Sabtu, 21 September 2013

ENTAH KENAPA!!,..


Entah kenapa,..
Minda ini semakin membeku hari demi hari,.
Semakin malas untuk bekerja,.
Untuk merungkaikan semua cerita,.
Agar selesai segalanya,.
Agar tak tertanya-tanya penghujungnya,.
Bahagia atau derita,.

Entah kenapa,.
Imaginasiku semakin lama hilang entah ke mana,.
Kelam dibawa bayangan bahagia,.
Walau ada sedikit bayangannya,.
Minda pula tak mahu sepakat,.
Jari-jari hanya menanti dengan setia,.

Entah kenapa,.
Kemalasan terus bermaharajalela,.
Menguasai minda dan mata,.
Minda terus benak,.
Mata terus layu,.
Semangat pun turut kaku,.
Hanya jari yang tetap menunggu,.
Menaip kata dengan laju,.
Namun tetap hampa,.
Bila minda tidak bersuara,.

Entah kenapa,.
Hari-hariku semakin sepi,.
Sepi dengan cerita ilusi,.
 Rekaanku sendiri,.
Terus sepi menghitung hari,.
Dan sepi terus menguasai,.
Kamar kanvas ini,.
Bila cerita-ceritaku seakan telah mati,.
Tanpa penyudahnya,.

Entah kenapa,.
Hati turut jatuh sakit,.
Lemah tidak bermaya,.
Menatap kanvas kosong yang tidak bersambung,..
Menatap cerita yang tiada penamatnya,.
Minda pun turut menderita,.
Bukan salahku katanya,.
Aku pun hilang semangat yang serupa,.
Langsung malas nak bersuara,.
Entah disihir dengan apa,.
Aku pun tenggelam punca,.

Entah kenapa,.
Saat ini jiwa pun tiada jawapannya,.
Lemah tak bersuara,.
Hilang segalanya,.
Dibawa arus masa,.
Sabarlah menanti saatnya,.
Bila imaginasi kembali berfungsi,.
Dan minda kembali bersuara,..

Entahlah!!!,..kenapa?

19.9.2013
11.43am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.