Follow by Email

Isnin, 31 Mac 2014

Si miskin Dan SI KAYA

Si miskin dan si kaya banyak bezanya,
Si miskin makan apa yang ada,
Si kaya tak habis buang saja,
Si miskin,.
 Membeli pakaian hanya pada hari raya,
Si kaya,.
Yang penting ada jenama dan bergaya,
Si miskin cuti atau kerja sama sahaja,
Si kaya asalkan cuti,.
Shopping dan melancong itulah kegemaran mereka,
Si miskin selalu rasa terhina,.
Si kaya ada yang suka mendabik dada,.
Si miskin buat baik pun dikata,.
Si kaya buat jahat pun dibangga,.
Si miskin tiada pelajaran dikutuk juga,.
Ada pelajaran dikeji pula,.
Buat apa semua tak kena,.
Inilah dunia namanya,.

Si miskin dan si kaya,.
Kedua-duanya tetap manusia,.
Namun adakalanya tetap dibezakan,.
Ada yang berkawan kerana harta,.
Ada yang berkawan kerana rupa,.
Ada yang berkawan kerana penampilannya,.
Hanya manusia yang membezakan,.
Masih memandang taraf dan kedudukan,.

Si miskin dan si kaya,.
Di atas dunia nampak berbeza,.
Si miskin di pandang rendah,.
Kerana tiadanya harta,.
Si kaya dipuja,.
Kerana hartanya berlipat ganda,.


Si miskin dijauhi,.
Kerana dikata banyak berdaki,.
Busuk dan hapak sekali,.
Almaklumlah,.
Tak banyak duit untuk membeli,.
Barang berjenama dan minyak wangi,

Si kaya dihampiri,.
Untung-untung boleh makan FREE,.
Untung-untung dapat tumpang sekaki,.
Pergi melancong atau pun berjoli,.
Boleh membodek sesuka hati,.
Dapat duit dan hadiah lagi,.
Barulah boleh senyum panjang dan tayang gigi,.

Si miskin orang tak pandang,.
Walau pun tak pernah berhutang,
Dari jauh dah lari menyimpang,.
Macamlah nak ajak berperang,.
Takut sangat nak menumpang,.
Nanti hilang semua barang,.

Si kaya lalu semua menyapa,.
Datang naik mercedes semua orang terpa,.
Masa inilah nak tunjuk muka,.
Kononnya dah lama tak jumpa,.
Terus mengaku saudara mara,.

Si miskin hidupnya papa,.
Namun hati tetap bahagia,.
Sentiasa bersyukur apa yang ada,.
Hidup harmoni bersama keluarga,.
Anak dan isteri di rumah saja,.
Selalu ada di depan mata,.
Rukun damai rumah tangga,.

Si kaya hidupnya mewah tak terkata,.
Nak apa semuanya ada,.
Rumahnya besar banyak biliknya,.
Alang-alang orang sesat agaknya,.
Tapi keluarganya sibuk belaka,.
Anak dan isteri payah nak jumpa,.
Masing-masing ada kerja,.
Berkomunikasi pun jarang juga,.
Adakalanya porak peranda,.
Bercerai berai banyak juga,.
Inilah DUNIA!,.
Cobaannya bermacam cara,.
Walau pun bukan semua yang merasainya,.

Si kaya dan  si miskin,.
Dunia ini milik Allah,.
Hidup ini milik Allah,.
Biar pun ada bezanya,.
Biar pun bukan semuanya sama,.
Tak dinafikan juga,.
Bukan semua orang miskin dipandang hina,.
Bukan semua orang kaya dipuja,.
Tengok juga pada amalan kita,.
Yang beriman pasti Allah pelihara,.
Walau miskin dihormati juga,.
Walau kaya tak sombong dia,.
Di sisi Allah semuanya sama,.
Kerana kita semuanya hamba,.
Hamba pada DIA,.
Yang menciptakan dunia,.
Yang menciptakan manusia,.
Siapa kita?
Hanya Allah yang berhak menentukannya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.