Jumaat, 19 April 2013

PANTUN JIWA-JIWA


Pantun jiwa kacau



Mari mengacau pulut kacau,
Kacau bersama dengan wak dogol,
Jiwa kacau menjadi sasau,
Terkaku terkesima nyaris di sondol.


Pantun jiwa jiwang


Di pagi syahdu cerah bercahaya,
Cahaya tersilau di gunung sepi,
Tersangat rindu pada wajahnya,
Siang terigau malam termimpi.


Pantun jiwang karat


Sayang pelita sumbunya basah,
Di letak di tepi jatuh ke perigi,
Cinta kita takkan terpisah,
Di lautan api sanggup ku renangi.



Pantun dua jiwa


Layang-layang di main orang,
Namanya Muthu from Haiti,
Sayang di sayang adik seorang,
Abang merindu separuh mati.




Pantun jiwa merana


Pucuk geti di buat kari,
Masak kari bersama lala,
Kekasih hati di bawa lari,
Di bawa lari oleh si Bangla.hihi,..



Pantun jiwa jahat


Sambil merajuk memakai sari,
Berwajah garang entah kenapa?
Ku pujuk-pujuk ku bawa lari,
Anak orang ku peduli apa?,..huhu




1 ulasan:

  1. pantun oh pantun. indahnya.

    lama tak update ya?

    Salam kenal dari Gina. Ini bloggku, tentang syair dan pantun juga. Sebagian kata mutiara.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.