Ahad, 31 Mei 2020

Cara-cara buat Beepang dan Coklat Bar Buble Rice

Ku Pendam Sebuah Duka


Tak dapat digambarkan,
Rasa luka di hati ini,
Sudah lama ku pendamkan,
Ingin ku luahkan semuanya,
Namun..
Aku tak berdaya,
Untuk siapa?
Pada siapa?
Aku tak tahu!

Luka ini terlalu dalam,
Nak terus disimpan,
Ianya semakin parah,
Nak ku rawat,
Aku tidak mampu..
Semakin dirawat semakin parah,

Ku pendam sebuah duka,
Untuk diriku sendiri,
Semakin lama semakin pedih,
Tersiat semakin dalam,
Hingga ku tak mampu..
Untuk merawatnya lagi..

Duka ini..
Nampak cantik di luar,
Nampak indah,
Namun..
Parahnya semakin teruk,
Parahnya semakin buruk,
Di dalamnya..
Sudah tiada lagi jiwa..
Tiada lagi jiwa!
Kosong!
Seperti dirobek keluar..
Lama dulu..

Duka yang ku pendam ini,
Tak pernah nampak,
Di mata manusia,
Tak pernah kelihatan..
Pada mereka yang selalu berkata dusta,
Tak pernah terpamer,
Pada mereka yang tajam lidahnya,
Takkan pernah!
Sampai bila-bila...

Duka ini..
Semakin busuk di dalam..
Nak ku rawat..
Aku tak berdaya..
Di mana harus ku cari penawarnya?
Di situ?
Di sana?
Adakah?

Ya Allah..
Hanya Engkau penyembuhnya..
Aku terus kuat keranaMu Ya Allah,
Nak ku rampas nyawa ini..
Tapi..aku tahu..
Engkau tak benarkan..
Itu semua dosa,
Kadang-kadang aku buntu..
Untuk teruskan kehidupan ini,
Namun, Kau terus beri aku cahaya,

Ku pendam sebuah duka..
Dalam mencari sinar bahagia,
Aku tidak sendiri sebenarnya..
Kerana aku sentiasa ada DIA..
Allah Yang Maha Berkuasa!
Tanpa DIA..
Aku sudah lama jatuh tersungkur..
Menjunam ke tanah..

Nukilan rasa seorang insan yang terluka.

~Szaza Zaiman~

3.51pm
Khamis, 28.5.2020



Ada Allah Untuk Kita!


Aku terus memujuk diri,
Lihatlah alam yang luas terbentang,
Lihatlah panorama indah di sekelilingmu,
Lihatlah semua ciptaan Allah..
Dia sentiasa ada untukmu..
Kesatlah air matamu,
Hentikan tangisan ini,
Untuk siapa kau terus menangis?
Hanya menambahkan luka di dadamu.

Cukuplah!
Lupakan semuanya..
Hidup ini sudah tidak lama..
Teruskan tersenyum..
Teruskan rasa bahagia..
Ingat Allah..
Kita hidup untukNya..
Dunia hanya sementara..
Kita akan terus diuji,

Allah ada untuk kita!
Lupakan semua rasa..
Yang kau tanggung dalam jiwa..
Hentikan semuanya!

Allah ada untuk kita!
Dia sedang melihat dalam diam!
Dia sedang merancang sesuatu!
Sesuatu yang lebih bermakna..
Untuk kita semua!
Teruskan bersabar!
Teruskan tabah!
Teruskan kuat!
Melawan setiap dugaan..
Melawan setiap godaan..
Jangan pernah kalah!
Teruskan bangkit!!
Teruskan berjuang!
Selagi hidup belum berakhir..

Nukilan rasa seorang hamba

~Szaza Zaiman~

4.06pm
Khamis, 28.5.2020



Allah Maha Berkuasa


Allah..Engkau tahu segalanya!
Kisah hidupku ini,
Dan Engkau terus menguji,
Hingga hari ini..

Allah..
Kadang-kadang aku letih dengan ujian,
Tapi, kau larang aku untuk menyerah,
Kau hantar hambaMu..
Untuk membantu diriku..

Allah..
Kau Maha Penyembuh..
Sembuhkan penyakitku..
Tenangkan jiwa..
Sihatkan mindaku..

Allah..
Kadang-kadang aku buntu,
Tidak tahu apa yang berlaku,
Aku buntu..
Untuk mencari jalan keluar,
Aku buntu..
Untuk meneruskan perjalanan..
Namun, Kau tunjukkan arah..
Kau hantar seorang teman,
Dalam diamnya dia sedang memerhati,
Dalam diamnya dia..
Tolong mengubati..
Tolong menegur..
Tolong menasihati

Allah..
Kadang-kadang aku hilang pedoman,
Aku hilang kesedaran,
Aku hilang kawalan..
Tapi, Engkau tetap beri aku peluang..
Untuk terus bangkit,
Melawan gelombang kehidupan ini..

Allah..
Kadang-kadang aku kalah!
Aku jatuh tersungkur,
Aku lalai..
Aku leka..
Aku lemah..
Namun, kau kuatkan jiwaku..
Kau terus perhatikan aku..
Kau beri aku pedoman..
Bangunlah hambaku!

Allah..
Aku tak layak untuk masuk SyurgaMu..
Namun aku sudah letih terseksa..
Di atas dunia ini..
Ingin aku bahagia seketika,
Tetap tidak mampu..
Melawan kuasaMu..
Aku kalah jua..

Allah..
Jauhkan aku dari NerakaMu..
Cukuplah seksaan dunia ini..
Aku tak ingin terseksa lagi!
Berikan aku Iman dan Taqwa..
Agar Syurga menjadi kediamanku..
Di Akhirat sana..
Dunia abadi!

Nukilan seorang hambaNya..

~Szaza Zaiman~

10.33am
Jumaat 29.5.2020





Bila Jiwa Terdera


Siksa dan merana,
Sedih dan terluka,
Resah yang kian parah,
Sakit yang tak pernah surut,
Merintih tanpa henti,
Perit tak terkata..

Oh jiwa..yang parah terluka,
Mengapa harus ada sengketa?
Mengapa harus ada derita?
Mengapa harus rasa sakit?
Sampai bila untuk terus begini?
Memendam rasa..
Berperang dengan perasaan..
Berperang dengan jiwa sendiri..
Sakit sungguh memendam rasa,
Bagai tersiat mata pisau yang karat,
Terus membengkak dan bernanah,
Terkena jangkitan dan terus merebak,
Hingga ke dasar hati..
Sakit tak terperi,
Tiada antibiotik untuk diubati,
Selain kata MAAF..

Oh jiwa..katamu sudah memaafkan,
Tapi kau tak pernah melupakan..
Kau ingat kembali..
Dan terus sendiri..
Menyepi dan menanggung rasa..
Tolonglah jiwa..
Aku juga ingin bahagia..
Hadapi sisa-sisa hidup ini..
Maafkan semua orang!
Yang telah melukai mu.
Tiada siapa yang akan MENGERTI,
Rasa duka yang kau curahkan.
Tiada!
Takkan ada!
Mereka hanya tahu tuding jari!
Akulah pesalah itu!
Bukan mereka!
Tidak! Tolonglah jiwa!
Hentikan sengketa dengan dirimu sendiri.
Kau ada Allah!
Yang memahami segalanya..
Segala duka yang kau tanggung.
Segala derita yang kau rasa,
Manusia tak pernah tahu apa-apa..
Mereka hanya tahu apa yang mereka rasa,
Mereka takkan faham apa yang kau tanggung..
Tidak!
Bukan itu yang mereka fikir,

Oh jiwa..
Tolonglah mengerti,
Hidup ini hanya sementara,
Ruginya menghabiskan hari tuamu,
Dengan air mata tanpa henti,
Senyumlah walaupun sekadar pura-pura..
Tunjukkan pada mereka..
Kau juga mampu untuk bahagia,
Kau kuat..
Untuk mengharung gelombang..
Jiwa yang terdera..
Cukuplah derita yang kau rasa!
Bangkitlah dan terus tersenyum,
Usah gundah dan gusar,
Hidup ini dah tak lama,
Entah esok atau lusa,
Kau akan pergi...
Meninggalkan dunia yang fana ini..
Kau akan pergi..
Meninggalkan semua orang..
Yang pernah menyakitimu..
Percayalah!
Allah ada untukmu!

Nukilan rasa : Jiwa yang terdera

~Szaza Zaiman~