Khamis, 13 Oktober 2016

Rimas


Aduh..rimasnya rasa hatiku,
Semuanya serba tak kena,
Itu salah..
Ini pun salah..
Geram tak bertempat,
Nak telan tak mampu,
Nak luah tak boleh,
Nak mengadu pada siapa?
Rimas sungguh,
Sesekali perasaan ini singgah,
Jiwa turut lelah..
Hati menjadi parah..
Perasaan turut gundah..
Rimas serimasnya..
Aku ingin pasrah dan berserah,
Namun..aku tak berdaya,
Jiwa tetap memberontak,
Hati tetap meminta..
Aku lelah..
Aku lemas..
Tapi sampai bila?
Harusku lawan rasa ini..
Rimasnya..
Bila perasaan ini hadir..
Mahunya hanya satu,
Keinginan yang lama dulu,
Masih bersisa..
Masih terasa..
Tetap berbisa..
Tapi..sampai bila?
Harus ku lawan semua rasa..
Aku yang tersiksa..
Merana dan terluka..
Rimas..
Perasaan ini hadir tak menentu..
Mahunya..hanya DIA yang tahu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.