Sabtu, 20 Februari 2016

Puisi Dalam Novel Aku Dan Bos


Rindu Tiada Penghujung


Rindu,
Hadirnya mengimbau kenangan,
Menanam resah dan gundah,
Mencarik jiwa nan parah,
Lalu, hati turut tergadai,
Dan tersadai di lembah duka,

Rindu,

Membuat jiwa turut merana,
Terbayang wajah si dia,
Bergelut sejuta rasa,
Untuk dia yang tercinta,

Rindu,
Mengamit memori indah,
Antara aku dan dia,
Terlakar sebuah kisah,
Kisah suka dan duka,

Rindu,
Membuat aku merintih sepi,
Dalam hati berbisik pedih,
Pulanglah sayang!
Pulang ke pangkuanku di sini,
Kerana aku tak berdaya lagi,
Menahan resah gelora rindu ini,

Rinduku kepadamu,
Takkan ada ubatnya,
Selagi kau tak berada di sisi,
Kerana rindu ini hanya untukmu pasti.

~Nur Izz Zahrah Hasyilla~




Dalam Sepi Hatiku Terluka




Sayangku,
Dalam kesepian ini abang menyebut namamu,
Berulang kali agar hilang rasa duka ini,
Tanpamu di sisi hidup bagaikan tiada erti,
Namun, demi tugas ini abang terpaksa pergi,
Pergi jauh dan pasti akan kembali,
Bersabarlah dalam penantian,         
Kerana abang juga terseksa di daerah asing ini,





Sayang,
Dalam bercinta pasti ada rindu,
Dalam rindu pasti ada sepi,
Dan abang juga sedang menghitung hari,
Untuk kembali bersamamu lagi,

Sayang,
Jangan dihiraukan semua yang berlaku,
Pasti semuanya akan berlalu,
Ibarat angin yang menderu,
Hanya singgah buat sementara waktu,
Bertabahlah selagi mampu,
Abang sentiasa ada bersamamu,
Walau abang jauh beribu batu,
Namun abang sentiasa menyokongmu,
Demi sayang dan cinta kita,
Bersabarlah dalam Redha,
Semuanya pasti kembali seperti sediakala,

Sayang,
Angin yang bertiup itu pasti ada penamatnya,
Begitu jua dengan cerita kita yang sedang bermaharajalela,
Biarkan saja mereka!
Bergelak ketawa dan berkata dusta,
Kita takkan mampu menghalangnya,
Allah tahu kita tak berbuat dosa,
Kerana ikatan kita ada restu kedua ibu bapa,

Tunggu kepulangan abang!
Pasti ada cederahati buat mu isteri,
Yang sedang menanti kepulanganku ini.

Aku Perindu Sepi
~ Aswal Madri~ Turki


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.