Rindu Tiada Penghujung
Rindu,
Hadirnya mengimbau
kenangan,
Menanam resah dan
gundah,
Mencarik jiwa nan
parah,
Lalu, hati turut
tergadai,
Dan tersadai di lembah
duka,
Rindu,
Membuat jiwa turut
merana,
Terbayang wajah si dia,
Bergelut sejuta rasa,
Untuk dia yang
tercinta,
Rindu,
Mengamit memori indah,
Antara aku dan dia,
Terlakar sebuah kisah,
Kisah suka dan duka,
Rindu,
Membuat aku merintih
sepi,
Dalam hati berbisik
pedih,
Pulanglah sayang!
Pulang ke pangkuanku di
sini,
Kerana aku tak berdaya
lagi,
Menahan resah gelora
rindu ini,
Rinduku kepadamu,
Takkan ada ubatnya,
Selagi kau tak berada
di sisi,
Kerana rindu ini hanya
untukmu pasti.
~Nur Izz Zahrah
Hasyilla~
Dalam Sepi Hatiku
Terluka
Sayangku,
Dalam kesepian ini
abang menyebut namamu,
Berulang kali agar
hilang rasa duka ini,
Tanpamu di sisi hidup
bagaikan tiada erti,
Namun, demi tugas ini
abang terpaksa pergi,
Pergi jauh dan pasti
akan kembali,
Bersabarlah
dalam penantian,
Kerana abang juga
terseksa di daerah asing ini,
Sayang,
Dalam bercinta pasti
ada rindu,
Dalam rindu pasti ada
sepi,
Dan abang juga sedang
menghitung hari,
Untuk kembali bersamamu
lagi,
Sayang,
Jangan dihiraukan semua
yang berlaku,
Pasti semuanya akan
berlalu,
Ibarat angin yang
menderu,
Hanya singgah buat
sementara waktu,
Bertabahlah selagi mampu,
Abang sentiasa ada
bersamamu,
Walau abang jauh beribu
batu,
Namun abang sentiasa
menyokongmu,
Demi sayang dan cinta
kita,
Bersabarlah dalam
Redha,
Semuanya pasti kembali
seperti sediakala,
Sayang,
Angin yang bertiup itu
pasti ada penamatnya,
Begitu jua dengan
cerita kita yang sedang bermaharajalela,
Biarkan saja mereka!
Bergelak ketawa dan
berkata dusta,
Kita takkan mampu
menghalangnya,
Allah tahu kita tak
berbuat dosa,
Kerana ikatan kita ada
restu kedua ibu bapa,
Tunggu kepulangan
abang!
Pasti ada cederahati
buat mu isteri,
Yang sedang menanti
kepulanganku ini.
Aku Perindu Sepi
~ Aswal Madri~ Turki