Jumaat, 2 Mei 2014

Jom berbalas Pantun!

Pantun Teka-Teki Enam kerat


Banyaknya kulat di sana sini,
Alangkah enak digoreng dahulu,
Buat gulai sedap belaka!
Bentuknya bulat berwarna-warni,
Mainan kanak-kanak zaman dulu,
Kalau pandai cubalah teka!

Jawapan:
Membeli benang di kedai nyonya,
Diikat tali dengan percuma,
Beli bersama dengan jarumnya,
Alah,.senang saja jawapannya,
Buah guli itulah nama,
Cantik umpama pelangi warnanya.



Pantun Teka Teki Empat kerat


Warnanya merah kecil bentuknya,
Sangat sedap dibuat sambal,
Pasti marah memakan isinya,
Hati berdetap bibir tebal.

Pantun Teka-Teki Dua Kerat

Bila tertutup gelaplah dunia,
Kalau sanggup tekalah bendanya!


Jawapan

Banyak cerita banyak pengajarannya,
Kerana manusia punya idea,
Kelopak mata itulah jawapannya,
Tertutup ia gelaplah dunia.


Pantun Soal-Jawab Cinta

Atur bata susun bata,
Atas bata bunga raya,
Orang kata cinta buta,
Butakah cinta atau orangnya?


Pertanyaan RINDU


Gubahan baldu buat tetamu,
Dihias selalu agar tak jemu,
Bila rindu datang bertamu,
Adakah perlu kita bertemu?
Hmuhahaha,.Amekaw!,.ni pantun terdesak :D


Pantun Teka-Teki Lucu

Belalai melentik perutnya gendut,
Gajah gila panjat kelapa,
Kalau itik menari dangdut,
Ayam pula tariannya apa?

p/s: Sapa tak pernah tengok gajah gila panjat kelapa? Angkat tangan!! :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.