Selasa, 4 November 2014

Aku Insan Kerdil!

Mendongak ke langit biru,
Aku terpegun dan terpaku,
Melihat kebesaran-Mu Ya Allah!
Terasa diri begitu kerdil di sisi-MU,
Hati sesekali ingin menjerit,
Namun tak berdaya ku luahkan segalanya,
Hanya mampu merintih dalam sepi,
Kepada-MU ku berserah!
Kepada-MU ku memohon,
Kuatkan hatiku!
Tabahkan jiwaku!
Menghadapi kemelut perasaan ini,
Yang seringkali bertandang tanpa diundang!
Ya Allah!
Betapa kerdil ku rasakan!
Aku insan biasa yang tak berdaya!
Sesekali luntur semangatku!
Adakalanya goyah imanku!
Adakalanya ilusiku melayang entah ke mana!
Sering bermimpikan bahagia!
Yang tercipta hanya sementara,
Lantaran betapa goyahnya kepercayaanku,
Kepada takdir yang sering membelenggu,
Bimbinglah hamba-Mu ini yang sering buntu,
Adakalanya tersesat dalam lautan perasaan!
Tergapai sendiri dan karam,
Terus tengelam di dasar hati,
Adakalanya mampu timbul kembali,
Tapi adakalanya memakan masa!
Kerana ku tak bisa!
Melawan gelodak rasa!
Aku hampa dan terseksa!

Ya Allah!
Aku sedar kasih sayang-MU melimpah untukku,
Dalam aku di uji,
KAU melindungiku!
KAU tumpahkan kasih sayang-MU
Agar aku tak leka,
Dengan dunia yang sementara!

1 ulasan:

  1. Keren puisinya,jgn lupa kunbal ke gubug jelek aku,http://www.ibnurrozed.blogspot.com

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.