Sabtu, 21 Disember 2013

Menunggu Mentari Bersinar Lagi

Hari ini aku termanggu lagi,
Melihat detik waktu yg terus berjalan,
Sedangkan aku masih di sini,
Menghitung hari demi hari,

Menunggu mentari terus bersinar,
Pasti bakal meranapkan impian sendiri,
Kerana ribut dan taufan pasti menjengah,
Badai gelora akan menerpa..
Hujan pun turut mencurah,
Walau tanpa undangan,

Mentari pagi ini sinarnya cerah sekali,
Namun aku masih sangsi,
Bakal bertahankah cuaca ini?
Mungkinkah awan bakal mendung lg?
Lalu menjemput hujan ke mari,.
Membiarkan aku terus tersadai di perhentian ini..

~Sz~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.