Sabtu, 21 Disember 2013

BIAR

Biar,.hati ini terus merintih,
Melawan perasaan marah,
Mengheret rasa kecewa,
Melambung rasa sangsi..
Dan perlukah ku lontar rasa curiga?

Biar,.hati ini terus menjerit,
Kerana ketidakpuasan di jiwa,
Yang merobek luka,
Yang memamah rasa,
Yang mengigit perasaan,
Angkara pelbagai rasa yang mengasak di minda..

Biar..hati ini kian resah,
Bila amarah tak dapat diungkap,
Bila kecewa tak dapat dilafazkan,
Bila perasaan tak dapat diluahkan..
Aku harus bagaimana lagi?

Haruskah aku membiarkan?
Rasa amarah yg terus mengila,
Rasa kecewa yg merobek dada,
Menaruh prasangka di dalam minda..
Kenapa?
Mengapa?
Line terus tergendala,
Bagaimana nak buat KERJA?
Sampai bila nak REPAIR daa???

AKU YG SEDANG MEMBARA
~SZ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.