Ahad, 31 Mei 2020

Allah Maha Berkuasa


Allah..Engkau tahu segalanya!
Kisah hidupku ini,
Dan Engkau terus menguji,
Hingga hari ini..

Allah..
Kadang-kadang aku letih dengan ujian,
Tapi, kau larang aku untuk menyerah,
Kau hantar hambaMu..
Untuk membantu diriku..

Allah..
Kau Maha Penyembuh..
Sembuhkan penyakitku..
Tenangkan jiwa..
Sihatkan mindaku..

Allah..
Kadang-kadang aku buntu,
Tidak tahu apa yang berlaku,
Aku buntu..
Untuk mencari jalan keluar,
Aku buntu..
Untuk meneruskan perjalanan..
Namun, Kau tunjukkan arah..
Kau hantar seorang teman,
Dalam diamnya dia sedang memerhati,
Dalam diamnya dia..
Tolong mengubati..
Tolong menegur..
Tolong menasihati

Allah..
Kadang-kadang aku hilang pedoman,
Aku hilang kesedaran,
Aku hilang kawalan..
Tapi, Engkau tetap beri aku peluang..
Untuk terus bangkit,
Melawan gelombang kehidupan ini..

Allah..
Kadang-kadang aku kalah!
Aku jatuh tersungkur,
Aku lalai..
Aku leka..
Aku lemah..
Namun, kau kuatkan jiwaku..
Kau terus perhatikan aku..
Kau beri aku pedoman..
Bangunlah hambaku!

Allah..
Aku tak layak untuk masuk SyurgaMu..
Namun aku sudah letih terseksa..
Di atas dunia ini..
Ingin aku bahagia seketika,
Tetap tidak mampu..
Melawan kuasaMu..
Aku kalah jua..

Allah..
Jauhkan aku dari NerakaMu..
Cukuplah seksaan dunia ini..
Aku tak ingin terseksa lagi!
Berikan aku Iman dan Taqwa..
Agar Syurga menjadi kediamanku..
Di Akhirat sana..
Dunia abadi!

Nukilan seorang hambaNya..

~Szaza Zaiman~

10.33am
Jumaat 29.5.2020





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.