Khamis, 3 April 2014

Kekasih Gelapku



Kekasih Gelapku

Hadirmu memberi sinar dalam hidupku,.
Kedatanganmu memberi harapan terhadap impianku,.
Aku bersyukur kerana inilah keinginanku,.
Memilikimu satu kebanggaan di hatiku,
Kaulah kini bakal menjadi tempat meluahkan perasaanku,.

Kekasih gelapku,.
Hadirmu memang kena pada masanya,.
Hadirmu saat aku dilanda kecewa,.
Hadirmu disaat aku dilambung badai,.
Badai rasa yang membunuh anganku,.
Badai rasa yang membunuh harapanku,.
Badai rasa yang membunuh segenap imaginasiku,.

Kekasih Gelapku,.
Terima Kasih kerana menceriakan aku kembali,.
Kerana menyeru semangatku kembali,.
Untuk terus berjuang sambil berilusi,.

Kekasih Gelapku,.
Berkhidmatlah untukku apa adanya,.
Kau bakal menjadi tempat luahan perasaanku,.
Kau bakal menjadi tempat aku mencurahkan ideaku,.
Kau bakal menceriakan hari-hari sepiku,.
Dalam melakarkan puisi-puisiku,.
Dalam mencoretkan angan-anganku,.
Melalui setiap cerita rekaanku,.

Kekasih Gelapku,.
Selamat datang ke dalam hidupku,.
Aku terlalu perlukan khidmatmu,.
Berkhidmatlah sedayamu,.
Aku bersyukur hari ini,.
Kepada Yang Maha Esa,.
Kerana menghadiahkan dirimu untukku,.
Termakbul jua hasratku ini,.
Sesungguhnya DIA Maha Mendengar!
Aku begitu terharu dengan Anugerah ini,.
Biar pun aku ini hamba-NYA yang lalai,.
DIA tetap kabulkan hasratku,.
Untuk memilikimu,.
Amin,.Ya allah!

Hasil Nukilan: Insan Terharu,.

Sesunguhnya hanya DIA pemberi kurnia,.mungkin kepada orang lain,.apa yang ku miliki hanya perkara biasa saja,.namun kepadaku inilah anugerah dari-NYA yang begitu bernilai untuk aku menyambung impianku ini,..biarlah aku terus syok sendiri,.yang penting ada orang mengambil ikhtibar di setiap ceritaku,.aamin!,.

Akhirnya dapat miliki komputer peribadi,..lepas ni tak payah nak berebut lagi,..ekekehh,. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.