Jumaat, 7 Mac 2014

Puisi-puisi yang telah dipost ke FB baru2 ini,.

Realiti Kehidupan

Mendonggak ke langit biru,
Mencari damai di hati,
Berbisik kalimah suci,
Ya Allah Ya Rabbi,.
Bantulah kami dgn Hidayah-MU,
Dalam mengejar kehidupan ini,
Agar seimbang segalanya,.
Dalam ilmu dunia dan Akhiratnya,.

Menunduk memandang rumput di bumi,
Bertafakur seketika,.
Siapalah kita,
Hanya seorang insan hina,
Kejadian kita dari mana?
Berfikirlah seketika!
Kita ibarat rumput di tanah,
Langsung tiada harga,
Andai kita tak menjaga,.
Maruah dan prilaku kita,
Manis di bibir,
Di hati lain bicaranya,
Inilah realiti kehidupan dunia,
Bukan semua org boleh dipercaya,

Memandang ke tengah lautan,
Betapa luasnya kelihatan,
Tersedar dalam ingatan,
Betapa manusia ini bnyk ragamnya,
Tersembunyi niat di hatinya,
Pelbagai cobaan dunia,
Dalam dunia nyata,.
Kita harus waspada,
Minda setiapnya takkan dapat dibaca,
Bnyk yg tersirat di dalamnya.

Wanita,.
Kau penyeri dunia,
Tanpamu hidup tak bermakna,
Bermula dari zaman Adam dan Hawa,.
Kaulah permata dunia!

Wanita,.
Kau tabah hadapi apa saja,.
Kau kuat merentasi arus dunia,
Kau tak gentar meredah gelombang,
Kau lemah!
Namun tak pernah berputus asa,
Kau bangkit kembali bila jatuh,
Kau redah segala badai,
Tanpa penat dan jemu,
Wanita,
Banyak ragam banyak sifatnya,
Petah berbicara ramah sentiasa,
Ada yang membisu seribu bahasa,
Ada yang tunduk mengalah saja,
Ada yang bangkit menentang bahaya,
Ada yang membela anak bangsa,
Kaulah wanita!
Yang punya pelbagai sifatnya,

Wanita,
Kaulah srikandi dunia!
Ibu bagi semua kelahiran di dunia,
Tanpamu!
Hidup pasti takkan bermakna!
Jagalah perilaku,akhlak dan sebagainya,
Biar tetap dipandang mulia,
Dihormati seluruh dunia,

Wanita,
KAULAH PERMATA BERHARGA!


Bila Minda Berbicara 

Minda hanya mampu berbicara sendiri,.
Malam ini masih muda,
Aku perlu meluah kata,.
Apa saja yang tercerna,
Cubaku menghadamnya,.

Bila minda cuba berbicara,
Hati turut mencelah sama,.
Perlukah minda mengatakan segalanya?
Minda terus kelu tak bersuara,
Memikir seketika!
Saat ini aku hanya perlu positif!
Tenang dalam meredah gelora,
Diam dalam kalutnya jiwa,.

Bila minda cuba berbicara,
Bicara apa saja,.
Tak semudah yg disangka,.
Banyak juga penghalangnya!
Akhirnya minda hanya mampu berkata,
Biarlah segalanya berlalu begitu saja,.
Moga hari yg mendatang tetap ceria,.

Bila minda ingin berbicara,
Hati dan jiwa sama2 sudah bersedia,.
Menghalang juga adakalany,.
Agar,.jgn terluah semuanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.