Jumaat, 14 Mac 2014

Perginya Tanpa Pesan,.Tiada Tanda!

MH370
Di keheningan pagi kehilangannya menjadi misteri,
Kemudian timbul pula pelbagai spekulasi,
Sedangkan para penyelamat sibuk mencari,
Saudara mara tak habis menangisi,

Ya Allah Ya Rabbi,
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui,
Makbulkanlah doa kami,
Agar MH370 segera ditemui,
Agar keluarga kru dan penumpang yang menanti,
Agar semua rakyat Malaysia yang berbudi,
Mendoakan sepenuh hati,
Merasa senang hati,

MH370,
Hari terus silih berganti,
Semua orang berdoa tanpa henti,
Masih menaruh harapan itu pasti,
Agar bila ditemui,.
Semua penumpang dan kru bernyawa lagi,
Kerana semua ini kuasa Ilahi,

MH370,
Di manakah ia kini?
Hilangnya bukan ilusi,
Kerana ia adalah realiti,
Moga segera ditemui,
Agar terungkap segala misteri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.