Isnin, 24 Mac 2014

Hilangnya Masih Menjadi MISTERI!

http://duniacacamarba.blogspot.com/2014/03/takziah-penerbangan-mh370-berakhir-dan.html


Terlalu pantas masa berlalu,.
Hari terus silih berganti,
Hilangnya masih belum ditemui,
Masih tetap menjadi misteri,
Ramai yang simpati,
Tak kurang juga yang mereka cerita sensasi,
Termasuk seorang artis ini ,.
Nak bergurau tak fikir lagi,
Bila dah kena caci maki,
Baru tau langit rendah atau tinggi,

Kehilangannya masih menjadi misteri,.
Kesiannya kepada keluarga yang terus menanti,
kepada isteri yang merindui suami,.
Kepada anak-anak yang merindui ummi,
Kepada suami yang mendambakan isteri di sisi,
Kepada ibu yang sentiasa menangisi,

Semua pakar sedang berikthiar,
Pelbagai alatan canggih digunakan,
Di seluruh dunia satelit dimanfaatkan,.
Ada objeb ditemui,.
Bergegas segera tanpa mengira di mana,.
Adakalanya yang ditemui adalah kehampaan,
Tak pernah putus asa,.
Berusaha dan terus berusaha,.

Hari ini 16 hari sudah berlalu,.
Media seakan sunyi seketika,.
Dalam tv sibuk pula dengan pilihanraya,.
Bermacam ceramah yang kita jumpa,.
Semuanya nak menang saja,.
Sebagai rakyat apa yang mampu dikata,.
Inilah lumrahnya manusia,.
Hanya prihatin seketika saja,.

Seluruh dunia tolong berdoa,.
Di internet pelbagai versi doa yang telah ku jumpa,.
Semuanya kreatif belaka,.
Harapan itu masih ada,.
Semoga semuanya baik-baik saja,.
Moga MH 370 pulang segera,.
Menemui kita yang serabut dengan tanda tanya,.
Moga terjawab segala persoalan mengenainya!


Takziah pada kaum keluarga andai berita terbaru yang dilaporkan ini benar. Ia disahkan terhempas di selatan lautan Hindi,.Al- Fatihah untuk yang beragama Islam. Aku menanti berita seterusnya dalam rasa debar seperti orang lain juga, moga berakhirlah segala cerita rekaan manusia yang tak punya rasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.