Sabtu, 20 Februari 2016

Puisi Dalam Novel Aku Dan Bos


Rindu Tiada Penghujung


Rindu,
Hadirnya mengimbau kenangan,
Menanam resah dan gundah,
Mencarik jiwa nan parah,
Lalu, hati turut tergadai,
Dan tersadai di lembah duka,

Rindu,

Membuat jiwa turut merana,
Terbayang wajah si dia,
Bergelut sejuta rasa,
Untuk dia yang tercinta,

Rindu,
Mengamit memori indah,
Antara aku dan dia,
Terlakar sebuah kisah,
Kisah suka dan duka,

Rindu,
Membuat aku merintih sepi,
Dalam hati berbisik pedih,
Pulanglah sayang!
Pulang ke pangkuanku di sini,
Kerana aku tak berdaya lagi,
Menahan resah gelora rindu ini,

Rinduku kepadamu,
Takkan ada ubatnya,
Selagi kau tak berada di sisi,
Kerana rindu ini hanya untukmu pasti.

~Nur Izz Zahrah Hasyilla~




Dalam Sepi Hatiku Terluka




Sayangku,
Dalam kesepian ini abang menyebut namamu,
Berulang kali agar hilang rasa duka ini,
Tanpamu di sisi hidup bagaikan tiada erti,
Namun, demi tugas ini abang terpaksa pergi,
Pergi jauh dan pasti akan kembali,
Bersabarlah dalam penantian,         
Kerana abang juga terseksa di daerah asing ini,





Sayang,
Dalam bercinta pasti ada rindu,
Dalam rindu pasti ada sepi,
Dan abang juga sedang menghitung hari,
Untuk kembali bersamamu lagi,

Sayang,
Jangan dihiraukan semua yang berlaku,
Pasti semuanya akan berlalu,
Ibarat angin yang menderu,
Hanya singgah buat sementara waktu,
Bertabahlah selagi mampu,
Abang sentiasa ada bersamamu,
Walau abang jauh beribu batu,
Namun abang sentiasa menyokongmu,
Demi sayang dan cinta kita,
Bersabarlah dalam Redha,
Semuanya pasti kembali seperti sediakala,

Sayang,
Angin yang bertiup itu pasti ada penamatnya,
Begitu jua dengan cerita kita yang sedang bermaharajalela,
Biarkan saja mereka!
Bergelak ketawa dan berkata dusta,
Kita takkan mampu menghalangnya,
Allah tahu kita tak berbuat dosa,
Kerana ikatan kita ada restu kedua ibu bapa,

Tunggu kepulangan abang!
Pasti ada cederahati buat mu isteri,
Yang sedang menanti kepulanganku ini.

Aku Perindu Sepi
~ Aswal Madri~ Turki


 


Tersentap seketika!



Sesekali teringin menjelajah,
Dalam google aku terjah,
Dan aku sering singgah,
Di mana Szaza Zaiman sudah diubah,
Berubah wajah..daripada happy menjadi gundah,
Aku tak tentu arah,
Hatiku memberontak,
Jiwaku mengelegak,
Hampir sakit otak,
Mata seakan terbeliak,
Melihat namaku disalah letak,
Dalam blog perompak,
Aku teringin nak marah,
Meluahkan semua rasa gundah,
Yang menyebabkan hatiku menjadi parah,
Kepada manusia yang tak amanah,
Mengunakan namaku bagaikan sampah,
Dalam blog mereka yang mungkin ada lucah?

Selasa, 15 Disember 2015

Mencari Bahagia

Bahagia..
Ramai yang inginkannya,
Ramai yang perlukannya,
Cuma sering tersalah menduga,

Ada orang sangka,
Bahagia bila berharta,
Bahagia bila berwajah jelita,
Bahagia bila popular,
Tapi hakikatnya adalah sebaliknya,

Bahagia akan tercipta,
Bila jiwa tenang sentiasa,
Bila Allah sentiasa ada di minda,
Bila hati jauh daripada prasangka,

Mencari bahagia mudah sebenarnya,
Hanya perlu Redha dengan takdirnya.

Rabu, 28 Oktober 2015

Dugaan Itu Sentiasa ada



Merenung masa yang telah berlalu,
Betapa banyaknya ujian dariMu,
Adakalanya aku tak mampu,
Menghadam semua ujian itu,
Aku seringkali berteleku di jendela waktu,
Menghitung hari yang tak menentu,
Bilakah semua ini akan pergi dari hidupku?


Hari ini aku sedar dari lena yang panjang,
UjianMU itu tandanya sayang,
Kepada hambaMu yang fikirannya asyik melayang,
Terumbang-ambing dipukul gelombang,
Gelombang perasaan yang tak pernah hilang,


Ujian itu sentiasa ada,.
Walau di mana saja kita berada,
Semuanya dari Dia Yang Maha Esa,
Kita jangan mudah berputus asa,
Kena terima Qada dan Qadarnya,
Dengan hati yang Redha,


Bila aku bangkit kembali,
Dan meneliti nasib diri,
Betapa banyaknya nikmat dariNYA yang aku perolehi,
Aku rasa senang hati,
Kerana aku tahu siapa diriku ini,

Rabu, 14 Januari 2015

Jiwa Yang Rapuh

Anak-anak!
Betapa rapuhnya jiwamu,.
Dengan dugaan yang melingkari hidupmu,
Teganya kamu!
Memalukan kedua ibu bapamu,
Kerana hasrat yang terpendam,
Kau terus lupa daratan,

Masyarakat!
Pincangnya kata-kata kalian,
Mengutuk sesuka hati,
Tanpa peduli natijahnya nanti,
Mungkin,.
Bakal ada yang membunuh diri,
Kerana tidak sanggup terus dikeji,.
Angkara perbuatan sendiri,.

Jiwa yang rapuh,.
Milik semua yang terbabit,
Anak-anak remaja kita yang lupa diri,
Hingga sanggup mengadai maruah diri,
Demi hasrat hati,
Dapat berjumpa selebriti idaman hati,.

Jiwa yang rapuh,.
Milik masyarakat yang mengeji,
Semua mengeji tanpa belas kasihan,
Seolah mereka terlalu sempurna akhlaknya,
Seolah mereka yang terbaik segalanya,

Jiwa yang rapuh,.
Milik kita semua!,.
Selalu terlupa kepada Yang Maha Esa,
Allah menguji pasti ada sebabnya,.
Aku adakalanya bersyukur juga,
Dengar kata rancangan korea akan diharam semua,
Harap terlaksana hendaknya,.


Jiwa yang rapuh,.
Semua orang milikinya,.
Adakala kita terlupa,.
Kita hanya manusia biasa,
Kita rasa kita kuat melebihi segalanya,
Hakikatnya hanya ego yang bermaharajalela,.
Kita bukan sekuat mana,.
Terbarai Iman di dada,.
Tatkala diuji oleh DIA Yang Berkuasa!

Jiwa Yang Rapuh!
Ada juga pada selebriti Malaysia!
Kesannya pada drama dan filem kita,.
Aku selalu berkata,.
Islamkah negara kita?
Kalau artisnya semua tak peduli akan laranganNYA!
Berlakon tak tutup auratnya,.
Bebas bermesra dan bersentuhan juga,.
Berpelukan itu sudah lama adanya,.
Tapi tidak pula ada HARAMNYA?

Alangkah indah andainya,.
Artis kita bebas dari segalanya,.
Semuanya sedar Allah Maha Melihat!
Semuanya sedar betapa Allah Yang Esa!
Mampu memberi mereka segalanya!
Tanpa perlu mendedahkan aurat walau seurat,.
Tanpa perlu berpelukan dengan yang bukan mahramnya,.
Namun HIDAYAH itu milik Allah!
DIA berkehendak kalau DIA mahu!
Menyedarkan semua hambaNYA,

Jiwa Yang Rapuh,.
Anda dan akukah pemiliknya?
Kalau tiada itu tandanya Allah sayangkan kita!
Andai ada,.
Alangkah malangnya kita!
Moga HIDAYAH Allah milik kita,.
Agar tidak terus tersesat,.
Dalam dunia nyata,.
Yang penuh dusta dan sengketa,.

Hasil Nukilan
Insan Biasa-biasa saja

Selasa, 4 November 2014

Aku Insan Kerdil!

Mendongak ke langit biru,
Aku terpegun dan terpaku,
Melihat kebesaran-Mu Ya Allah!
Terasa diri begitu kerdil di sisi-MU,
Hati sesekali ingin menjerit,
Namun tak berdaya ku luahkan segalanya,
Hanya mampu merintih dalam sepi,
Kepada-MU ku berserah!
Kepada-MU ku memohon,
Kuatkan hatiku!
Tabahkan jiwaku!
Menghadapi kemelut perasaan ini,
Yang seringkali bertandang tanpa diundang!
Ya Allah!
Betapa kerdil ku rasakan!
Aku insan biasa yang tak berdaya!
Sesekali luntur semangatku!
Adakalanya goyah imanku!
Adakalanya ilusiku melayang entah ke mana!
Sering bermimpikan bahagia!
Yang tercipta hanya sementara,
Lantaran betapa goyahnya kepercayaanku,
Kepada takdir yang sering membelenggu,
Bimbinglah hamba-Mu ini yang sering buntu,
Adakalanya tersesat dalam lautan perasaan!
Tergapai sendiri dan karam,
Terus tengelam di dasar hati,
Adakalanya mampu timbul kembali,
Tapi adakalanya memakan masa!
Kerana ku tak bisa!
Melawan gelodak rasa!
Aku hampa dan terseksa!

Ya Allah!
Aku sedar kasih sayang-MU melimpah untukku,
Dalam aku di uji,
KAU melindungiku!
KAU tumpahkan kasih sayang-MU
Agar aku tak leka,
Dengan dunia yang sementara!

Jumaat, 10 Oktober 2014

Nak kata APA lagi?



Assalamualaikum semua,..

Sempena bajet 2015 semalam maka terkeluarlah puisi begini bagi seorang yang pendapatannya hanya RM1200,.di tolak bil dan yuran-yuran sekolah anak-anak,belanja dan pinjaman yang dibuat ketika akhir hujung bulan demi sesuap nasi untuk mengenyangkan perut maka yang RM1200 hanya berbaki beberapa ratus saja,.Inilah Luahan hatinya,.

Hidup biar sempoi!
Asalkan jangan dok wad tampoi,
Masak nasi sekepoi,.
Tak cukup makan asam boi,.

Orang gila pi tanjung rambutan,
Orang sihat masuk hutan,
Orang kaya tentulah kerajaan?
Orang miskin makan tetap makan,.
Walau x ada duit nak beli makanan,.
Walau gaji tak jalan-jalan,.
Sampai tahun depan,.
Rezeki tetap di tangan Tuhan,
Harga mahai buat-buat tak heran,
Nak mengamuk pun takkan makan saman!
Kerana bukan pekerja kerajaan,.

Reja jadi seorang kuli,
Makan gaji sebulan sekali,
Walau gaji tak tinggi,.
Dok takat tu dari dulu lagi,
Takkan naik walau barang mahal seribu kali,.
Gaji berkarat bertahanlah hati,
Senyum itu pasti!
Alah,..anggap ja ujian dari Ilahi!
Miskin di dunia takpa lagi,.
Walau miskin sejak azali,

Orang kata dunia hanya sementara!
Setuju saja apa mereka kata!
Dah memang itu kebenarannya,
Jadi nak gaduh apa?
Seribu tahun hidup pun jangan dibangga,
Di akhirat sana azabnya lagi seksa!
Derita di dunia tak bererti apa,.
Masih lagi mampu menahannya!
Sehari di dunia seribu tahun di sana!
Yang mana satu yang kita suka?

Malam ini teringin nak merapu,
Untuk melepaskan lelah di kalbu,.
Sambil asah minda yang membeku,.
Jangan dilayan segala bebelanku,.
Teruskan berlalu!
Nanti kau baca pasti rasa 'berbulu',.
Hahaha,.aku hanya sekadar nak merapu!!!  :D