Isnin, 24 Mac 2014

Bila Ia Hadir

Saatnya telah tiba,
Ia hadir sebagai petanda,
Hati ini terguris luka,
Dalam tangis masih mampu ketawa,
Kerana hadirnya tak pernah ku duga,.
Aku tak pandai meneka,
Dalam diam aku kecewa,

Ia hadir lagi,
Mutiara jernih yang mengalir di pipi,
Biarlah ku tangisi,.
Nasib diri ini,.
Mungkin salah diri sendiri,
Untuk apa ku tuding jari?
Tiada faedahnya lagi,.
Menangislah dalam sepi,.
Hati ini terkurung mati,.

Memang hati ini kadang-kadang membeku,
Lantas ku luahkan puisi syahdu,.
Mengungkapkan rahsia hatiku,.
Disebalik terluka dihiris sembilu,
Apa lagi dayaku,.
Nak ku luah rasa terbuku,.
Dalam dada diasak sebu,.
Rasak sesak  dan terus kaku,.
Dan bibir pun turut kelu,

Bila ia hadir,.
Banyak benda yang aku fikir,
Semua ini takkan berakhir,.
Janganlah rasa bagai tersingkir,.
Ku pujuk diri menerima takdir,.
Takdir diriku yang sudah terukir,

Dalam sepinya hati ini,.
Aku menangis lagi,.
Biarlah ku ubati sendiri,.
Hati yang pedih terluka ini,.
Biarlah tiada yang peduli,.
Sakitnya ku tanggung sendiri,.
Moga hati ini terus tabah lagi,.

Bila mutiara jernih ini hadir,.
Aku pasti akan terus memikir,.
Dan idea takkan berakhir,.
Biarlah ku ukir,.
Dalam kelam malam terakhir,.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.