PUISIKU BICARA HATIKU
Impian Ini
Semalam aku menadah impian,..
Untuk mencari sebuah ketenangan,..
Dalam kebahagiaan dan semangat yang berkobar,..
Penuh pengharapan dan kesungguhan,..
Hari ini,..segalanya menjadi muram,..
Harapan dan impian pun suram,..
Yang ada hanyalah imaginasi,..
Kabur dan kelam,..
Aku tak pasti,..
Adakah segalanya akan tercapai?
Indahnya Mimpi
Semalam telah berlalu,..
Mimpi semalam telah lama ku inginkan,..
Mendengar kalimah cinta darinya,..
Dan semalam ku temuinya dalam sebuah nota,.
Nota kecil yang aku jumpa,..
‘Aku mencintaimu jua’,..
Dan ku tahu mimpi iti tidak benar,..
Mungkin sebaliknya ‘ku benci kamu’,..
Indahnya mimpi,..
Mimpi yang berkurun lama ku inginkan,..
Ungkapan kata cinta darinya,..
Tapi,..kenapa baru semalam ku temui,..
Ianya sudah tidak bermakna lagi,..
Kerana kau bukan milikku lagi,..
Mimpi semalam membawa resah dalam diam,..
Benarkah segalanya?,..
Atau ianya hanyalah dusta semata,..
Sekadar mainan tidur yang tak bereti apa-apa,..
Indahnya mimpi itu,..
Kalau dulu mungkin ku sambut bahagia,..
Tapi kini hanya resah yang aku punya,..
Resah mengulit rasa,..
Membelengu diri dan jiwa,..
Langsung tidak bermakna,..
Walau ia hanya mimpi semata,..
Indahnya mimpi,..
Tak ingin ku ingati lagi,..
Ku hanya lakarkan di sini,..
Agar jadi kenangan dan terus pergi,..
Di telan masa arus dunia,..
Pergilah mimpi!
Kerana mimpi itu langsung tak bererti lagi,..
Kerana aku telah di miliki,..
Hatiku bukan milikmu lagi,..
Biarpun cinta itu pernah ku beri,..
Tapi sudah lama ku ambil kembali,..
Biarlah ianya terus jadi memori.
Mimpi bersamamu,..
Indahnya Pagi
Sang suria memancar indah,
Menerangi alam ini,
Indahnya pagi seindah hari,
Moga keindahan terus berkekalan,
Pagi yang sangat indah,
Memberi senyuman bahagia,
Bahagia mengecapi hari ini,
Kerana esok belum pasti,
Mungkin hujan yang bakal melanda,
Hari- hari yang di lalui,
Moga indah setiap hari,
Bagai ukiran lukisan,
Indah dan mempesonakan,
Di lorek sendiri mengikut imaginasi,
Apa yang kita inginkan.
Rajuk
Di kedinginan malam,.
Ku lepaskan lelah dalam diam,.
Melawan perasaan rajuk yg dalam,.
Pada dia yg langsung tak mengerti,.
Akan hati dan perasaan ini,.
Rajukku,..
Sedalam dasarnya lautan,.
Lalu aku lemas dan karam sendiri,.
Mengocak naluri,.
Terdampar di pantai hati yg sepi,..
Entah kenapa,.
Rajuk ini tiada noktahnya,.
Di kuasai egois yg mengila,.
Harus sampai bila??
Hanya Allah yg tahu,.
Apa yg tersurat di hati ini,.
Namun rajuk ini apa kesudahannya,..
<MHR>
Ku pujuk diri sendiri,..
KENANGAN SEMALAM
Tika sendirian..
Kenangan bersamamu terus mengetuk pintu hati..
Terbayang renungan matamu..
Bergetar rasa dada..
Terus menyentuh jiwa..
Bibir ingin bersuara..
Namun lidah kelu dan membeku...
Sayang..
Indahnya perasaan itu..
Bagai berada di taman bunga,..
Yang di hiasi aneka warna...
Aku di belai seribu rasa,
Rasa cinta yang masih terasa..
Tika itu..
Kau dan aku saling berkasih..
Bahagia berdua memendam rasa..
Kerana di hati hadirnya cinta,.
Siang dan malam merindu saja,.
Terbayang wajah di mana-mana..
Namun kini tiada lagi...
Kau telah pergi dari sisi,
Membawa haluan sendiri,..
Mencari bahagia yg di cipta..
Hanya Kenangan Semalam jadi sejarah..
Biar terus abadi di hati ini..
Takkan mungkin dapat di lupa..
Kerana kau pernah ku cinta..
<Kau tetap dihati><cinta dalam diam><dan masih begitu>
Hasil Karya
SZAZA ZAIMAN
Kacau Bilau,..
Masalah datang lagi,.
Menganggu hari-hariku,.
Menganggu ketenanganku,.
Menganggu pekerjaanku,.
Menganggu impianku,..
Menganggu angan-anganku,.
Kacau bilah sudah,.
Segalanya tak menjadi,.
Segalanya tertunda lagi,..
Namun aku takkan putus asa,.
Ku kan terus bangun dan melangkah,.
Melawan arus rintangannya.
Sekadar Persinggahan
Merenung kembali detik semalam,.
Aku bahagia di sini,.
Beramah mesra bersama teman-teman,.
Bergurau senda dan bergelak sakan,.
Tapi hari ini,.
Muka buku ini sekadar persinggahan,.
Sekadar mengungkapkan rindu,.
Sekadar bertanya khabar,.
Sekadar meluah sayang,.
Sekadar meluah rasa,.
Sekadar berkongsi cerita,..
Muka buku menjadi saksi,.
Terjalinnya kasih dan sayang,.
Biarpun di alam maya,.
Kita mampu bercerita,.
Kita mampu mengundang airmata,.
Kita mampu mengukir senyum tawa,.
Tapi bila sekali hati terluka,.
Pedihnya tetap terasa,.
Sukar sekali untkku lupa,.
Kini hanya sekadar persinggahan,..
Persinggahan yg sementara,.
Sebelum ku buka langkah yg seterusnya,.
Meneroka lagi alam ceritera,.
Yang membahagiakan dan mengundang tawa,.
Memberi aku perbagai reaksi,.
Memberi aku perbagai pengajaran,.
Memberi aku seribu keinsafan,.
Memberi aku pelbagai pengalaman,.
Disini kini sekadar persinggahan,.
Entah bila bakal berakhir rajuk ini,.
Biarlah ku bawa hati ini,.
Terus meneroka di alam sana,.
Mencari erti kehidupan ini,.
Banyak ceritera yg aku jumpa,.
Akan mengajar aku erti dewasa sebenarnya,.
Mungkin bakal menyembuhkan luka di dada,.
Dan pastikan bahagia milik aku selamanya,..
Izinkan aku permisi untk sementara,.
Kerana di sini hanya sekadar persinggahan,.
Dan aku pasti akan kembali lg,.
<MHR>
SEPI DAN TERASING
Sepi meragut hariku,..
Terasing di rumah sendiri,..
Meronta –ronta jiwa ini,..
Sedih,pedih dan terhiris,..
Entah bagaimana harus kulalui lagi,
Sepi yang mencengkam hati begitu payah kuhadapi,.
Sengsara ini ku tanggung sendiri,..
Tiada yang sudi mengerti dan memahami,..
Bukannya aku sengaja mereka-reka,..
Bukannya aku sengaja nak mengada-ngada,..
Aku hanyalah insan yang tak berdaya,..
Mencari kasih yang telah pudar,..
Mencari sayang yang kian sepi,..
Mencari sinar bahagia yang kian hilang,..
Aku tak pasti apa lagi yang harus ku hadapi,..
Di masa hadapan yang masih jauh,..
Moga bahgia terus menanti,..
Hari esok dan seterusnya.
HASIL NUKILAN:SZAZA KSGY,..20.11.2011
SEPI DALAM KERIUHAN
Riuh rendah derai tawa di luar rumah,
Berderam kereta yang lalu lalang,..
Bisingnya bunyi anak-anak muda di jalanan,..
Motor di pandu laju bagaikan johan,.
Tapi aku yang sendirian,..
Sendiri menahan perasaan,..
Sunyi dalam kebisingan,..
Tiada teman dan penuh kebosanan,
Aduhai hati kalau ini selalu terjadi,..
Bisa aku mati dan pasti,..
Aku akan terus sepi dan sendiri
Tabahlah hati kerna aku yakin dan pasti,..
Ada hikmah atas semua ini,..
Hidup ini adalah reality,..
Dan sepi itu adalah seni,..
Seni mencorak diri,..
Seni mencari diri,..
Hadapilah semua ini,..
Impian Ini
Semalam aku menadah impian,..
Untuk mencari sebuah ketenangan,..
Dalam kebahagiaan dan semangat yang berkobar,..
Penuh pengharapan dan kesungguhan,..
Hari ini,..segalanya menjadi muram,..
Harapan dan impian pun suram,..
Yang ada hanyalah imaginasi,..
Kabur dan kelam,..
Aku tak pasti,..
Adakah segalanya akan tercapai?
DAMBAAN KASIH
Kudambakan kasihmu sayang,
Dalam dunia yang pasti,
Bukan igauan bukannya ilusi,
Hadirmu sayang memberi seribu erti,
Aku tak ingin sendiri,
Melayari kehidupan ini,
Dirimu yang ku damba setiap hari,
Sayang,..
Bahagiaku kerana dirimu,
Deritaku bukan mahumu,
Cintaku padamu satu,
Dambaan kasihku hanya untukmu.
CORETANKU BUATMU SAYANGKU
SZAZA KSGY..26.11.2011….2.41PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.