Ahad, 31 Mei 2020

Ada Allah Untuk Kita!


Aku terus memujuk diri,
Lihatlah alam yang luas terbentang,
Lihatlah panorama indah di sekelilingmu,
Lihatlah semua ciptaan Allah..
Dia sentiasa ada untukmu..
Kesatlah air matamu,
Hentikan tangisan ini,
Untuk siapa kau terus menangis?
Hanya menambahkan luka di dadamu.

Cukuplah!
Lupakan semuanya..
Hidup ini sudah tidak lama..
Teruskan tersenyum..
Teruskan rasa bahagia..
Ingat Allah..
Kita hidup untukNya..
Dunia hanya sementara..
Kita akan terus diuji,

Allah ada untuk kita!
Lupakan semua rasa..
Yang kau tanggung dalam jiwa..
Hentikan semuanya!

Allah ada untuk kita!
Dia sedang melihat dalam diam!
Dia sedang merancang sesuatu!
Sesuatu yang lebih bermakna..
Untuk kita semua!
Teruskan bersabar!
Teruskan tabah!
Teruskan kuat!
Melawan setiap dugaan..
Melawan setiap godaan..
Jangan pernah kalah!
Teruskan bangkit!!
Teruskan berjuang!
Selagi hidup belum berakhir..

Nukilan rasa seorang hamba

~Szaza Zaiman~

4.06pm
Khamis, 28.5.2020



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.