun ni untuk diri sy sendiri supaya berhati2 di lain kali,sy ni mmg suka menyampuk dah tu bergurau tak bertempat,.dosa yg selalu tak pernah sy sedari.
May 30, 2012 at 9:56pm · Like · 1

Muhamad Harif Harif Best sangat pantun ni..like sgt..
June 16, 2012 at 2:53am via mobile · Like


p/s; Amekaw!!,. dok syok jua beli pantun sekali terperahsantan!,.haha,.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.