Rinduku Kembali Bertamu
Ibu,Abah,.
Putri rindu kalian,.
Rindu yang tak tertahan,
Rindu yang sarat terbeban,
Ibu,Abah,.
Putri sunyi,.
Sunyi yang teramat,.
Mengingati ibu dan abah buat Putri sepi,.
Sepi menyelubungi diri,.
Menghantui hati,
Merobek perasaan ini,
Ibu,Abah,.
Rindu ini takkan hilang begitu mudah,.
Menunggu kepulangan kalian hatiku gundah,.
Namun,.hampa jiwa ini,.
Yang pulang menemui hanyalah jasad kaku,.
Putri redha dalam pasrah,.
Inilah takdir Putri,.
Hasil Nukilan
~PQA~
Debaran Sukma
Berdegup jantung ini kala mata bertentang mata,
Entah siapa namanya,.
Aku pun tak pasti,.
Hadirnya memberi irama di hati ini,
Kenapa?
Aku tertanya sendiri,
Hati ini,.resahnya mengila,.
Tak pernah lagi ku rasa,.
Debaran sekencang ini,.
Dia,.ada aura tersendiri,.
Kenapa?
Adakah itu namanya cinta?
Entahlah!,.
Aku tiada jawapannya!
Hati ini berdebar sekali,.
Matanya menikam kalbuku,.
Mengocak naluri,.
Terbias di hati,.
Suaranya menampar jiwa,
Aku terkesima,.
Ada rasa dalam jiwa,.
Apakah ia?
~PQA~
Parah Hatiku Menahan Rasa
Hatiku menjerit kuat,.
Aku benci kau!
Kau ibarat belati tajam,.
Yang menikam hatiku,.
Tanpa belas kasihan,.
Namun,.tiada yang mendengar,.
Lalu,.aku luahkan di atas kanvas sepi ini,.
Parah hatiku menahan rasa,
Terseksa dan merana,
Aku tak suka dipaksa,.
Tapi kau sungguh tega,.
Membuat aku begini,.
Aku benci!
Pertemuan kita puncanya derita dan lara,.
Hatiku kau robek tanpa belas,.
Dalam sekelip mata aku jadi milikmu,.
Tanpa pintaku kau beriku gelaran,
Tanpa relaku kau beriku harapan,
Hatiku parah sudah,.
Kelmarin ku sangka itu namanya cinta,
Dalam diam aku terkena,
Cinta yang ku sangka rupanya derita,
Derita yang datang tiba-tiba,.
Bersama menemani juraian air mata,.
Aku terseksa!
Yang belum dapat menerima kenyataan
~PQA~
Anggerik Desa<>Putera Amri
EnTAH,.
Kenapa ya,.hari pertama bertemu denganmu,.
Aku jadi kaku,.
Bukan memandang kehansomemanmu,.
Jauh sekali rasa tergoda,.
Tapi,.macam ada sesuatu!
EnTAH,.
Hari kedua berjumpa aku terseksa,.
Aku kena ikat dengan tali berbisa,.
Macam kena pukau,.
Aku iakan semuanya,.
EnTAH,.
Hari ketiga bersama,.
Kau kata memori manis bersama,.
Manis macam apa?
Gula dah naik harga daa,.
Kurangkan manisnya,.:p
EnTAH,.
Kenapa cepat benar kantoinya,.
Kau bela Hantu Raya ke?
Tak sempat aku nak berpura-pura,.
Nak stalk dan sebagainya,.
Apa kata aku unfriend kau saja?
EnTAH,.
Sorry Ya,.
Esok aku mula kerja,.
Jom tidur daa,..:p
Anggerik Desa(YWF) :p
Anggerik Desa
Kenapa?
Hati ini sepi lagi,.
Rindu?
Siapa yang harus ku rindu?
Dia?,..
EnTAH!,..
Kenapa?
Minda aku bercelaru,.
Merusuh selalu,.
Serba tak kena,.
Sakit jiwa!
Kenapa?
Jiwaku resah,.
Ketenangannya terganggu,.
Aku keliru!,.
Kenapa?
Bayangan itu hadir lagi,.
Menyakitkan hati,
Mengusutkan minda,
Meresahkan jiwa,.
EnTAH!,.
Pergilah! Jangan mendera perasaanku
~PQA~
Feeling-confused :(
Anggerik Desa
Ada Cinta Dalam Hati
Sayang,.
Dalam diam hati ini bergetar,.
Dilanda badai asmara,.
Oleh renungan matamu yang memukau,
Oleh senyummu yang mengoda,
Oleh gayamu yang mempesona,.
Sayang,.
Mengertikah kau apa maknanya cinta?
Cinta itu sakit!,.
Kerana,.bila ada cinta,.
Pasti ada rindu yang bertamu,.
Bila ada rindu,.
Pasti mengocak kalbu,.
Sayang,.
Dalam diam aku mencintaimu,.
Dalam diam aku menyayangimu,
Dalam diam aku merinduimu,.
Apakah semuanya ini?
Sungguh!,.aku tak mengerti!
Jelaskan padaku!,.
Aku yang menanti jawapanmu!
~YWF~
Rindu Yang Kian Membara
Rindu ini nyalaannya marak sekali,
Bagaimana harus ku padamkannya?
Aku rindu dia!,.
Biar ku siramkan dengan berbaldi air mata,
Ia tetap menyala-nyala,.
Aku harus bagaimana?
Rindukah dia padaku?
Aku tertanya-tanya,.
Kalau rindu sebanyak manakah rindunya?
Adakah seluas lautan dalam?
Atau seluasnya alam?
Rindu yang menyala sakitnya mengila,.
Kenapa harus rindu kalau tak berjumpa?
Rindukan dia yang entah di mana alamatnya,.
Aku harus bagaimana?
Andai dapat ku undur putaran dunia,.
Aku hanya ingin berada di sisinya,.
Setiap masa!
Setiap ketika!
EnTAH!,. kenapa aku rindu?
Dan rindu ini terlalu sakit!
~PQA~
Hebatnya Cinta
Cinta,.
Kala ia hadir hati sudah berdetik,
Maka rindu pun berputik,
Benih-benih sayang pun disemai,
Bersama taburan baja-baja kasih,
Lalu mekarlah bunga-bunga cinta,.
Dalam mahligai setia,.
Cinta,.
Hadirnya mewangi di hati,.
Mekarnya memenuhi jiwa,
Harumnya mendamaikan sukma,.
Lalu terdampar di pantai asmara,.
Cinta,.
Betapa hebatnya ia,.
Hidup berdua dan saling bergurau senda,
Menjalin rasa sayang,.
Menitipkan rasa kasih,.
Membuahkan rasa setia,.
Untuk saling merasa bahagia,.
Hidup bersama selamanya.
Luahan Rasa Cinta
~PQA~
Feeling-Great - :D -with-Putera Amri
Yang Indah Hanyalah Sementara
Mengapa begini?
Sepi ini menjerut diri,.
Rasa sesak nafasku ini,.
Kerana keindahan itu tiada lagi,.
Apa salahku sayang,.
Adakah kau sudah berubah hati?
Apa mahumu?
Menghadiahkan rasa sepi ini untukku,.
Tega benar dirimu,.
Menghancurkan jiwaku,.
Aku perlukan kasih sayangmu,.
Aku perlukan dirimu sayang,.
Jangan tinggalkan aku!
Sayang,.
Kembalilah kerana sepi ini buat aku rindu,.
Rindu ini buat aku sakit,.
Sakit ini buat aku terluka,.
Hanya kau yang mampu merawatnya.
~PQA~
Feeling-Alone :(
Anggerik Desa
Aku Tunggu Hadirmu
Sayang,.
Hati ini meronta lagi,.
Bukan derita yang ku rasa,.
Tapi bahagia yang memayungi diri,
Aku sudah tidak sabar menanti hadirmu,
Di dalam diriku ini,
Sayang,.
Alangkah bahagianya perasaan ini,.
Andai apa yang ku duga benar belaka,
Tak sabar hati ini menanti,.
Hadirmu pasti bererti,.
Buat aku dan dia,.
Sayang,.
Mungkin hadirmu terlalu awal,.
Tapi,.tidak mengapa,.
Kerana hadirmu memberi bahagia,.
Hadirmu bakal menyempurnakan segalanya,
Aku tunggu hadirmu sayang!
Dengan sepenuh hatiku :D
Aku Yang Sedang Bahagia
~PQA~
Feeling-Happy :)
Anggerik Desa
Rajuk
Di tepian pantai ini,.
Ku lepaskan lelah dalam diam,.
Melawan perasaan rajuk yang dalam,.
Pada dia yang langsung tak mengerti,.
Akan hati dan perasaan ini,.
Rajukku,..
Sedalam dasarnya lautan,.
Lalu aku lemas dan karam sendiri,.
Mengocak naluri,.
Terdampar di pantai hati yang sepi,..
Entah kenapa,.
Rajuk ini tiada noktahnya,.
Di kuasai egois yang mengila,.
Harus sampai bila??
Hanya Allah yang tahu,.
Apa yang tersurat di hati ini,.
Namun rajuk ini apa kesudahannya,..
~PQA~
Feeling-sad :(
Aku Bukan Penyair
Di sini aku berdiri sebagai seorang insan,.
Insan yang kerdil hambaNYA Yang Esa,
Menempuhi hidup yang pelbagai dugaan,.
Pahit dan manis ku rempuhi segalanya,.
Aku bukan penyair jalanan,.
Hanya berpuisi untuk meluah rasa,.
Aku bukannya penyair,.
Namun aku suka berpuisi,
Puisi memberi aku kepuasan,.
Kepuasan minda dan jiwa,.
Untuk aku terus meluah segala rasa,.
Rasa yang terpendam di jiwa,.
Yang tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata,.
Hanya berpuisi dapat meleraikan runtunan jiwa,.
Aku bukan seorang penyair
~PQA-EnTAH WF~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.