Selasa, 26 Februari 2013

LUAHAN HATIKU BUATMU ANAK




Anakku sudah 4 tahun usiamu,

Anakku,
Hadirmu sebagai penyeri,
Senyum tangismu menghibur hati,
Sakitmu keresahan kami,
Laramu,..gundahnya hati kami,


Anakku,..
Kau pengubat dikala sunyi,
Kepetahanmu membuatkan dirimu semakin disayangi,
Bicaramu mengundang sensasi,
Lunaknya suaramu aku kagumi,
Kerana dirimu penawar hati,


Anakku,..
Kaulah insan Allah anugerahi,

Pada kami hamba terpilih.




Cintaku Padamu Seharum Lavenderr

Sayang,..percayalah padaku,
Cinta dan sayangku hanya buatmu,
Kasihku padamu tak pernah pudar,
Dirimu bagiku umpama lavenderr,
Memberikan aku ketenangan dan kebahagiaan,

Sayang,..
Dirimu begitu penting dan berharga,
Tanpa dirimu aku kesunyian,
Jiwaku kosong dan tak bermakna,

Sayang,..
Cintaku padamu seharum lavender kegemaranku,
Cantik,menarik dan mewangi,
Tapi,..maafkan aku sayang,
Aku tahu aku hanya insan biasa,
Mungkin aku tak mampu bahagiakan dirimu sebagaimana yang kau inginkan,
Tapi aku berjanji akan buat yang terbaik



***********************************************************************



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang..
Buatmu sahabat,
Allah bukan sengaja menguji setiap hambanya tapi Allah menguji kita kerana Allah begitu menyanyangi kita.Setiap manusia ada bahagiaannya dan UJIAN yg di turunkan tak sama.kau tahu apa aku lalui dan aku juga tahu apa yg kau lalui.Memang sukar untk menerima hakikat  tp kita kena REDHA dgn ketentuan ILAHI.Aku akui betapa sukarnya untk menerima segala cobaan kerana aku juga sepertimu.Mungkin bezanya ialah aku mengenali kedua ibubapa aku..disini aku ada satu ceta..
Seorang lelaki buta yg merasakan cukup bahagia hidupnya kerana di kurniakan sorg isteri yg baik,anak yg soleh dan shbt yg setia.Si buta ingin jadi normal dan ingin melihat kebhagiaannya.Dia berusaha berubat hingga matanya pulih tp apa yg dia lihat begitu melukakan hatinya.Si isteri yg di sangka tulus menyanyanginya sedang bermesraan dgn shbt baik yg di sangka setia.Anak yg disangka soleh di lihat sdg mencuri duit di dlm peti besinya.Hatinya luluh menyaksikan sgalanya dan si buta berfikir semula alangkah baiknya kalau aku buta dan tak melihat semua itu..Tengoklah , Allah tahu apa yg terbaik untk kita.Jgn di keluh kesahkan dgn keadaan diri.Ramai org di luar sana yg tak kenal ibubapa sama seperti kau dan mereka juga tak mahu di lahirkan seperti itu...Maaf !! aku tahu aku bukan sesiapa untk kau dan aku tak layak menasihati kau tp kau pernah kata aku ni kan BFF kau jadi tak salahlan aku berkongsi apa yg aku tahu so SENYUMLAH !!!..tak mou sedey2..Peace!!!:-D


Buat seorang, yang sudah bertahta di hati ini sebagai seorang sahabat


                                            SZAZA ZAIMAN






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.