Khamis, 11 September 2014

Puisi- Puisi 'BASI'

Assalamualaikum peminat Puisi!

Puisi yang telah di update ini adalah puisi yang dikarang ketika line internet tak ada. Macam biasa saya akan berpuisi saat hati dilanda gundah.

Hari baru bermula lagi!


Azan bergema tànda subuh pun bermula,
Mengucap syukur dgn nikmatnya,
Aku masih lg bernyawa,
Semakin bertambah usia,
Walau angkanya sêmakin tua,
Inilah nikmat dari yg Esa,

Hari baru bermula lagi,
Hujan turun mencurah bumi,
Burung-burung rïang menyanyi,
Ayam jantan berkokok berselang seli,
Rahmat-NYA kembali lagi,
Hari ini akü berjanji,
Di dalam hati sudah terpatri,
Nekad untuk mengakhiri,
Cerita santai yg ku rekai,.

Moga Allah akan restu,
Minda pun tak buntu,
Baru senang hatiku!


Suntikan Semangat!


Inginku terus melangkah walau sering pincang,
Ku kuatkan hati,
Ku tabahkan jiwa,
Ku katakan pada minda,
Jangan berputus asa!
Hidup ini bagaikan roda,
Kalau kau tersungkur kala ini,
Hanya kau yg bakal terasa,
Mereka hanya mampu simpati,
Atau mungkin langsung tak mengerti,
Bangunlah diri!
Kau perlu ada jati diri!
Biar impianmu terus jadi realiti,
Mereka yang hanya pandai memerhati,
Atau hanya pandai tuding jari,
Biarkan mereka!
Jangan ambil peduli!!

Berikan suntikan baru!
Dalam dirimu haruslah diseru,
Semangat itu biar kembali mengebu,
Agar nampak perjuanganmu,
Yang telah kau ukirkan menuju ke alam baru,

Hari itu kau rebah,
Seketika cuma kau kalah,
Hari ini bangkitlah kembali!
Menyeru semangat yg telah pergi,
Bersembunyi dibalik tirai ilusi,
Singkaplah kembali agar menjadi realiti,
Bukan lagi mimpi di siang hari,

Katakan pada diri!
Biar pun mimpi akan berulang kembali,
Merobek jiwa nan sepi,
Usah gusar sendiri,
Adakalanya mimpi juga ada hikmah tersembunyi,
Melalui titian dipenuhi duri,
Juga mengajar kita mengenal diri,
Yang pasti!
Semuanya petunjuk dari Ilahi,
Untuk memberi kita bukti,
Diri kita akan selalu diuji,
Teruslah berdiri!
Atas kaki sendiri,
Selagi hasrat hati tak mampu dimiliki!


 Kugengam Harapan Kugapai Impian


Pagi yang damai,
Kokokan ayam bergema lagi,
Tanda matahari bakal muncul lagi,
Tersirna harapan dalam sinaran pagi,
Ingin ku genggam kemas,
Menuju destinasi pasti,
Membawa sebuah impian bukan ilusi,
Di dunia realiti tegak berdiri,

Adakalanya langkah menjadi goyah,
Hasrat hati terhenti,
Namun tak pernah mati,
Ia hidup kembali,
Azam kembali bersemi,
Bukan usia menjarakkan masa,
Selagi aku punyai kudrat untuk berusaha,
Takkan pernah putus asa!
Harapan yang digenggam,
Takkan lebur dipertengahan jalan,
Hingga impian yg disimpan mampu ku gapai,

Hari ini bersemangat waja,
Rasa diri begitu bertenaga,
Bagaikan muda semula,
Bila mengira usia,
Sudah jauh langkahnya,
Berlalu pergi meninggalkan diri,
Harapan belum lagi jadi realiti,
Impian hanya wujud di hati,
Sedetik hati berdetik,
Masih adakah masa?
Agar impian menjadi nyata!

Dalam dinginnya pagi,
Minda terus berjanji,
Selagi ada hayat ini,
Pastikan langkah takkan terhenti,
Teruskan berlari meredah ilusi,
Agar terbina kembali impian ini,.

Demi harapan yang mengunung tinggi,
Ingin mencapai impian yang pasti,
Jatuh bangun tetap ku gagahi,
Walau usia semakin pantas berlari,
Aku hanya perlu,.
Senyumlah Ikhlas Dari HATI duniamu pasti Berseri,.



Robek Lagi!!


Hatiku dirobek lagi,
Entah pada siapa nak ku salahkan,
Yang pasti ia bagai tertikam duri,
Pada luka lama yang ku pendamkan,
Sekian lama tersimpan,
Tak mampu diungkapkan dengan kata-kata,

Robek lagi!
Hati ini tersiat luka,
Disirami racun berbisa,
Hanya dengan perkara biasa,
Nampak remeh di mata mereka,
Namun hatiku yang terasa getarannya,
Yang memamah bisanya,
Yang menelan pahitnya,

Terkoyak rabak,
Andai dapat dilihat,.
Takkan mampu diubati lagi,
Hari ini bercantum,
Esok kembali terkoyak,
Berulang kali disakiti,
Akibat rasa yang disembunyikan,
Tak pernah dipamerkan,
Mereka sangka aku bahagia!
Angkara mereka aku suka semuanya,
Sedangkan hatiku parah memendam duka,
Duka yang dihadiahkan sekian lama,


Robek lagi!
Bila mengenangkan segalanya,
Aku tak mampu meluahkan kata,
Andai terluah,.
Jahatlah aku jadinya,
Segala jasa diungkit segala,
Lalu aku nekad berkata,
Diam itu lebih baik agaknya,
Tanpa ku sedar luka itu semakin merebak,
Hingga ke akar umbinya,


Robek sudah!
Terpaksa aku pendamkan juga,
Kepada Allah aku meminta,
Kuatkanlah jiwaku adanya,
Kerana semakin dipendam duka,
Jiwaku semakin terseksa,
Risau kiranya,.
Aku bakal menghuni di sana,
ke wad mental aku dibawa,
minta dijauhkan hendaknya!



Andai Aku punyai Kuasa!


Selalu mindaku berkata-kata,
Andai aku punyai kuasa,
Apakah yang bakal aku pinta?
Lalu,.
Dengan pasti ia memberikan jawapannya!
Aku ingin membaca minda.
Minda manusia di alam dunia,
Ingin ku mengerti keinginan mereka,
Apa yang mereka rasa?
Apa yang mereka kata?
Adakah jujur atau sebaliknya?


Bila minda selalu meneka,
Dalam kesamaran selalunya tak kena,
Asyik bertingkah saja,
Pasti ada jawapan mereka,
Cuba menafikan segalanya,
Kata mereka kau tersalah tafsir adanya!
Letih menanggung rasa,
Tak pernah mengaku kesalahan pula,
Alih-alih aku juga yang terkena!
Selalu menahan rasa,
Bersabar selagi terdaya,


Minda menaruh harapan yang sia-sia,
Mencari makna di sebalik wajahnya,
Cuba merungkai segala rahsia,
Merenung jauh ke dalam mata,
Cuba menyelami isi hatinya,
Tak pernah yang sempurna!
Minda tetap tak dapat meneka,
Apa isi tersirat di dalamnya,
Terus minda dalam dilema,
Nak bertanya tak pernah perolehi jawapannya,
Yang dapat hanya sakit hati semata-mata,


Minda!
Banyak pula berfikirnya,
Kalau boleh semua nak dikawalnya,
Nak tahu semua benda,
Nak cari semua makna,
Nak baca semua rahsia,
Namun segalanya takkan ada sudahnya!
Kerana aku tak berkuasa!
DIA yang menentukan segalanya!
Segala rahsia kita ada pada-NYA!
Aku ini siapa?
Hanyalah hamba kepada-NYA!


Nukilan Suara Hati
Hamba-NYA yang ingin selalu mengetahui.



Biar Air Mata Berbicara!



Berguguran lagi mutiara jernih ini,
Membicarakan rasa hati,
Hati yang sering disakiti,
Tanpa sedar ,.
Dalam kata-kata kebenaran,


Mungkin baginya itu hanyalah pujian biasa,
Rasa takjub seorang lelaki,
Menilai wanita lain dalam diamnya,
Rasa kagum yang dirasa,
Diluahkan di tepi telinga,
Tanpa disedarinya,
Yang mendengar sudah tersiat hatinya,
Hati menangis hiba,
Rasa begitu terdera,
Kenapa dia?
Hanya nampak keindahan di seberang sana?
Apakah bunga di sisi,
Sudah layu tiada serinya?


Hati yang menangis diluahkan jua,
Melalui air mata dikirimkan bicara,
Gugurnya tanpa henti,
Terus berbicara dalam diamnya,
Mengambarkan kesakitan jiwa,
Yang turut menghibakan sukma,

Dia,.begitu tega,
Selalu meluangkan masa
Di depan skrin komputer,
Di depan paper,
Untuk mengetahui berita dunia,
Untuk ambil tahu isu semasa,
Untuk  memberi fokus pada politik pilihannya,
Memberi kritikan dan saranan,
Berbicara santai dalam ramahnya,
Tapi,.
Pernahkah dia luangkan masanya,.
Membaca luahan isi hati isterinya?
Dalam setiap karya,
Dalam setiap cerita,
Tak ada masa katanya!
Itulah jawapan diberinya,


Air mata berbicara lagi,
Kepedihan hati terus diluahkannya,.
Minda terus mencerna,
Kenapa dan mengapa?
Kerana dia terlalu obses tentang dunia,
Dunia luar yang pincang,
Dunia luar yang indah,
Dunia luar yang goyah,
Tapi,.pernahkah dia peduli?
Dengan rumah tangganya yang pincang?
Tentang kegoyahan hati seorang isteri,
Tentang luahan indah isteri buat si suami,
Tentang pergorbanan pendampingnya,
Yang selalu memdamba bahagia,.


Hati terus memberontak dalam diam,
Hendak diluahkan tak kesampaian,
Air mata jua yang jadi perantara,
Gugur lagi ia,
Merembes ke pipi,
Yang kini sudah dimamah usia,
Tiada lagi serinya,
Tiada lagi keghairahannya,
Ia sudah terbiasa,
Dibasahi air mata luka,
Air mata derita,
Yang takkan pernah ada akhirnya,


Hati rasa tak sempurna,
Kalau sekadar air mata yang berbicara,
Rasa hati ini perlu diluahkan dengan kata-kata,
Biar rasa santai dan kembali lega,
Lalu,. jari jemari mengambil tugasnya,
Bernari-nari ia,
Menaip patah-patah kata,
Untuk dikongsi kepada semua,
Hati berharap juga,
Moga suatu hari nanti,
Terpanggil dirinya untuk membaca,
Luahan rasa seorang wanita,
Rasa luka yang dipendam lama,
Luahan rasa seorang isteri,
Isteri yang sanggup sehidup semati bersamanya,
Bersusah dan senang bersama,


Isteri ini,.
Walau cuba dikuatkan jiwanya,
Walau cuba ditabahkan hatinya,
Adakalanya tersungkur juga,
Dek hati yang begitu parah terluka,
Tak berdaya menahan segalanya,
Walau air mata lebat gugurnya,
Tak bisa juga menahan rasa,
Dia tetap manusia biasa,
Ada kekurangan dan kelebihannya,
Ada masanya dia kalah dalam persimpangan dilema,
Tersesat dan karam dengan perasaan sendiri,
Terus tengelam di dasar hati,

Ya Allah!
Hanya Engkau penyembuhnya!
Kuatkan hatinya!
Kuatkan jiwanya!
Air matanya sudah lama bersisa,
Namun tak mampu ditahannya,
Terus lagi ia berbicara,
Adakalanya terdengar juga esakannya,
Dalam sendu yang panjang,
Tak berdaya lagi!!



Hasil Nukilan Rahsia Hati Seorang Isteri

1 september 2014
12.00pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.