Follow by Email

Jumaat, 2 Mei 2014

Hati

Hati,
Berdetak seribu rasa,
Mempamer berjuta duka,
Namun tak mampu diluahkan,
Bibir tak terkata,
Suara tiada irama,
Terus tersimpan rasa pedih itu,
Menahan mutiara dari gugur,
Menahan mata dari kabur,
Kedua ulas bibir menguntum senyum,
Kerana tahu tiada maknanya ditangisi,
Tiada siapa akan mengerti,
Biarkan duka terus berkubur,
Bersemadi bersama resah dan gundah,

Hati,
Adakalanya terlalu rapuh,
Mudah patah bak kristal,
Mudah berderai bak kaca,
Mudah gugur bak kelopak mawar,
Namun diluar ini dipamerkan sebaliknya,
Melalui wajah hati umpama batu,
Nampak keras dan tegar,
Seolah kuat dan kukuh,

Hati,
Sudahkah kau ketahui,
Ratapanmu tiada ertinya lagi,
Teruslah bertabah kerana Allah lebih mengerti,.

Mod;Kacau bilau..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.