Selasa, 23 April 2013

PANTUN MERAPU IKAN KERAPU,..;))


Line membeku terasa kaku,
Geram sungguh malas melayan,
Terkenang aku akan nasibku,
Hati tak teguh asyik berangan.
Adeh,.hehe

Rasa resah mencari akal,
Hilang sudah idea diminda,
Masanya sudah tak dapat disangkal,
Detik indah langsung tiada..huhu

Apa ditenung matanya puteri,
Nanti tergoda jatuh cinta,
Duduk termenung sepi menyendiri,
Di atas beranda di sebalik jendela.

Di add masuk ke group sana sini,
Nak jenguk pula tak ada masa,
Maaflah pada diriku ini,
Tak ada benda isu semasa.

Rasa terharu juga gembira,
Di jemput masuk ke group mereka,
Dah macam sanak saudara,
Bukan syok tapi suka.

Terima kasih ku ucap kata,
Mungkin kita takkan bersua,
Ku hulur tangan maaf ku pinta,
Tak dapat join korang semua.

Makan nasi sayur berlada,
Selepas makan duduk di beranda,
Mod menulis langsung tiada,
Kenapa harus kusutnya minda??

Sudah lama tak naik beca,
Beca sudah hilang roda,
Tak menulis aku membaca,
Dalam penulisan2u aku meronda.

Pat-pat pisau lipat,
Apa nak buat minda tak larat;))

Puas ku lipat pisau berkarat,
Walau penat rasa melarat,
Apa nak buat minda tak larat,
Harus berehat hilangkan penat.

 Pergi menanam padi huma,
Asyik menanam sampai terleka,
Hai rakan fbku semua,
Hampa semua nak like saja ka???

matahari terbit cerah sinarnya,
cahayanya memancar serata alam,
good morning untuk semua,
moga lebih bahagia berbanding semalam

Anak2 bermain gasing,..
Gasing di main di tepi padang,
Kalo pala asyik dok pusing,
Hati sakit macam nak meradang.

Masak nasi gulai nangka,..
Ulam di cicah si air asam,..
Siapa menduga siapa menyangka,..
Sakit ku tanggung wajah pun masam.

Bukan merintih bukan meminta,..
Bukan merayu minta simpati,..
Sekadar nak menguji minda,..
Aku berpantun untuk berhenti,..(out)

Buat kawan2ku yg setia,..
Sudikanlah balas pantunku ini,..
Sama2lah kita mengasah minda,.
Cairkan otak di pagi ini,..;)

Sang buaya sudah ternganga,
Menunggu mangsa jadi habuannya,
Hidup ini serba tak kena,
Tersalah langkah derita jawabnya.

Ayam katik berlari pulang,
Kecil molek bergerak pantas,
Rasa bagai tercekik tulang,
Dikurung bagai tidak bebas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.