Sabtu, 21 September 2013

PANTUN LAMA VERSI BARU


Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan,
Kerana tamak buang saudara,
Bila tersisih meraung sakan.

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan,
Dalam semak ada suara,
Sepasang kekasih sedang makan. :D

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan,
Sayang emak sayang saudara,
Perginya kekasih takku hiraukan.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Pakai kemas pergi belajar,
Belajar berjanji janji ditepati.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Barang kemas tak habis bayar,
Hutang janji kepada ceti.

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Nampak sepadan sama megah,
Harga naik mengeluh juga.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh simpan saya simpan,
Suruh berjanji saya tak mahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.