Ahad, 31 Mei 2020

Ku Pendam Sebuah Duka


Tak dapat digambarkan,
Rasa luka di hati ini,
Sudah lama ku pendamkan,
Ingin ku luahkan semuanya,
Namun..
Aku tak berdaya,
Untuk siapa?
Pada siapa?
Aku tak tahu!

Luka ini terlalu dalam,
Nak terus disimpan,
Ianya semakin parah,
Nak ku rawat,
Aku tidak mampu..
Semakin dirawat semakin parah,

Ku pendam sebuah duka,
Untuk diriku sendiri,
Semakin lama semakin pedih,
Tersiat semakin dalam,
Hingga ku tak mampu..
Untuk merawatnya lagi..

Duka ini..
Nampak cantik di luar,
Nampak indah,
Namun..
Parahnya semakin teruk,
Parahnya semakin buruk,
Di dalamnya..
Sudah tiada lagi jiwa..
Tiada lagi jiwa!
Kosong!
Seperti dirobek keluar..
Lama dulu..

Duka yang ku pendam ini,
Tak pernah nampak,
Di mata manusia,
Tak pernah kelihatan..
Pada mereka yang selalu berkata dusta,
Tak pernah terpamer,
Pada mereka yang tajam lidahnya,
Takkan pernah!
Sampai bila-bila...

Duka ini..
Semakin busuk di dalam..
Nak ku rawat..
Aku tak berdaya..
Di mana harus ku cari penawarnya?
Di situ?
Di sana?
Adakah?

Ya Allah..
Hanya Engkau penyembuhnya..
Aku terus kuat keranaMu Ya Allah,
Nak ku rampas nyawa ini..
Tapi..aku tahu..
Engkau tak benarkan..
Itu semua dosa,
Kadang-kadang aku buntu..
Untuk teruskan kehidupan ini,
Namun, Kau terus beri aku cahaya,

Ku pendam sebuah duka..
Dalam mencari sinar bahagia,
Aku tidak sendiri sebenarnya..
Kerana aku sentiasa ada DIA..
Allah Yang Maha Berkuasa!
Tanpa DIA..
Aku sudah lama jatuh tersungkur..
Menjunam ke tanah..

Nukilan rasa seorang insan yang terluka.

~Szaza Zaiman~

3.51pm
Khamis, 28.5.2020



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.