Ahad, 30 Mac 2014
UJIAN MH 370 Untuk SEMUA!
Masa berlalu tak terasa,
Minggu ini minggu ke tiga,
Para penyelamat masih terus bekerja,
Takkan kenal erti putus asa,
MH 370 entah di mana?
Inilah UJIAN dari Yang Maha Esa,
UJIAN untuk kita SEMUA!
UJIAN buat seluruh DUNIA,
Buktinya ramai yang bekerjasama,
Bekerja sepanjang masa,
Meredah lautan dan udara,
Mencari MH 370 di mana ia berada,
Masih terus menjadi tanda tanya,
Adakah di selatan,timur,barat atau utara?
Para saintis pula membuat kajian sepanjang masa,
Agar MH 370 ditemui segera,
UJIAN MH 370 untuk SEMUA!
Menteri-menteri pun sibuk juga,
Setiap hari ditanya soalan berjuta,
Wartawan-wartawan dari seluruh negara,
Turut sibuk mencari berita,
Ke hulu ke hilir tak kira masa,
Ada info terkini bergegas segera,
Tanpa mengira keselamatan mereka,
Jauhnya membuat liputan hingga ke Australia,
Walau pun MH 370 hilang entah di mana,
Tidak pula mereka trauma,
Menaiki kapal terbang untuk terbang di udara,
Inilah pengorbanan wartawan seluruh dunia,
Mencari berita untuk tatapan bersama,
Kita rakyat jelata asyik nak kutuk saja,
Ingat senang ke nak buat kerja?
UJIAN MH 370 untuk SEMUA!
Buat waris penumpang yang ada di dalamnya,
Ujian ini lagi besar buat mereka,
Menguji perasaan dan jiwa,
Yang hilang itu saudara mereka,
Saudara yang paling dicinta,
Dirindu dan dipuja,
Yang selalu terbayang di mata,
Mereka lagi terasa azabnya,
Pelbagai persoalan mungkin bermain di minda,
Mati atau hidupkah mereka?
Kalau mati di mana kuburnya?
Kalau hidup sihatkah mereka?
Bukan sekadar menyesakkan minda,
Jiwa juga turut terdera,
Bukan senang untuk terima berita,
Orang tersayang entah apa khabarnya?
UJIAN MH 370 Untuk SEMUA!
Untuk kita yang tak ada kena mengena,
Ambillah ikhtibar dari segalanya,
Mungkin ada HIKMAH yang tak pernah kita duga,
Perhatikan saja mereka yang bekerja dengan minda,
Berfikirlah yang logik sebelum bersuara,
Apa kes asyik nak tuding jari saja?
Terimalah kenyataan UJIAN ini dari Yang Maha Esa,
Datangnya tak pernah kita minta,
Datangnya dengan izin DIA,
Izin dari Allah yang Maha Kuasa!
Tanpa izin-Nya pasti MH 370 masih ada,
Takkan pernah buat kita tertanya-tanya,
Takkan mengemparkan seluruh DUNIA!
UJIAN MH 370 untuk SEMUA yang menyayangi,
Kehilangannya menjadikan Malaysia dikenali,
Kehilangan yang masih menjadi MISTERI,
Bila agaknya akan ditemui?
Bersamalah kita berdoa kepada Ilahi,
Hilangnya bersama HIKMAH tersembunyi,
Hari ini kita tak nampak lagi,
Kerana kita tak melihat dengan mata hati,
Lebih-lebih lagi yang hobinya menuding jari,
Hingga terlupa melihat kain sendiri,
Semua manusia takkan pernah sempurna sejak azali,
Jangan berbangga dengan apa yang kita miliki!
Bila tiba musibah begini,
Sepatutnya kita mengunakan mata hati,
Muhasabahkan diri sendiri,
Kenapa Malaysia diuji?
Bukannya tahu nak menuding jari,
Menyalahkan orang itu dan ini,
Terimalah ketentuan ILAHI!
Inilah UJIAN untuk kita kerana Allah lebih MENGETAHUI!
Kiriman : Rakyat Malaysia
Khas untuk Bingkisan Syahdu!!!
Bersama Dj Sya yang bersuara merdu,
Yang selalu buat pemuda-pemuda merindu,
Mendergar suaranya yang bagai buluh perindu,
Kalau tak dengar boleh nangis tersedu,
Bila dengar teringat selalu,
Terus terakam di sudut kalbu,.. :D
P/s: Szaza Zaiman dan KedahFm takkan dapat dipisahkan!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.