Sudah masuk minggu ke dua,
Ramai orang tertanya-tanya,
Ke mana menghilangnya ia?
Pelbagai spekulasi semakin berkuasa,
Tanpa mengenal belas,.
Terus meneka tanpa jelas,
Mungkinkah mereka menyangka,.
Mereka bijak meneka,.
Lalu terus meramal punca sengketa,
MH 370
Pulanglah segera!
Tunjukkanlah bukti!
Segala yang diramal mereka salah belaka,
Mereka hanya manusia biasa!
Tiada kuasa menentukannya,
Hanya bijak menabur kata,.
Menuding jari semata-mata,.
Mencari salah orang saja!
MH 370
Misteri kehilanganmu masih menjadi tanda tanya,.
Seluruh dunia sedang bekerjasama,.
Adakalanya naluri ini berkata,.
Bila penyiasat luar dipanggil untuk turut serta,.
Mencari MH 370 yang hilang entah ke mana,.
Habislah rahsia Negara terbongkar semua..
Dalam masa yang sama,.
Minda nakal turut berbisik,.
Mudahan dugaanku salah belaka,.
Moga Allah pelihara negara tercinta,.
Agar aman sentiasa,.
Takkan ada sebarang sengketa,.
Agar yang menolong jujur hendaknya,.
MH 370
Kepada Allah kami bermohon,.
Agar ia segera ditemukan,.
Agar terungkap segala jawapan,.
Moga tersingkap segala rahsia,.
Agar terdiam semua cerita,.
Agar selamat semua penumpang!
Agar bersih nama kru-krunya,.
Agar dunia terus terdiam!
Agar yang bercerita menyerah kalah,.
Moga Malaysia terus gah!
Bukan kerana spekulasi,.
Bukan kerana berita-berita basi,.
Bukan juga berita sensasi!
Mudahan kerana segalanya yang sudah terbukti!
MH 370 pulang ke sisi,.
Tanpa cacat cela dan mati,.
Moga senyuman terukir lagi,.
Di bibir keluarga yang setia menanti,
Hasil Nukilan: Insan prihatin :)
Peduli apa orang nak kata,.inilah luahan rasa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.